Thursday, October 29, 2009

Motivasi Diri


1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.





2. Senyumlah selalu..senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.











3.Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.







4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.













5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi.









6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati













7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.






8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan..takut jadi obes pula.













9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok..bahaya untuk kesihatan.











10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri.











11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap.











12. Mandi setiap hari… jangan malas mandi tau !











13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.





14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.











15. Lakukan kerja seikhlas hati.











16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada tuhan.






Sumber: omaQ.org

bIRu MaTa hiTAmKu..


Lagu: Kumpulan Wings

Mana bukti kata sakti

   Kau laungkan oh ho
Mana panji perjuanganmu semalam
Mana kesan cinta agung

   Kau talunkan oh ho
Mana teman ingin juga ku saksikan
   Aku damba kebebasan
Biar pahit biar pedih
   Biar biru mata hitamku
Mana pedang sejahtera
   Kau hunuskan oh ho
Mana hilang oh kemana wahai teman
Aku rela menemanmu
Dalam sulit dalam sepi
   Andai engkau tak takut mati
Aku rela mengekormu
Dalam ribut dalam kabut
                                                                Andai engkau tak jadi takut...

Lagu ni mungkin takder kaitan pun antara Aku & Che Yah. Saje je, aku nak hi-light mata biru die tuh! Menakjubkan betul! Macam orang Ukrain weh!Jangan marah yer, Che Yah! Hahahahaha!!!




Special Kids Part 3 - SARAS Yang Slamber-



Keterangan gambar: abaikan je la background yang 'menyeramkan kat blakang tu..'

Yang ini plak namanya Saraswathy. Tapi orang panggil die Saras jer. Dia ni satu kelas dengan Eva. Kecik jer orangnya, tapi bleh tahan gak slamber dia tu. Aku tak ngajar kelas dia, tapi aku suka tengok & interview dia. Kalau dia nampak aku, mula la mata dia melilau-lilau tak tentu arah. Dia malu kot. Bukan aku pi marah dia, saje je aku borak-borak ngan die. Pastu geng-geng dia mesti datang berkerumun.

Dia ni kalu cikgu tanya pe dalam kelas, mesti dia jawab slow sangat. Itu pun kalau dia jawab la. Selalunya angguk, geleng, atau kadang tu, kelip-kelip mata je. Cikgu –cikgu ni kene la plak pi amik kursus isyarat mata . Apa maksud pandangan dan isyarat mata murid-murid yang macam ni. Haaa..tapi kalau dengan geng dia, bleh dengar suara dia sampai ke Bilik Guru. Bukan main lagik, yer? Hehehe!


Aku suka perati dia ni bukan pe, dia ada hobi pelik skit. Setiap 1 jam, dia mesti mintak kebenaran nak ke tandas. Ada skali aku terserempak ngan die dok bersiar-siar nagan sorang kawan kat koridor kelas atas. Padahal kelas dia kat bawah je. Bila aku tanya, kawan dia bagitau dia ajak jalan-jalan kat atas. Oooo! Cikgu korang dok ngajar lam kelas, korang siap pi jalan2 ye? Patut la sebelum tu waktu aku ngajar kat kelas2 atas, aku slalu perasan kelibat Saras dok berjalan2 kat koridor. Ingatkan pergi jumpa kakak dia, rupanya sajer jalan-jalan je, yer?







Lagi satu yang unik pasal dia ni, kalau ke tandas, dia mesti akan lalu celah-celah ‘stand board’ yang ada kat tepi dinding on the way ke tandas tu. Jalan bukan main luas, kat situ gak dia nak mencelah. Aku dah beberapa kali terserempak waktu dia lalu kat situ. Klakar btul aku tengok budak ni. Konon-konon adventure la tu! Maunya benda tu hempap, saper yang susah? Cikgu Isma gak yang jadi saksi nanti..


Yang dalam gambar kat atas tu la 'stand board' yang menjadi 'laluan berhalangan' Si Saras. 



Minggu lepas,waktu aku dok dalam Bilik Sains, tiba-tiba dengar Cikgu Norlia dok berleter. Bila aku jenguk. La! Saras lagi! Rupanya dia cop dinding skolah dengan tapak tangan dia yang penuh dengan water color rupanya! Patut la kene leter. Last2 kene la denda cuci balik dinding tu guna span ngan air sabun. HuHu!!

Tapi walaupun dia slamber & cool, dia ni kira bright jugak. Dia tak der masalah bab-bab menulis dan membaca ni. Kira ok la..



