Showing posts with label Bebel Cikgu Is. Show all posts
Showing posts with label Bebel Cikgu Is. Show all posts

Sunday, February 20, 2011

Nak Marah Ni!!!!!!

Adakah suhu emosi manusia dipengaruhi oleh usia? Ntah la, ni sekadar berdasarkan pemerhatian aku je..hermm..ape bende aku nak cakap ni?

Sebenarnya gini...pagi tadi (Sabtu), aku ke Pasar Tani dengan mak..Pasar Tani ni lokasinya berdekatan dengan sebuat taman perumahan dan deretan kedai. Sebelum membeli-belah tu, aku ngan mak aku ni singgah makan dulu kat sebuah restoran nih kat area pasar tu jugak... kitorang duduk kat meja paling tepi ngan kaki lima restoran tu..saje je nak ambil angin sambil2 tengok gelagat orang. Kebetulan tepi restoran tu ada jalan orang keluar masuk ke taman perumahan tu. Sambil2 makan tu, ada la 3 orang pakcik tabligh ni singgah ke restoran ni, dan dorang park moto yg dorang naik tu kat tepi kaki lima, agak berterabur la skit cara dorang park tu..(hurmmm..)..
kebetulan pulak restoran ni kat selekoh jalan.

Tak lama selepas tu muncul 2 buah kereta yang nak melalui selekoh restoran tu. Pemandunya lelaki-lelaki muda la ( siap bawak aweks...)...rasanya dorang konvoi kot. Berderum2 bunyi  kereta dorang tu tekan minyak ( tapi kete tak jalan, of coz sebab tekan brek la kan?)..tujuannya nak protes la tu...ada orang letak moto terabur...aku tengok,masing2  muka mencuka masam mengalahkan cuka getah...sambil meng'ejas'2 stereng..agak-agak lepas dan dah clear, bukan main pecut lagi..padahal jalan kecik je..kalu ada org lintas, maunya dilanggar....Nak tergelak pun ada aku tengok gelagat bebudak muda tu..Marah sangat la tu agaknya...huhuuu...


Selang beberapa minit, datang pulak sebuah teksi yang pemandunya sudah tentu sorang pakcik veteran. Sambil-sambil bersusah payah memulas stereng, sebab nak mengelakkan motor-motor tu, tersengih-sengih je pakcik tu. Mungkin dalam kepala dia pikir camni " Ahah! kalu aku bleh lepas, maknanya aku memang terer. Lagik bertambah la skill aku sebagai drebar teksi seMalaya. yeeehaaa!!"  ...

Kebetulan belakang teksi pakcik tu ada lagi sebuah keta yang nak lalu. Aku makin teruja suap nasik, makin teruja nak tengok apa lagi gelagat pemandu-pemandu yang nak lalu situ. Yang pakcik-pakcik tabligh tu dok berborak tak hengat dunia dah. Dorang tak prasan langsung yang motor-motor dorang tu tengah jadik perhatian umum kat situ. Huhu!! Oh ye, berbalik pada kete yang satu lagi tu, pemandunya mungkin dalam lingkungan lewat 40 an kot..Yang ni best je, muka blur takder perasaan pun. Memang la dia pun bersusah payah gak nak lalu..Tapi muka memang blur habis...Kakkakakakaaa!!!!



Terpikir lak aku..macam ada satu pattern plak suhu emosi manusia mengikut umur....adakah hipotesis:
- semakin meningkat umur seseorang, semakin cool orangnya....??
- semakin muda seseorang itu, semakin hot tempered dirinya..??

...... rosak betul bahasa aku...maaf..  (^___^)

Saturday, August 7, 2010

Sila Update Blog Anda!

Wahh...pentingkah update blog anda?
- Ya. Bagi aku penting ler gak, sebab...dun want to miss some of the important moments in my  
  life. 
Aku ni kadang2 spesis pelupa gak  skit...( macam spesis terancam plak, kuikui..). sebab tu kalu ada benda yang aku rasa menarik & penting, mesti buh lam blog..so, pada masa2 depan, bleh baca balik..orang tak baca pun takpe, yang penting aku yang baca sendiri...dan bila nak berblogging ( sukati aku plak buh imbuhan, tapi bunyi cam sedap jer..), aku rasa macam wajib letak gambar..Sebab tu aku sanggup terbangkan Rm 1000++  tuk beli kamera baru..kamera yg sblum ni dah rosak skit & kualiti gambar agak kureng memuaskan.

