Saturday, December 26, 2009

Satanic Hand Signs


Horned God Represents the horned god of witchcraft. Pan or Cernunnos. Note the thumb under the fingers and given by the right hand.


Horned Hand The sign of recognition between those in the Occult. When pointed at someone it is meant to place a curse. Note the thumb over the fingers and given by the left hand.

Witch Sign or Moon Sign Used to salute the rising moon. Also used by surfers and football teams. This is the sign that the furor should be using to indicate the “Hook Um” horns, Not the 2 above



Anton LaVey, leader and founder of the Church of Satan.



Above: Anton LaVey, founder of the Church of Satan and author ofThe Satanic Bible, displaying the “Horned Hand” (also called the “satanic salute” and Il Cornuto) with his left hand, on the back cover of The Satanic Bible.



A Satanic Ritual



Above: (Satanists making the “Satanic salute” to an altar displaying the Goat of Mendes or Baphomet, to acknowledge their allegiance to Satan, during a Satanic ritual.)


Above, from the Satanic Bible: The ‘Satanic Salute’, Horned Hand or The Mano Cornuto is a signal of allegiance between members of Satanism to their ‘horned god’, a sign of recognition and allegiance.



p/s: Dah jadi trend orang2 skang ni suka buat sign2 macam ni bila bergambar. Mungkin masing2 tak tahu maksud sebenar di sebaliknya. Aku sendiri pun tak tahu  sebelum ni ...
Credit to: omaq.org.com
So, pasni masing2 kalau yang dah tau tu, renti kan la buat sign2 cenggini kalau bergambar. Bukan dapat ape pun dok buat tangan gini. Tak der la nampak bertambah kacak & jelita pun..  :-P

Sunday, December 6, 2009

KaMPung BoY






Nama saya:
Aiman
          ( ni nick name ja,nama saya panjang sket lagi)
Umur:
7 tahun
        ( dah nak masuk darjah 2 dah tahun depan)
                                   Sekolah:
                                Tak pasti lagi 
 ( abah saya baru dapat bertukar mengajar di sempadan Kedah-Perlis, so, saya ikut dia ja la.) 



Hobi waktu cuti skolah:
-main game
- 'sauk' ikan & ketam dalam parit kat depan rumah Tok saya
- tengok movie



Destinasi Percutian Yang Terkini:
Rumah Tok Perlih saya

Superhero Kegemaran:
AUTOBOTS


Makanan Kegemaran:
Semua makanan yang diperbuat daripada ayam.

Minuman kegemaran:
Ayaq teh o ~sejuk takpa, suam2 pun takpa

                                 Best Friend Waktu Cuti Skolah:
Maksu saya yang sporting





Ok, ini saja la, mengenai diri saya yang kadang-kadang menjadi kampung boy,especially pada waktu cuti skolah.
I
I
V
Adiossss......
I
V
Terima lah kerlingan dan sengihan maut dari saya.....
I
I
V




p/s: saje jer aku buat entri kali ni untuk si Aiman, anak sedara aku ni. Bukannya apa, dia ternampak gambar adik dia si Alif waktu aku bukak blog ni depan dia aritu. Pastu dia pun sibuk la dok suruh aku buat untuk dia gak..
" maksu, cepat la buat kat abang satu. Nanti abang nak tengok."

Monday, November 30, 2009

Simple Reunion Ngan Besfren Lama...


Semalam, merangkap hari raya haji yang ketiga, aku pergi beraya di rumah kawan lama aku waktu matrik dulu, iaitu Zai. Kiranya membalas kunjungan la, sebab dia dah awal-awal lagi datang beraya ke rumah aku, pada hari raya pertama tu. Facebook la yang menemukan kami ni balik.( ceh! macam ayah jiwang plak). Ya la,dah lama sangat lost contact. Dulu waktu matrik, kami ni rapat sangat. Kiranya long lost bestfriend la..Biasa la, masing-masing sibuk dengan hal masing2. Baru dapat kerja la, handphone rosak la, tukar nombor la, macam hal la, yang kadang-kadang kita bleh terus lost contact ngan kawan2 .Ha, yang sorang lagi, Siti R.  Kitorang bertiga ni memang kamceng sangat waktu kat matriks dulu tu. Kebetulan kitorang semua ni pun sama-sama asal dari Perlis. Ke mana-mana pun mesti bertiga. Pastu masing-masing jenis yang suka dok buat lawak je. Kiranya tak kering gusi la ngan budak-budak ni ( budak-budak ke?). Selalunya tempat lepak, kat bilik aku la, sebab roomate aku pun baik ngan dorang ni.


