Saturday, January 30, 2010

Terharunya..

Tadi saje jer bukak blog anak murid aku, Suraya Athira. Alamak, ada entri berkaitan aku..Terharu betul aku baca..Walaupun masih terlalu muda, dia dapat meluahkan isi hatinya dengan cara yang mungkin kita tak sangka.. Bebudak zaman sekarang semakin cerdik dan dapat 'express their feelings very well'..

http://surayaathira.blogspot.com/2010/01/perpindahan-cikgu-isma.html

Hari Pertama Mengajar di Sekolah Baru

Hari Jumaat baru2 ni aku dah mula mengajar di skolah baru. So far, penerimaan mereka terhadap aku, baik2 aje. Guru-guru baik-baik belaka. Actually aku bertolak dari KL malam Khamis tu. Nak dijadikan cerita, sampai Kangar dah pukul 7 pagi dah. Sepatutnya pukul 4.30 pagi dah bleh sampai. Tensen gak aku. Awal2 lagi aku dah suh abang aku stand by tunggu kat stesyen bas tu. Kiranya sampai je, terus bleh balik rumah. Sampai rumah pun dah pukul 7.20 pagi. Apalagi bersiap macam hape je la aku. Skolah masuk 7.40, tapi aku baru nak bertolak pukul 7.40. Nasib baik skolah tu tak jauh sangat dari rumah aku. 10 minit dah bleh sampai. Malu gak aku, dah la first day, sampai lewat. Nasib baik dorang suma cool & ok. Lega skit aku.

Pastu terus masuk kelas, sebab jadual waktu dah dapat aritu lagik. Aku kene ngajar Math year 4 & 5. Kiranya takde masalah sebab sebelum ni pun dah pernah ngajar math.Budak-budak pun sangat ok. Jenis takder masalah. Nakal sikit2 tu, biasa la...Lagipun murid tak ramai sangat, sebab ada 2 buah skolah rendah lagi kat area ni. Dalam setiap kelas murid-murid dalam berbelas orang je. Kalu 20 lebih tu, kira dah ramai dah. Bebudak ni pun kira sporting & slamber je. Dah la dorang cakap loghat Perlis yang sangat pekat. Klakar giler aku dengar.

Ingat lagi waktu aku nak ke Bilik Guru, lintas taman dekat ngan sebuah kelas tahun 3. Sorang budak laki terjenguk2 kat depan pintu, tengok kat aku mcam nampak hapa tah. Tetiba dia jerit sambil menggamit2 kawan2 dia yang kat dalam kelas, ' Wei! Wei! Mai tengok, wei! Cikgu baru wei! '. Pastu sempat plak dia jerit kat aku tanya; 'Cikgu! Cikgu nama apa?' Hahaha! klakar betul aku rasa,macam nampak artis jer. Tersengih2 aku kat situ. Berenti la kejap,kot-kot dorang nak mintak autograf,ke..huhuhu!~ Pastu semua kuar dari kelas datang kat aku. "Cikgu nama Siti Nurhaliza" saje je aku buat lawak. "dak aih! nama cikgu, Cikgu Isma"..  " Cikgu ajaq kelaih kami dak? Mai la ajaq kami.." 2,3 orang dok interframe plak..klakar aku tengok bebudak ni.. 

emm..kiranya satu permulaan yang baik. Ilang skit kesedihan aku dok tingat murid-murid skolah lama..

Friday, January 29, 2010

Last Day at Convent Peel Road..Sooo Sad

Ari Khamis, adalah last day aku kat CPR. Sedih sangat. Budak-budak, macam biasa asik dok datang interview aku tanya itu ini. Pihak skolah pun ada anjurkan Majlis Perpisahan. Time nak bagi ucapan tu, dok set dah rasa macam 'cool' & takkan nangis. Bila start berdiri kat depan, suma orang pandang, tengok 2-3 orang, muka dorang dah mula berubah, tetiba je tekak aku rasa tersekat,mata tetiba berair,tak bleh nak bercakap. Terpandang muka Chan yang dah mula merah, terus air mata aku laju je turun..bercakap pun jadi berterabur, ntah ape tah yang aku cakap,pastu dah tak bleh dah..nasib baik Kak Ina yang jadi MC tolong cover sambil buat lawak. Tapi aku harap sume orang paham apa yang aku nak cakap & apa yang aku dah cakap..aku pun dah lupa..

Waktu makan pun tak bleh nak makan terus. Sian plak tengok bebudak dok beratur kat depan Bilik Guru, tunggu nak salam rupanya..kalau lambat terlepas bas plak dorang tu. Tengok ada yang nangis2, aku yang sedia sebak ni tak bleh dah nak tahan..dah 5 tahun aku kat sini. Banyak kenangan. Bagi aku, suma tu kenangan yang sangat berharga..suma manis..walaupun kadang2 ada perkara yang membuatkan 'mood' aku 'swing' jugak. Aku manusia biasa yang Tuhan kurniakan perasaan. Suma tu pengalaman yang sangat banyak mengajar aku tentang realiti hidup..Thanks for all of you..