Tapi, akhir2 ni aku agak sibuk..uwaaaa!! sebenarnya banyak benda yang aku nak update, tapi masa kurang..kiranya, nanti2 la aku update dan buat 'back dated' jer..

Friday, May 28, 2010

Pertukaran Guru Antara Negeri



Yuuuhuu!!!! Tahniah diucapkan kepada Sir Idrus! Dapat jugak abang aku ni bertukar ke Perlis kali ni. Rupanya aku baru tau yang hari ni keluar result pertukaran guru antara negeri bagi sesi pertengahan tahun.

Kalau sebelum ni, aku memang expert bab-bab permohonan pertukaran ni. Dah dapat tukar aritu, aku dah tak amik tau ler pasal pertukaran ni. Buat menyemak paler otak jer..Tetiba tadi abang aku bagitau dia dapat tukar..Alhamdulillah..Rezeki dia la tu. Aku pun tumpang gembira la jugak...

Bukan senang woi nak masuk Perlis ni kalau tak kena gaya...Yang orang dari luar tinggal kat Perlis ni, dah lama dok sini, dah tak mau keluar dah..almaklumlah, negeri ni masih aman damai, udara masih bersih, takder kawasan pedalaman yang tahap pergi skolah kene pakai selipar, masyarakat masih mahu mengambil berat akan hal antara satu sama lain, nak kawin dua pun tak perlu mintak kebenaran bini pertama ( perlukah ini?), sikap mementingkan diri kurang dipraktikkan, kos hidup masih rendah, kes-kes jenayah pun masih di tahap tak tak membimbangkan ( aper aku merepek ini? macam wakil rakyat kah?).

 Yang aku dapat aritu pun, kira 'miracle' la, Tuhan nak tolong..Kalau tidak, mau berjanggut jugak aku dok memohon pertukaran ni. Tebal muka aku ni 5 inci woi! GB skolah lama pun asik perli aku jer..Ikut ati mau aku  $@%&* je dia tu...( jangan heran, aku memang ganazzz) ..

So, moral of the story, jangan dengar cakap-cakap negatif orang yang boleh meremukkan jiwa.....manusia hanya mampu meneka dan membuat telahan.....jawapannya, hanya ada pada TUHAN...


Kepada Sir Idrus, tahniah sekali lagi.....( kalau hang satu skolah ngan aku, mesti best,kan?)

Thursday, April 29, 2010

Tips Untuk Menipu

Aper ni? Tajuk pun dah mengajak orang ke arah2 kemungkaran ni? Buat la entri yang elok-elok skit! Tapi kannn....Suka ati aku ler nak buat tajuk pe pun..dah nama pun 'Ini Blog Isma',


inikah wajah sebenar isma?  ------------------->

bukan 'Ini Blog Ketua Kampung' ke,

"gue bukan ketua kampung..gue ketua rumah kongsi ajjerrr.."



.....atau   ' Ini Blog Johan Qariah Kebangsaan' ke...atau 'Ini Blog Ustazah' ke....


" saye lar ustazah tergebu di abad ini...cak!"




Emmm..sebenarnya, bukannya aku nak bagi tips cara-cara untuk menipu sangat pun, saje gimik je,nak meningkatkan trafik..( ceit!!!publisiti murahan betul, kalu camtu, baik letak je tajuk.....

 ' Tips Menjadi Pelajar Tingkatan 1 Yang Paling Diminati Ramai'  ke,
" kami ler calon-calon gadis idaman ramai tuuu..."


 'Tips Mengekalkan Kewangian Baju Anda Walaupun Dipakai 7 hari 7 Malam' ke....
" inilah bahana nyer tak mo salin baju 7 hari 7 malam..kan dah gatal..akakkkk jugak kene garu...haiyya!"

.......tak pun 'Tips Untuk Membuatkan Bapa Mertua Takut Dengan Kelibat Anda' ke..

"nasib baik beskal oren ni jadi penyelamat pakcik...ntah..pakcik seram je tengok muker menantu baru  pakcik tuu...aduiiii...."

koh!kolh! ;-P    wahh! aku semakin merapek..takpe, teruskan membaca rapekkan aku ini...

