Showing posts with label macam-macam. Show all posts
Showing posts with label macam-macam. Show all posts

Wednesday, January 19, 2011

Kronologi

...kronologi itu bersambung-sambung...yess..let it be...

Saturday, August 7, 2010

Sila Update Blog Anda!

Wahh...pentingkah update blog anda?
- Ya. Bagi aku penting ler gak, sebab...dun want to miss some of the important moments in my  
  life. 
Aku ni kadang2 spesis pelupa gak  skit...( macam spesis terancam plak, kuikui..). sebab tu kalu ada benda yang aku rasa menarik & penting, mesti buh lam blog..so, pada masa2 depan, bleh baca balik..orang tak baca pun takpe, yang penting aku yang baca sendiri...dan bila nak berblogging ( sukati aku plak buh imbuhan, tapi bunyi cam sedap jer..), aku rasa macam wajib letak gambar..Sebab tu aku sanggup terbangkan Rm 1000++  tuk beli kamera baru..kamera yg sblum ni dah rosak skit & kualiti gambar agak kureng memuaskan.

Tapi, akhir2 ni aku agak sibuk..uwaaaa!! sebenarnya banyak benda yang aku nak update, tapi masa kurang..kiranya, nanti2 la aku update dan buat 'back dated' jer..

Friday, April 30, 2010

Why Boys Need Parent?

'dok dalam ni sampai bila-bila pun best gak.. sejukkk jer'


'hei budak! ko tak pernah tengok buaya ker?'


'eyakh! eyakh! nape la spiderman takde sayap..semput dah aku ni!'



'ni kalau bleh surf terus masuk dalam laut, bleh la aku jala ikan skali' 


' agak-agak kalu aku cucuk mende ni, bleh nampak bunga api,tak?"


"harap-harap Pakcik Sarip tak perasan aku stunt atas sampah dia ni. Dusyumm!!!'



' pas main-main ni, kitorang nak pi makan KFC lak..heheheee."


' woit budak omputih! takder tempat lain ke ko nak  bunuh diri,hah?!' kata pakcik berperut buncit itu..


" umphh! umphhh! ummphh! tolong! aku dah nak muntah dok lam mulut budak ni. Bau petai!"




' dah lama aku tak mandi kat air terjun....bile la ada masa free nak pi bercuti nih?...asal cuti je, kene jaga cucu pelesit aku tu plak...



" suke ati ko la budak kecik oi, nak buat pe pun..aku ngantuk ni...maleh layan...


" kekekekeke!"



' slurrp! alamak! lupa baca Bismillah la plak!

Saturday, April 24, 2010

Miss Independent

Yeah yeah, yeah yeah
Yeah yeah, yeah yeah
Yeah yeah, yeah yeah yeah

ooh it's somethin' about
Just somethin about the way she move
I cant figure it out
there's somethin about her


said ooh its somethin about
kinda woman that want you but dont need you
hey i cant figure it out
there's something about her


cause she walk like a boss
talk like a boss
manicured nails to set the pedicure off
shes fly effortlessly


and she move like a boss
do what a boss do
she got me thinkin about getting involved
thats the kinda girl i need oh


she got her own thing
thats why i love her
miss independent
wont you come and spend a little time?


she got her own thing
thats why i love her
miss independent
ooh the way we shine
miss independent yeah


Yeah yeah, yeah yeah
Yeah yeah, yeah yeah
Yeah yeah, yeah yeah yeah, oh


ooh there's somethin about
kinda woman that can do for herself
i look at her and it makes me proud
theres somethin about her


theres somethin oh so sexy about
kinda woman that dont even need my help
she said she got it she got it no doubt
there's something about her


cause she work like a boss play like a boss
car and a crib she bout to pay em both off
and her bills are paid on time


she made for a boss, only a boss
anything less she tellin them to get lost
thats the girl thats on my mind


she got her own thing
thats why i love her
miss independent
wont you come and spend a little time?


she got her own thing
thats why i love her
miss independent
ooh the way we shine
miss independent yeah


mmm her favorite thing to say
dont worry i got it
mmm and everything she got
best believe she bought it


mmm she gon' steal my heart
aint no doubt about it
girl you're everything i need
said you're everything i need


yeah yeah
yeah yeah, yeah yeah
yeah yeah, yeah yeah yeah, oh


she got her own thing
thats why i love her
miss independent
wont you come and spend a little time?


she got her own thing
thats why i love her
miss independent
ooh the way we shine

miss independent yeah
miss independent
thats why i love her






song: by ne-yo

tribute to:
all my girl friends ~ esp. natenzee

Semak Kualiti Handphone ANDA

Adakah handphone anda sebelum ini selalu rosak? Ataupun sejak beli drpd 5 tahun lalu masih lagi berfungsi dgn baik??