I MISS U FRENS:

~ Kata-kata dari Veni yang membuatkan aku lagi sebak "Is, I ngat lagi, hari pertama I datang sini, you la orang yang pertama yang datang tegur I. I masih ingat,tau..'
Lagi la aku sedih, aku pun dah tak ingat. Terharu betul aku, sebab dah 3 tahun berlalu, Veni still ingat.

~ Hari aku dapat surat tukar tu, GB panggil aku ke pejabat. Keluar je dari pejabat dia,terserempak ngan dayah. Sayu je aku tengok muka dia. ' Is, aku terdengar GB bercakap ngan ko tadi. Ko dapat tukar,kan?' terus je meleleh air mata aku. Aku masih ingat lagi macam mana muka Dayah waktu tu. Kalu aku ingat, mesti aku sebak..

~ Elly: bila je dia dapat tau aku dapat tukar, terus dia nangis teresak-esak. Waktu tu kat Pondok Bacaan, ramai cikgu ada. Aku lagi la sedih..

~ Yanti & Zeti : Macam tak caya Kak iS dah nak pindah. Dah tak cukup la korum kita ni..

Tuesday, January 26, 2010

i'm back!

Arini aku ke KL semula untuk urusan penyerahan tugas. Hilang sikit kesedihan aku tu, tengok skolah,  muka kawan2 & anak2 murid. Tapi aku di sini untuk 2 hari sahaja. Hari Khamis aku dah kena mula bertugas di sekolah baru dah. Sibuk sangat aku tadi. Port aku kat library je la. Port Geng2 Samseng Kampung Dusun. Tak angkat kepala aku, sibuk dok siap keje2 sumer tu. Sambil2 tu tak larat plak nak melayan budak2 ni tak putus2 datang dok interview aku. ' Ngape cikgu nak pindah? Jangan la pindah. Cikgu nak pindah maner? Cikgu suke kaler aper? Saper nak ajar kitorang Sains? Naper tak tunggu tahun depan? Naper sumer cikgu Sains asik pindah? Bla! Bla!Bla!' Soalan sama je yang diulang, tapi ditanya oleh org2 yang lain la. Alahai, sian la pulak aku budak2 ni. Ada yang siap nak ajak mak-ayah dorang ke rumah aku waktu raya & cuti skolah. Dorang masih budak2 lagi. Belum paham selok-belok kehidupan. Ape pun cikgu doakan yang terbaik untuk kamu semua...

Dalam pukul 3 jugak aku balik. Geng2 Kampung Dusun yang lain tu, bukan main  lagi pi tengok wayang citer 'Legion' tu. Tapi dah berbuih jugak la mulut dorang dok hasut aku join dorang. Aku, dengan kuat imannya, menepis godaan dorang tuh. Waaaaaaaa!!!!! Aku tak bleh join sebab nak siapkan kejeeeeeeee!!!!!!!!.


Inilah gambar Geng Samseng2 ittew...
Ketua Samseng



 .....betapa poyo nya mereka......

Monday, January 25, 2010

sedih..

Hari ni mood aku sangat sedih..tingat bestfriends aku kat sana...

Bestfren no 1 aku: Hidayah



yang lain2 pun bestfrens jugak : yanti, laili, zety, veni,elly, kak marina, chan.

....dan tak lupa jugak, kak timah. > dia ni macam bonda kitorang gak kat sini. sangat sporting. cakap je nak jalan ke mana, jalan TAR?SOGO? Times Square? kak timah mesti nak ikut, no hal punya...

Anyway aku sayang kamu semua!!!

Sekolah Baru

Hari ni secara rasminya aku telah mula  bertugas di sekolah baru, iaitu di SKPM,Perlis. Jaraknya pun hanya dalam 5 km dari rumah aku. Doa mak aku, doa orang2 yang sayang aku dan doa kawan2 akhirnya makbul juga. Akhirnya aku berjaya juga bertukar mengajar di sini, tanpa alasan mengikut suami ( seperti mana suggestion yang orang suka sangat bagi kat aku walaupun aku tak mintak pendapat dorang pun).  Alhamdulillah...Aku bersyukur sangat, walaupun dalam hati sedih yang amat jugak nak tinggalkan anak murid, kawan-kawan dan tempat bermain ( bermain?) aku tu..Semua tu adalah kenangan terindah buat aku. Aku takkan lupakan sampai bila-bila...