Sebenarnya entri ni pasal aku nak share skit pandangan aku terhadap orang-orang yang suka menipu tanpa menoleh kiri & kanan dulu ni..aper maksudnya ni? ingatkan nak lintas jalan jer kene toleh kiri kanan? Nak menipu pun kene toleh kiri kanan dulu, yer?

Ya, tepat sekali! Nak menipu dengan cara yang betul tanpa menimbulkan rasa jelik orang terhadap anda, mestilah toleh kiri kanan dulu, jangan main hentam tipu jer..( okey, ada tambahan skit: mesti tengok belakang, atas & bawah skali) kalau tak..nampak sangat tahap kebo***an tu telah mencapai tahap maksimum...dan tak boleh di'cover' lagik.. 

Contoh kes menipu tanpa menoleh kiri & kanan:





Kes 1:

Seorang pekerja tidak dapat hadir ke tempat kerjanya. Untuk mengelak dari digelar pemonteng, dia pun menghantar SMS kepada majikannya tersebut..alasan di atas
ketidak hadirannya tu,ialah...dia terjatuh dari katil dan terus muntah darah. Isyk! Isyk! Isyk! Macam ni punya tipu pun ado? Nape aku cakap dia tipu? Mana la tau, kot-kot waktu jatuh katil tu, perut dia terhempap atas bende ape ke? takpun waktu tido tu dia mengigau, terus bangun pergi teguk racun rumput ke? Jawapan: Pada waktu makan tengahari, dia dilihat oleh seseorang, berjalan-jalan di shopping complex dengan penuh glamour dan bergayanya...
Dan keesokan harinya dia hadir ke tempat kerja dengan penuh ceria dan keterujaan. Wuhu!!! hebat! ( errr..mampukah orang muntah darah membuat aksi seperti itu?)

Sebenarnya banyak lagi kes2 macam ni..tapi aku dah malas nak taip panjang-panjang. Peringatan: aku bukan mengumpat, tapi nak share mende ni supaya jadi pedoman & pengajaran kat sape2 yang baca blog aku ni.

Bab nak tipu ke tak nak tipu tu, terletak atas niat korang ( termasuk aku jugak) la, dan terletak atas judgement Allah la...  

Tapi nak tipu tu, berpada-pada la. Kalau takder kepakaran nak menipu tu, baik tak payah. Cakap & explain bende yang betul je. Buat ape nak takut nak cakap benda yang betul? Bukan nak kene bunuh pun. Abis-abis sangat, orang tak bleh trima, tapi lama-lama orang bleh trima jugak..

Kalau menipu yang tak lepas diri ni, ingat orang tak bleh tau ke? Sebenarnya, time tu jugak orang dah bleh detect, tapi orang malas nak gaduh2 dengan si penipu ni. Buang masa je..Hasilnya,si penipu jadi bahan gelakkan orang je kat blakang. Si penipu ni plak, kembang je hidung, sebab dia rasa dah berjaya menipu. Dah rasa diri hebat + bergaya. :-P  Selalunya yang suke tipu tak lepas diri ni, bukannya dia tipu benda penting pun..kadang-kadang, tak logik pun nak tipu, mungkin hobi dari kecik kot?


" akak tak tipu...akak gosok gigi sehari 27 kali, u olls! Siap floss & kumur ngan Listerine,lagi! tak baik tipu, berdosa, taww!"

Sunday, April 25, 2010

bAJU sAMA deNGan WArDinA?

Tadi aku saje je search gambar Wardina, tetiba terjumpa 2 gambar dia ni..Alamak! macam aku pernah tengok jer orang pakai tudung & baju kaler tu! Sape yer? Hahaha! Sape lagik, aku lar! Hahahahaha! Cuma bezanya, Si Wardina tu 2 juta kali lebih cun la dari aku! Kahkahkah! Layannnnn......

Wardina Cun                                                            Isma Poyo



'Kak Dina Hijau Menawan'                  'Dik Isma Si Katak Hijau'


















Kueng! Kueng! Kueng!  Saje jer suka2 merepek di malam hari...

Saturday, February 20, 2010

Sendiri Mau Ingat...Renungan Buat Yang Bergelar Anak

Petang Isnin baru-baru ni, aku ke Puduraya untuk beli tiket pulang ke kampung pada hari Rabu. Untuk balik semula ke rumah sewa, aku menahan sebuah teksi. Dalam perjalanan tu, sempat la aku berbual dengan pakcik pemandu tu. Dari pandangan aku, agak-agak pakcik ni dalam lingkungan awal 60-an. Ada sebab kenapa aku nak share apa yang aku bualkan kat sini. Semoga sedikit-sebanyak jadi renungan bersama...