Sekarang, mari kita semak kualiti handphone masing2 agar sesuatu tindakan


dpt diambil dgn segera...


Langkah 1


Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.
Langkah 2


Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh


dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. ...)
Langkah 3


Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan kelapan pd Serial Number handphone anda td.
Perincian 1


Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk .
Perincian 2


Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa .
Perincian 3


Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik .

 
Perincian 4


Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik


Perincian 5


Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk *

 
 
p/s: tatau laaa..bleh percaya ke tak..

Saturday, February 20, 2010

Sendiri Mau Ingat...Renungan Buat Yang Bergelar Anak

Petang Isnin baru-baru ni, aku ke Puduraya untuk beli tiket pulang ke kampung pada hari Rabu. Untuk balik semula ke rumah sewa, aku menahan sebuah teksi. Dalam perjalanan tu, sempat la aku berbual dengan pakcik pemandu tu. Dari pandangan aku, agak-agak pakcik ni dalam lingkungan awal 60-an. Ada sebab kenapa aku nak share apa yang aku bualkan kat sini. Semoga sedikit-sebanyak jadi renungan bersama...

Pakcik Teksi :  Cik ni asal mana? Bukan orang sini ke?
Aku:                :  Saya asal Perlis. Keje sini.
Pakcik Teksi :  Oooo..keje kat mana?
Aku                 :   Mengajar kat Convent Jalan Peel ( sajer aku malas nak citer hal pindah-
                             randah tu. Bukan penting pun...)
Pakcik Teksi :  Oooo, Convent Peel Road tu..Pakcik tau...
Aku                 :   Pakcik ada anak skolah situ ke?
Pakcik Teksi :   Ehh..takde. Anak2 pakcik, besar-besar dah. Yang sulung keje doktor
                             kat HUKM, sorang engineer kat Australia, tak pernah-pernah balik dah,
                             yang last blajar kat U sini.
Aku                  :  Bagusnya, semua anak pakcik pandai-pandai, berjaya belaka..
Pakcik Teksi  :   Hemmmmm...pandai, berjaya, keje bagus tu, cukup untuk rezeki
                              dorang je la...Pakcik kena keje jugak untuk sara diri pakcik. Dorang
                              keje untuk diri dorang laa..Cuma yang pompuan last tu la,yang banyak
                              ambik berat. Tapi dia pun masih blajar lagi. Tak tau la kalau lepas
                              kawin nanti2 jadi lain pulak..
Aku                   :   Emm..anak pakcik yang 2 orang tu lelaki, ye?
Pakcik Teksi   :  Ha'a. Yang doktor tu lelaki. Yang engineer tu dulu blajar kat Australia.
                              Pas belajar dia keje engineer kat Sudan. Lepas tu, patah balik keje kat
                              Australia. Dah tak nak balik-balik dah. Dia keje untuk diri dia je la kat
                              sana..
Aku                 :     Emm..kadang-kadang anak lelaki ni kurang sensitif, nak kena
                               diingatkan  24 jam. Baru dorang nak paham kan, pakcik?
Pakcik Teksi    :  Bagi pakcik, pakcik takkan minta-minta. Biar la dorang. Lagipun duit
                               pencen pakcik ada la sikit- sikit. Ni pun pakcik bawak teksi ni pun
                               rezeki pakcik jugak.
Aku:                 :    Betul jugak apa yang pakcik cakap tu. Hati manusia ni tak sama..

Pakcik ni macam nak meluahkan perasaan kecewa dia tu jugak. Aku yakin bukan pakcik ni sorang je yang terima nasib macam ni, tapi masih ramai lagi kat luar sana tu. Bila dah ada duit sendiri, terus buat-buat lupa mak-bapak. Nak bagi duit bulan-bulan pun terketar-ketar tangan. Ada pulak tu, kalau bagi, mengungkit lagi. Padahal jumlah yang diberi tu bukan banyak pun. Tapi kalau habiskan kat tempat lain, boleh plak!