Sekarang ni aku kena buat mind set yang baru untuk sesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya sekolah baru ni. Ramai yang nasihatkan aku supaya tidak membandingkan apa perkara pun dengan sekolah yang lama. Kalau tidak tentu susah nak sesuaikan diri, walaupun di tempat sendiri. Ya, aku akan cuba..
Ucapan untuk diri aku sendiri...'ALL THE BEST!'

Saturday, January 23, 2010

Unforgettable Friday

Lepas skolah tadi, aku & de gang masing-masing lara je...especially aku & dayah a.k.a che yah la..rasa nak makan & hanging out ja..so, tempat biasa la kitorang tuju..Times Square..tempat pertama, serbu kedai cd ( dvd cetak rompak kat sini sangat lawa & murah. kikiki! macam promote plak..)

pastu.. makan...lapar betul, berpenat -lelah kat skolah tadi..

Dua budak yang lara di Sushi King ( tapi muka maintain cool)...bukan lara sebab 'chenta', tapi lara sebab lain ..
 



Kesian Che Yah, sakit gigi....biasa la 'pagar besi baru' dia tu ketat sangat..


Friday, January 22, 2010

Sepak Kucing

Tadi pagi aku ngajar topik ni untuk Tahun 4  ---  Basic Needs of Animals



Biasa la, ajar subjek ape pun mesti la kena selit-selit gak nilai-nilai murni. Sesuai dengan tajuk la.



Aku tambah-tambah la skit dialog sendiri ''haaaa,,siapa yang suka seksa haiwan, dikira berdosa gak tauuu...kesian haiwan-haiwan tuuu...''

Tetiba ada sorang angkat tangan, siap berdiri lagi. ''Cikgu! Aritu mak saye sepak kucing cikgu!''
Aku, ''Mak kamu tersepak kot. Tak pun kucing tu nakal sangat kot''
'' Ntah la dia cikgu! Tapi saya warning mak saye, saya cakap, mak berdosa sepak kucing....!!
Aku, ''owwhhh, ok! ok! gulp!''

betul jugak ....

??????????

Hari ini emosi aku bercampur aduk. Suatu perkhabaran yang selama ini aku nantikan, terjawab sudah. Syukur kepada Tuhan. Tapi masih ada suatu yang sukar aku tinggalkan. Sebuah persahabatan yang sarat dengan keikhlasan dan kemurnian hati budi. Bila tiba masa yang sesuai, akan aku tulis juga di sini.

Wednesday, January 20, 2010

Azam Baru a.k.a Teruskan Perjuangan -(Posting basi..)

Yah, masuk je tahun baru, mesti dah set azam baru, ataupun azam lama yang terbengkalai tu, nak kena refresh balik. Semangat ada masanya turun, ada kala naik. Biasa la tu. Salah satu azam baru aku ialah nak teruskan azam tahun lepas yang baru di pertengahan jalan. Nak kecikkan skit badan aku ni ler, apa lagi.

Ada la dalam 2 minggu ni aku start  regim diet yang mengikut plan tu balik. Sebelum ni sebulan bercuti, sebulan gak aku cuti  diet. Tapi masih beware gak la ngan apa yang aku makan. Ape pun, yang penting aku bahagiaaa...huuuuu!!!

Plan tahun ni, dalam seminggu mesti pi joging. Tengok keadaan la, brapa kali yang buleh. Buat pertama kalinya semalam Che Yah teman aku. Dengan semangat wajanya Che Yah telah melabur duit di kedai motor untuk membeli sebijik helmet baru. Tujuannya, senang kitorang merempit jer ke trek joging tu, takyah pikir jalan jem dan nak pikir kat mana nak park kete.

Che Yah ni mungkin skali -skala je la dia join aku. Beser la, minah sorang ni pun sibuk 24 jam gak. Tapi tak pe la, bile2 aku pi sorang pun tak pe. Aku selamba badak jer..Lagi pun 2 tahun lepas, hampir setiap petang aku joging kat situ. Tempat ni memang best, tempat terbuka, trek cantik, tak panas sangat, orang pun ramai yang joging & jalan2. Nanti aku amik gambar & upload kat sini, sebab pemandangan kat situ cantik. Nama tempat dirahsiakan, sebab takut nanti ramai plak yang menunggu aku kat situ nak mintak autograf..kakakaka!!

Hibernate ker aku?


Huah! Lamer betul aku tak update blog. Alasannyer:

1- MALAS
2- sibuk melayan facebook plak dah skang ni..tapi aku tak main game, yer...kalau start main game tu, takut ketagih plak
3- progress berat badan pun tak banyak..skang ni mendatar je...lagi pun aku kurang fokus skang ni. banyak mende lain nak pikir..
4- skolah baru bukak, sesi baru bemula, banyak keje skolah nak kene buat..

So, blog aku yang aku off kejap tu, bukak balik la ni..