Pakcik Teksi :  Cik ni asal mana? Bukan orang sini ke?
Aku:                :  Saya asal Perlis. Keje sini.
Pakcik Teksi :  Oooo..keje kat mana?
Aku                 :   Mengajar kat Convent Jalan Peel ( sajer aku malas nak citer hal pindah-
                             randah tu. Bukan penting pun...)
Pakcik Teksi :  Oooo, Convent Peel Road tu..Pakcik tau...
Aku                 :   Pakcik ada anak skolah situ ke?
Pakcik Teksi :   Ehh..takde. Anak2 pakcik, besar-besar dah. Yang sulung keje doktor
                             kat HUKM, sorang engineer kat Australia, tak pernah-pernah balik dah,
                             yang last blajar kat U sini.
Aku                  :  Bagusnya, semua anak pakcik pandai-pandai, berjaya belaka..
Pakcik Teksi  :   Hemmmmm...pandai, berjaya, keje bagus tu, cukup untuk rezeki
                              dorang je la...Pakcik kena keje jugak untuk sara diri pakcik. Dorang
                              keje untuk diri dorang laa..Cuma yang pompuan last tu la,yang banyak
                              ambik berat. Tapi dia pun masih blajar lagi. Tak tau la kalau lepas
                              kawin nanti2 jadi lain pulak..
Aku                   :   Emm..anak pakcik yang 2 orang tu lelaki, ye?
Pakcik Teksi   :  Ha'a. Yang doktor tu lelaki. Yang engineer tu dulu blajar kat Australia.
                              Pas belajar dia keje engineer kat Sudan. Lepas tu, patah balik keje kat
                              Australia. Dah tak nak balik-balik dah. Dia keje untuk diri dia je la kat
                              sana..
Aku                 :     Emm..kadang-kadang anak lelaki ni kurang sensitif, nak kena
                               diingatkan  24 jam. Baru dorang nak paham kan, pakcik?
Pakcik Teksi    :  Bagi pakcik, pakcik takkan minta-minta. Biar la dorang. Lagipun duit
                               pencen pakcik ada la sikit- sikit. Ni pun pakcik bawak teksi ni pun
                               rezeki pakcik jugak.
Aku:                 :    Betul jugak apa yang pakcik cakap tu. Hati manusia ni tak sama..

Pakcik ni macam nak meluahkan perasaan kecewa dia tu jugak. Aku yakin bukan pakcik ni sorang je yang terima nasib macam ni, tapi masih ramai lagi kat luar sana tu. Bila dah ada duit sendiri, terus buat-buat lupa mak-bapak. Nak bagi duit bulan-bulan pun terketar-ketar tangan. Ada pulak tu, kalau bagi, mengungkit lagi. Padahal jumlah yang diberi tu bukan banyak pun. Tapi kalau habiskan kat tempat lain, boleh plak!

Bukan maksud aku nak hi-lightkan yang ibu bapa ni materialistik, tapi sekurang-kurangnya, hulur-hulurkan la jugak pada dorang. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban. Dorang pun ada keperluan macam kita jugak. Tak boleh bagi banyak, bagi la ikut kemampuan. Kalau dorang kaya pun, bagi la sebagai hadiah. Ini tidak, lagi nak dikikisnya mak bapak tu, ada la..Bukan apa, ini sebagai tanda kita ingat akan jasa dorang, walaupun kita sendiri tahu, budi dorang tu tersangatlah banyak dan tak terbalas dengan wang ringgit.

Pesanan dari aku yang masih budak hingusan ni ( hingusan ler lagi, sebab blum kawen, kakaka!) :

- setiap kali dapat gaji, asingkan siap2 peruntukan untuk ibu-bapa, sebagai perkara WAJIB. Takder istilah tak cukup duit. Jangan sekali-kali tunggu duit lebihan dari perbelanjaan je. Sebabnya, kalau nak diikutkan lebih, gaji sebulan RM 15 ribu pun blum tentu akan ada lebihan. Lagi cepat habis, ada la..Ingat balik---waktu kita skolah2 dulu, macam mana sempit pun, ibu bapa kita tetap utamakan keperluan kita. Ada yang sanggup bergolok bergadai.