Bukan maksud aku nak hi-lightkan yang ibu bapa ni materialistik, tapi sekurang-kurangnya, hulur-hulurkan la jugak pada dorang. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban. Dorang pun ada keperluan macam kita jugak. Tak boleh bagi banyak, bagi la ikut kemampuan. Kalau dorang kaya pun, bagi la sebagai hadiah. Ini tidak, lagi nak dikikisnya mak bapak tu, ada la..Bukan apa, ini sebagai tanda kita ingat akan jasa dorang, walaupun kita sendiri tahu, budi dorang tu tersangatlah banyak dan tak terbalas dengan wang ringgit.

Pesanan dari aku yang masih budak hingusan ni ( hingusan ler lagi, sebab blum kawen, kakaka!) :

- setiap kali dapat gaji, asingkan siap2 peruntukan untuk ibu-bapa, sebagai perkara WAJIB. Takder istilah tak cukup duit. Jangan sekali-kali tunggu duit lebihan dari perbelanjaan je. Sebabnya, kalau nak diikutkan lebih, gaji sebulan RM 15 ribu pun blum tentu akan ada lebihan. Lagi cepat habis, ada la..Ingat balik---waktu kita skolah2 dulu, macam mana sempit pun, ibu bapa kita tetap utamakan keperluan kita. Ada yang sanggup bergolok bergadai.

- bagi yang sudah/akan berstatus suami/isteri, tolong la sporting skit. Jangan dihalang jikalau suami/isteri kesayangan anda tu nak hulur-hulur pada ibu bapa dorang. Buang la ego yang tak bertempat tu! Ingat la, korang pun akan mempunyai anak-anak jugak di suatu hari nanti. Tentu sekali korang pun akan berada di situasi yang sama. Bak kata pepatah omputih, " What you give, you'll get back!'... Roda itu berputar. Jangan sampai kene lenyek ngan roda tu plak nanti.....
  




Wednesday, January 20, 2010

Hibernate ker aku?


Huah! Lamer betul aku tak update blog. Alasannyer:

1- MALAS
2- sibuk melayan facebook plak dah skang ni..tapi aku tak main game, yer...kalau start main game tu, takut ketagih plak
3- progress berat badan pun tak banyak..skang ni mendatar je...lagi pun aku kurang fokus skang ni. banyak mende lain nak pikir..
4- skolah baru bukak, sesi baru bemula, banyak keje skolah nak kene buat..

So, blog aku yang aku off kejap tu, bukak balik la ni..

Monday, October 26, 2009

Eonverye taht can raed tihs rsaie yuor hnad..



Only great minds can read this



This is weird, but interesting!

fi yuo cna raed tihs, yuo hvae a sgtrane mnid too

Cna yuo raed tihs? Olny 55 plepoe out of 100 can.

i cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd waht I was rdanieg. The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it dseno't mtaetr in waht oerdr the ltteres in a wrod are, the olny iproamtnt tihng is taht the frsit and lsat ltteer be in the rghit pclae.. The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it whotuit a pboerlm. Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe.
Azanmig huh?
yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!
 
p/s: Ya, sebenarnya minda manusia boleh membaca sesuatu perkataan dengan betul, tapi syaratnya baca secara terus . Asalkan huruf mula dan huruf akhir disusun di tempat yang asal. 

Wednesday, October 21, 2009

Soul Touching Poem



I went to a party Mom,

I remembered what you said.
You told me not to drink, Mom,
So I drank soda instead.

I really felt proud inside, Mom,
The way you said I would.
I didn't drink and drive, Mom,
Even though the others said I should.

I know I did the right thing, Mom,
I know you are always right.
Now the party is finally ending, Mom,
As everyone is driving out of sight.

As I got into my car, Mom,
I knew I'd get home in one piece.
Because of the way you raised me,
So responsible and sweet.

I started to drive away, Mom,
But as I pulled out into the road,
The other car didn't see me, Mom,
And hit me like a load.

As I lay there on the pavement, Mom,
I hear the policeman say,
"The other guy is drunk," Mom,
And now I'm the one who will pay.