Skang ni masing-masing dah ada life sendiri. Si Zai skang ni jadi Pegawai Sains kat hospital. Si Siti jadi cikgu macam aku gak, ngajar kat Perak. Dah ada anak satu dah dia ni. So, kebetulan raya ni dia balik kampung, kitorang berpakat la nak  berjumpa di rumah kampung Si Siti R. Bila dah berjumpa tu, tak kering gusi la, asik gelak je.Bertukar2 cite, macam tak cukup je sepetang tu. 

Zai & Adam (anak Siti)

Ape pun, best sangat. Bila masing-masing dah berjumpa balik ni, harapnya kitorang akan jadi bestfriends sampai bila-bila..  

Tuesday, November 24, 2009

Hujan....Hujan.....Hujan...

" Isyk...gelappp jer langit tu. mendung semacam. Ni mesti nak ujan lagi  nih!"
"Ari-ari ujan...sejuk oii..tak larat nak tukar pampers dah nih. Nak main polis sentri pon tak bleh...pilu sungguh..."






"Anyway...tak pe lah..ujan tu pun rezeki jugakkk..asalkan tahap ke'hensem'an dan ke'macho'an saya ni masih terserlah, saya tak kisahhh...bagi sesaper yang tak tahan sejuk di musim-musim hujan cenggini, minumlah kopi panas sekole-dua, macam kakak saya yang kat belakang ni!" ~aLiFf ZAfrI~

Friday, November 20, 2009

Hari Anugerah Cemerlang 2009

Tempat: SK Convent Jalan Peel
Masa    : 8.30-11.00 pagi
Perkara: 

1)  Penyampaian Hadiah Pencapaian Terbaik
     ~ setiap kelas
2) Penyampaian Hadiah Matapelajaran Terbaik
      ~ setiap aliran
3) Penyampaian Hadiah Peningkatan Matapelajaran Terbaik
      ~ setiap aliran
4) Penyampaian Hadiah Tilawah & Hafazan Terbaik
      ~ setiap aliran
5) Penyampaian Hadiah Tokoh Murid Terbaik Akademik
       ~ NUR SYAZWINA NORDIN
6) Penyampaian Hadiah Tokoh Murid Terbaik Kokurikulum
        ~ JACQUETAR ABIGAIL JOSEPH
7) Penyampaian Hadiah Tokoh Murid Keseluruhan
        ~ SHASPREET KAUR
8) Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang UPSR 2009









sumber gambar: shaspreet kaur.
           
p/s: Tahun ni 14 orang je yang dapat 5A. Tak bleh jadik ni. Tahun depan tukar strategi la plakkk..

Thursday, November 19, 2009

Kejadian Tak Diingini

Hari ni result UPSR keluar. Hari ni jugak hari last untuk persiapan sempena Hari Anugerah Cemerlang esok. Semua orang kat skolah sibuk sangat dengan kerja masing-masing. Ke hulu dan ke hilir, untuk settle kan kerja-kerja rutin setiap penghujung tahun macam skang ni. Kebetulan aku pun stayback kat skolah menolong kawan-kawan, untuk HAC esok. Tiba-tiba sekitar pukul 3 petang, 2 orang teman sekerja aku ditimpa suatu kejadian yang tak diingini. Suasana menjadi kelam-kabut,termasuk la murid-murid bertempiaran lari.

Tapi, dengan kerjasama semua pihak, keadaan dapat dikawal. Masing-masing menyumbang tenaga dan masa. Hampir jam 7 petang, kejadian tersebut dapat diatasi.

Syabas aku ucapkan kepada semua yang terlibat. Walaupun masing-masing sibuk dan penat, tetapi kepentingan diri sendiri tetap diketepikan.

Kepada kedua-dua teman sekerja aku tu, semoga Allah lindungi kalian..Amin..

Saturday, November 14, 2009

Positif Hadapi Kritikan


Bergelar manusia, kita memang tidak dapat mengelak daripada di kritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah YAng Maha Pencipta, Maha Hebat, maha Pengasih pun di cerca orang yang tidak berakal inikan pula kita manusia.







Dalam meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri.







Ingatlah orang yang duduk diatas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.  Jadi, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita.







Cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih baik untuk memadam api yang sedang marak.






"katakanlah (wahai muhammad): matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". (Ali'Imran:119)






"Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-NYA"- (At-TAubah:74)
 
sumber: alimaz.blogspot.com