Saras & Da Gang with Cikgu Isma




Biasa la setiap kanak-kanak, mesti ada special character masing-masing. Selalunya bila dah naik ke Tahun 6, masing-masing dah matang dan automatic habit pelik tu akan makin hilang.

Harapnya, Saras pun akan jadi macam tu..

Tuesday, October 27, 2009

Spcial Kids Part 2 - EVA The Obedient

Ini eVA. Dia ni salah sorang murid SBT ( Skim Baucer Tusyen) aku.  Aper yang specialnya sangat Eva ni? Emmm...dalam 13 orang murid SBT aku tu, dia ni sorang la yang paling rajin attend kelas. Kalau dia tak datang pun,hanya ada sebab jer. Kelas SBT ni setiap hari Isnin & Selasa pada pukul 1 tghari, iaitu lepas waktu sekolah. So, time2 camni la budak2 SBT ni rajin ponteng dan terus balik rumah. Padahal memang dah selalu pesan, mesti stayback lepas skolah. Dorang angguk2 kepala,cakap nak datang la, takkan ponteng la, tup-tup bila tiba masanya slalunya tak sampai 7 orang pun yang tinggal. Tapi, Si Eva ni la yang buat penyejuk ati guru2 SBT ni. Hehe! Termasuk la aku. 
Kadang-kadang tu, bila sumer murid SBT lain ponteng, tiba-tiba ada je Si Eva ni menunggu dalam Kelas SBT. Tercongok sorang-sorang. Walaupun dia masih tak lancar membaca (dah Tahun 4 dah ni) macam murid lain, tetap berani dan rajin datang. Nak kata sebab boleh makan free, tak jugak, sebab kadang-kadang je dia amik makanan yang disediakan tu, walaupun dipaksa. Tabik betul aku pada dia....
cAYA lah, Eva!


p/s: aku & EVa sedang mem'poyo'kan diri. Huuuu!!

Monday, October 26, 2009

Eonverye taht can raed tihs rsaie yuor hnad..



Only great minds can read this



This is weird, but interesting!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe.
Azanmig huh?
yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
 
p/s: Ya, sebenarnya minda manusia boleh membaca sesuatu perkataan dengan betul, tapi syaratnya baca secara terus . Asalkan huruf mula dan huruf akhir disusun di tempat yang asal. 

Sunday, October 25, 2009

Special Kids Part 1 -Nama dia Pui Yan

Kanak-kanak ~ bagi aku sangat innocent, naif dan tak menyimpan rasa kesumat. Setiap dari mereka mesti akan ada sifat istimewa dan unik masing-masing yang kadang-kadang kita tak perasan. Tak kira lah, sifat unik tu, sama ada nakal sangat ke, berkebolehan tertentu ke, ada hobi dan tabiat pelik ke,atau pun bersifat baik secara semulajadi.



Dalam tempoh 5 tahun aku menjadi cikgu ni, macam-macam yang aku dah pernah jumpa. Macam-macam sifat unik yang kita tak pernah jangka. Ini baru sekolah perempuan. Kalau yang mengajar di sekolah campur, lagi banyak yang cikgu-cikgu boleh jumpa. Bagi aku, setiap guru mesti ada kebolehan untuk melayan karenah dan sifat unik kanak-kanak ni. Sama la ngan aku ni, kalau budak yang ada sifat unik yang pelik, jenuh jugak pikir jalan dan cara nak handle dorang ni.



Bermula dengan entri kali ni, aku akan kongsi pengalaman meng'handle' dan berkongsi cerita mengenai sifat-sifat unik murid-murid aku.





Ha, murid yang sorang ni nama dia Pui Yan. Sekarang dia di Tahun 5.

Tahun lepas hingga awal tahun ni, dia suka pura-pura tak tau dan tak paham cakap Bahasa Melayu. Jenuh la kawan dia yang juga berbangsa Cina dok translate apa yang cikgu cakap kat dia (baik betul la kawan dia ni). Padahal kitorang cikgu-cikgu ni, tau dia laaa pura-pura je. Huhuhu! Dia nak perhatian sebenarnya. Nak kawan2 dan cikgu dok fokus kat dia je. Pernah sekali tu, selepas balik dari kelas pemulihan, kebetulan aku kat kelas dia, terus dia datang kat meja nak berborak ngan aku. Siap cakap Melayu fasih dengan loghat KL lagi! Sejak2 aku dok layan dia, dia baik ngan aku. Kalau waktu aku ngajar, dalam 80% dia memang akan buat apa yang disuruh. Padahal waktu cikgu lain, kadang2 je dia buat keja yang diberi. Kena marah macam nak kena telan pun, dia buat2 tak paham je. Lagipun dia tau cikgu marah macam nak keluar tekak pun, tak akan pukul dia pun.Main2 pemadam la, sticker la. Very cool betoi la budak ni! Kadang2 aku gelak jer kalu cikgu2 ni dok merungut pasal dia.