I'm lying here dying, Mom.....
I wish you'd get here soon.
How could this happen to me, Mom?
My life just burst like a balloon.

There is blood all around me, Mom,
And most of it is mine.
I hear the medic say, Mom,
I'll die in a short time.

I just wanted to tell you, Mom,
I swear I didn't drink.
It was the others, Mom.
The others didn't think.

He was probably at the same party as I.
The only difference is, he drank
And I will die.

Why do people drink, Mom?
It can ruin your whole life.
I'm feeling sharp pains now.
Pains just like a knife.

The guy who hit me is walking, Mom,
And I don't think it's fair.
I'm lying here dying
And all he can do is stare.

Tell my brother not to cry, Mom.
Tell Daddy to be brave.
And when I go to heaven, Mom,
Put "GOOD BOY " on my grave.

Someone should have told him, Mom,
Not to drink and drive.
If only they had told him, Mom,
I would still be alive.

My breath is getting shorter, Mom.
I'm becoming very scared.
Please don't cry for me, Mom.
When I needed you, you were always there.

I have one last question, Mom.
Before I say good bye.
I didn't drink and drive,


So why am I the one to die?
 
p/s: LU PIKIR LA SENDIRIK...

Monday, October 5, 2009

Friday, September 25, 2009

Nostalgia Bayi & Kanak-Kanak Tahun 80-an

Tanda-tanda anda bayi dan kanak2 tahun 80-an:


Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, Miro Attack samosop berpusing, Gaban wakasau2, Nam Tour Of Duty di taja oleh Perillys, Air Wolf dan Voltron.kalau hari kamis mesti lari kelas ngaji nak tengok Moero Attack dgn Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan? mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

Ingat tak, nurse kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah, ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. Paling best time minum ubat cacing krawet..semua nak 2 kali. Tak silap aku kaler oren product by appeton.

Ni sure korang ingat...program minum susu kotak di skolah, nak galakkan budak2 time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek beb...siap ada gambar2 macam poster plak kat kotak susus tu.

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin air sirap 10 sen ja. Kalau boleh mkn guna pingan kaca dah kira hebat nasi 50 sen ja tu telor seblah+ayam+sayo.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan
masa dgn family. Ni for those yg dok KL laa

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china cap panda tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 ringgit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang, Tora datang lg model iklan mesti mat sentul, chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Coklat udang yg plastik dia mcm agar2 tu.

Tak dilupakan, 'Ti Kam'. Bile dah abih exam, main Monopoly la, main tikam daun jet pejuang la moto besar la kerata kebai la. Donkey la, Happy Family laa dlm class. Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal hari khamis memang bes mkn nasi lemak..

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa, rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn air paip pon layan time tu nak bes up aiskrim 10 sen yang tube aiskrim, ice pop, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! makan sagon sumbat dlm mulut pas tu sembor..

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.buat bintang guna kertas pengaruh drama ninja jepon (sizuka). buat kapal terbang kertas..bila time hujan kalau cikgu x da mesti race sampan dlm longkang..

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1988/89. Skarang digelar 'remaja'.

Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.diorg x kenal rabuan pit, romzi bakar, arwah mokhtar dahri..

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan ?

Hidup bayi 80-an!!!!!


 p/s: aku dapat artikel ni dari blog sape tah, tak ingat. Bila baca, aku pun tersenyum sorang-sorang....gheeee!

gambar: aku pun kanak2 zaman tahun 80-an. Ni waktu tadika, yang ikat rambut dua tengah pejam mata tu ler. Bukan main lagik yer, heee!

Thursday, September 24, 2009

Iklan Raya Petronas

Bagai tradisi, setiap tahun Petronas akan menerbitkan iklan-iklan sempena Hari Raya.
Semuanya best, kisah-kisah yang dipaparkan dekat dengan masyarakat dan mempunyai maksud tersurat dan tersirat.
Besar pahala bagi si tukang buat iklan ni, sebab, aku percaya kat luar sana, bukan sedikit orang yang tersentak dan insaf hanya dengan menonton iklan yang durasinya tak sampai 5 minit setiap tayangan.




~ iklan ni mengenai menantu yang kurang senang dengan kehadiran bapa mertuanya yang uzur. Si anak perempuan orang tua ni, melayan jer si suaminya yang selfish dan blagak tu. Last2, anak2 dorang sendiri yang masih kecik tu dah plan nak buat dorang macam tu biler dorang dah tua. Huhu! "Abahhh jangan luper pakai lampinnn,tauuuu!!!"
p/s: tersentuh betul aku tengok orang tua tu terketar2 angkat pinggan lauk dan waktu dia suap bubur sampai tumpah2 kat mulut. Huuuuu!! Sedihnya..Jangan lar aku jadik perangai macam anak dan menantu orang tua tu. Mintak dijauhkan lar dari dapat suami selfish n blagak macam tu.



~ iklan ni plak mengenai kesabaran seorang ayah melayan karenah si anak. "Burung aper ayah?" berkali-kali si anak ni menyoal si ayah. "Burung murai.Burung murai,nak,"berkali-kali jugak si ayah menjawab dan melayan karenah si anak dengan sabar. Akan tetapi bila si anak dewasa, si ayah dah tua, si anak cepat pulak hilang sabar sewaktu melayan si ayah.
p/s: pernah aku dengar, apabila ibu-bapa kita beransur tua, perangai mereka akan jadik macam budak2 balik. Bukan la jadi budak, tapi mungkin sebab mereka semakin lemah dan tak berdaya serta perlukan perhatian,sedikit-sebanyak tingkah-laku akan berubah sedikit. So, belajar2 bersabar la dengan ibu&ayah yang telah banyak berkorban untuk kita. Suatu hari, kita pun akan jadik macam tu.


Best je aku surf video ni kat youtube, terbaca plak komen sorang viewer kat bawah tu. Klakar nak terguling dah aku. Kah!kah! Kah! Potong mood sedih aku. Aku copy kat sini.

Anak: Aper tu ayah?
Ayah: Siput babi
Anak: Siput aper ayah?
Ayah: Siput babi, nak..
Anak: Siput aper, ayah?
Ayah: Siput babi, sayang...
Anak: Siput aper, ayah?
Ayah: Siput ler babi!

Aper la nasib budak tu, dapat ayah cenggini? Hahaha!

Monday, September 7, 2009

Selamat Menduduki UPSR 2009

Selamat Menduduki UPSR dan Selamat Berjaya kepada semua murid Tahun 6 SK Convent Jalan Peel,KL dan kepada semua murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR yang akan bermula esok.
Semoga penat lelah dan segala usaha kalian semua terbayar dengan sebuah kejayaan.

Tuesday, September 1, 2009

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SKCJP












Pagi tadi, sekolah aku telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan yang agak sederhana, berbanding tahun-tahun lepas.

Memandangkan Hari Kebangsaan kali ni jatuh pada bulan Ramadhan, dan ramai jugak guru yang tiada di sekolah kerana ada urusan di luar. Walaupun sederhana, tetapi agak meriah.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan perutusan Hari Kebangsaan oleh Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan, deklamasi sajak, persembahan drama,pertunjukan fesyen pakaian tradisional dan nyanyian lagu patriotik.
So, layan je lar gambar2 kat bawah ni....



Farah Jazlin, Basrina Fatihah dan Shaspreet Kaur menunjukkan bakat mendeklamasikan sajak Kemerdekaan.




cikgu2 ni malu2 unta plak nak nyanyi. huhuhu!

Merdeka-Anugerah Yang Tak Ternilai


SALAM MERDEKA!





Rasanya tak terlalu lewat untuk aku memberi ucapan ini.


Setelah 52 tahun negara kita mencapai kemerdekaan, secara langsung angka 52 ini menilaikan erti kedewasaan.


Semoga bumi Malaysia ini dan warganya sentiasa dilimpahi rahmat dariNya. Semoga kita semua menjadi warga yang matang, bersyukur dan bertanggungjawab di atas anugerah yang tidak ternilai ini. nota: gambar-gambar ini diambil semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2008 di Dataran Merdeka. Murid-murid sekolah aku terlibat sama menjayakan persembahan formasi Hari Kebangsaan ini.