Setiap minggu, dia mesti akan bagi aku benda kecik2,kiranya mainan dia la. Keychain la, patung kartun la, bintang la, sticker,bear kecik la, gula2, coklat, jajan. Dia anggap aku ni kawan dia ke aper ntah la. Siap aku kene perli ngan Che Yah lagik. Ala, aku tak nak, dia siap datang letak atas meja. Ha, tau la, ni mesti Pui Yan bagi. Huhuhu! Tak pe la, dah dia memang macam tu. Lagi pun ni pengalaman kanak-kanak dia. Nanti besar dia kan ingat balik. Takkan nak marah dia 24 jam.



Tapi kadang, ada gak waktu aku ngajar pun dia main2 sorang2. Aku marah, macam marah budak2 lain gak. Tapi dia memang dah sebati dengan sifat cool dia tu. Lagipun dia sebenarnya ada mood dan dunia dia sendiri.


Contoh nya minggu lepas, waktu kat Makmal Sains, kelas sunyi sepi sebab murid2 lain dok asyik tengok CD Sains yang aku pasang tu. Tiba-tiba dia marah-marah. Kuat pulak tu, dalam Bahasa Cina. Sekali dengar macam nenek Cina tengah berleter jer. Terkejut la kitorang. Ada la dalam 5-6 ayat. Dia cakap aper ntah lar. Bila aku tanya, ade ker sesaper yang bergaduh ngan dia, sumer budak2 tu hairan. Sorang pun tak ngaku. Nak tergelak pun ada gak. Tapi aku control la. Dah la muka dia marah sangat. Sampai ketap-ketap bibir, jeling-jeling. Pelik dia ni. Lepas tu, dia cool balik la.

Waktu nak balik tengahari tu, elok pulak dia sapa aku. Siap tersenyum2, ucap selamat pulang la, jumpa lagi esok la, cikgu tak balik lagi ke,muka plak manis jer.

Hei, macam-macam la awak ni Pui Yan..


Birthday Party


Tadi aku ke majlis Hari Jadi anak kepada colleague,Veni. Dia sewa dewan kat apartment aku ni je. So, senang je la aku pi pun. Rumah aku kat tingkat 12, dewan tu kat tingkat 5. Kebetulan baby sitter anak dia pun tinggal kat sini gak.

Menu sangat ok, sebab dia order katering dari Restoran Mamak Bismi kat sini gak. Masakan melayu, mamak sumer ader la. Meriah. Siap ada persembahan dari budak2 Tahun 6 lagik. Sempat plak Si Veni ni dok latih bebudak ni.

Yang aku kagum, dewan sebesar ni sewanya hanya dalam RM100+ je. So, aper lagik, kitorang sempat lagik buat plan. Theee!!Heee! Hee!

Aku: Kagum lar, murah betul sewa dewan nih!

Sorang Nenek Anak Murid: Haaa, cikgu kalo nak kawen, bleh sewa sini jer. Kire ok la ni,murah. Nak datang pon senang. Ada taman mainan plak kat luar tu. Dah ok dah dewan nih!

Aku: Heeeeeee! Ye la, makcik. Heeee! (Gulp! adeker dia suh aku buat majlis kat sini plak. Dia ingat aku orang kariah sini ker? Jenuh orang kampung aku naik bas rombongan 12 bijik nak ke sini.  Huhuhu! Menyampuk plak makcik ni. Hahaha!)

Eli: Haaa, kak is, apakata kita buat majlis kita-kita jer kat sini? Mesti best.

Aku: Ha, betoi-betoi! Konon2 kita sambut birthday reramai la walaupun dah belated pon. Kita share la sewa dewan ngan katering makanan. 

Kak Ina: Kak Ina baru je cakap ngan somi, suh dia buat majlis birthday akak kat sini. Dia cakap akak ngarut betul! Hihihihihi!!!!

Aku: Tak pa kak, ngan kitorang hasrat akak tu bakal tercapai. Heeee! Kita jemput bebudak tahun 6 gak. Sambil2 tu, suh la dorang buat persembahan.

Kak Ina: Okeh, akak setuju. Minggu depan gak kita buat. Akak serius ni.

Eli: Okeh, set! jom kita angkat geng. Mesti ramai lagik yang setuju nih.


Bukan main lagik minah-minah ni. Heeeee! Termasuk la haku!