Friday, August 28, 2009

Catatan Semalam

  • Fuh! Nasib baik abang aku dengan sukarelanya nak hantar aku ke SMKPBU tu semalam. Kalau aku pi sorang, gerenti sesat, sebab ada simpang lain untuk ke skolah tu. Tak pasal2 aku pi skolah menengah Thailand kat sempadan Mesia tu. Haha!
  • Jumpa kawan lama, Mazlin. Actually dia ni kawan kepada besfren aku. Tapi aku kenal gak dia. Tak la boring ,waktu menunggu nak masuk ke dewan exam tu. Ada gak kawan untuk borak2. Kalau amik kat KL,konfem la aku berkepit ngan Che Yah. Mazlin ni pun calon menumpang gak, sebab dia mengajar kat Pahang. Macam2 crita dari dia yang ngajar anak2 orang asli kat sana. Klakar pun ada. hihi!
  • Tak sangka plak, terjumpa gak sorang senoir aku waktu aku Matrik kat KYPM Bangi dulu tu ( jadik cikgu gak yer, pakcik ni). Mungkin dia tak kenal pun aku. Slalunya junior yang kenal senoir. Senior mane nak kenal junior dorang yang ramai2 tu. huhu!
  • Tambah kawan baru- Kak Ieda. Kakak ni ngajar kat SMK Tuanku Suleiman. Rupanya rumah dia tak la jauh sangat dari kampung aku.
  • SMKPBU - cantiknya kawasan skolah ni. Kagumnya aku. Ye la, kalau nak banding ngan skolah aku yang kat pinggir Jalan Peel tu. Heeeee!
  • Soklan Paper P&P agak senang.Tapi tak tau la,soklan2 dia trick jugak. Semua jawapan hampir samer je.
  • Soklan Paper Umum agak susah. Mungkin sebab aku tak baca satu hapah pun kot. So, semalam aku tembak jer. Pom! Pom! Pom!

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah..Buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani

Pagi tadi seorang kawan aku sms bagitau yang Ustaz Asri Rabbani telah meninggal dunia. Terkejut jugak aku. Tak sangka betul, sebab arwah masih muda dan kelihatan sihat. Tapi, seperti yang kita semua tahu, ajal dan maut semua tu rahsia Dia. Semoga dia ditempatkan bersama orang2 yang beriman..Amin.

Juga, ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham,semoga tabah di atas pemergiannya..

Kat bawah ni aku paste artikel yang aku dapat dari MyStar Online.

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia
Oleh KEITH JONATHAN DEUNTZER dan SHAHRIL ADZRIN

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

PETALING JAYA: Jenazah arwah Ustaz Asri sedang dibawa ke rumahnya di di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.
Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.
Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.
Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.
Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.
Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.
Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.
Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.
Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.
Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.
Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.




Tuesday, August 11, 2009

Margarine Versus Butter




DO YOU KNOW…. the difference between margarine and butter?

Read on to the end...gets very interesting!
Both have the same amount of calories.

BUTTER

- Butter is slightly higher in saturated fats at 8 grams compared to 5 grams.
- Eating margarine can increase heart disease in women by 53% over eating the
same amount of butter, according to a recent Harvard Medical Study.
- Eating butter increases the absorption of many other nutrients in other foods.
- Butter has many nutritional benefits where margarine has a few…. only
because they are added!
- Butter tastes much better than margarine and it can enhance the flavors of
other foods.
- Butter has been around for centuries where margarine has been around for
less than 100 years.




MARGARINE:
- Very high in trans fatty acids Triple risk of coronary heart disease.
- Increases total cholesterol and LDL (this is the bad cholesterol) and lowers
HDL cholesterol, (the good cholesterol)
- Increases the risk of cancers up to five fold.
- Lowers quality of breast milk.
- Decreases immune response.
- Decreases insulin response.
- And here's the most disturbing fact.... HERE IS THE PART THAT IS VERY INTERESTING! Margarine is but ONE MOLECULE away from being PLASTIC..


This fact alone was enough to have us avoiding margarine for life and anything else that is hydrogenated (this means hydrogen is added, changing the molecular structure of the substance).


You can try this yourself:....


Purchase a tub of margarine and leave it in your garage or shaded area. Within a couple of days you will note a couple of things: * no flies, not even those pesky fruit flies will go near it (that should tell you something) * it does not rot or smell differently because it has no nutritional value ; nothing will grow on it. Even those teeny weeny microorganisms will not a find a home to grow. Why? Because it is nearly plastic! Would you melt your Tupperware and spread that on your toast?