- bagi yang sudah/akan berstatus suami/isteri, tolong la sporting skit. Jangan dihalang jikalau suami/isteri kesayangan anda tu nak hulur-hulur pada ibu bapa dorang. Buang la ego yang tak bertempat tu! Ingat la, korang pun akan mempunyai anak-anak jugak di suatu hari nanti. Tentu sekali korang pun akan berada di situasi yang sama. Bak kata pepatah omputih, " What you give, you'll get back!'... Roda itu berputar. Jangan sampai kene lenyek ngan roda tu plak nanti.....
  




Tuesday, January 26, 2010

i'm back!

Arini aku ke KL semula untuk urusan penyerahan tugas. Hilang sikit kesedihan aku tu, tengok skolah,  muka kawan2 & anak2 murid. Tapi aku di sini untuk 2 hari sahaja. Hari Khamis aku dah kena mula bertugas di sekolah baru dah. Sibuk sangat aku tadi. Port aku kat library je la. Port Geng2 Samseng Kampung Dusun. Tak angkat kepala aku, sibuk dok siap keje2 sumer tu. Sambil2 tu tak larat plak nak melayan budak2 ni tak putus2 datang dok interview aku. ' Ngape cikgu nak pindah? Jangan la pindah. Cikgu nak pindah maner? Cikgu suke kaler aper? Saper nak ajar kitorang Sains? Naper tak tunggu tahun depan? Naper sumer cikgu Sains asik pindah? Bla! Bla!Bla!' Soalan sama je yang diulang, tapi ditanya oleh org2 yang lain la. Alahai, sian la pulak aku budak2 ni. Ada yang siap nak ajak mak-ayah dorang ke rumah aku waktu raya & cuti skolah. Dorang masih budak2 lagi. Belum paham selok-belok kehidupan. Ape pun cikgu doakan yang terbaik untuk kamu semua...

Dalam pukul 3 jugak aku balik. Geng2 Kampung Dusun yang lain tu, bukan main  lagi pi tengok wayang citer 'Legion' tu. Tapi dah berbuih jugak la mulut dorang dok hasut aku join dorang. Aku, dengan kuat imannya, menepis godaan dorang tuh. Waaaaaaaa!!!!! Aku tak bleh join sebab nak siapkan kejeeeeeeee!!!!!!!!.


Inilah gambar Geng Samseng2 ittew...
Ketua Samseng



 .....betapa poyo nya mereka......

Tuesday, September 29, 2009

A Doctor Wanna Be A Teacher? - i'm proud of being A TEACHER

Seorang doktor nak jadik cikgu plak? Ya, ini la impian sorang kawan aku yang sudah beberapa tahun menjadi doktor di sebuah hospital di ibu negara. (cait!ayat macam wartawan plak aku!). Baru-baru ni dia balik ke kampung untuk beraya. Serius menanyakan yang bila borang KPLI nak keluar. Katanya dia stress sangat jadi doktor. Idup terkongkong, hari-hari kene tekan,penat, dan hidup macam takder 'life'. Ini kata dia la, bukan aku yang kata. Selama ni aku ingat jadik doktor ni, hati bahagia sejahtera la slalu. Rupanya ada jugak doktor yang hari-hari sakit kpala. Dulu dia best student sewaktu sekolah rendah sama dengan aku.

Dengar statement tu, bangga sangat aku jadik CIKGU ni. Ye, walaupun keje banyak, tapi takde la sampai rasa idup terkongkong. Masih boleh lagi la jalani kehidupan yang tenang. Stress tetap ada, keje ape pun. Tapi masih boleh dikawal lagi.

Emm..keje cikgu ni pun profesional,pe. Bagi yang lepasan KPLI, tangga gaji permulaan mengikut ranking ijazah aper yang di ambil kat U dulu. Kiranya gaji setiap orang tak sama. Contohnya, kalau kat U dulu amik Account, tangga gaji permulaan kiranya tangga gaji akauntan la. Kalau engineering, gaji mula, sama la ngan gaji mula engineer kat jabatan kerajaan gak. Kalau amik IT atau Sains Kepujian kira gaji sepadan dengan gaji Pegawai IT atau Pegawai Sains la. Kalau ada ijazah kedoktoran perubatan, hah, lagi lar tinggi. Cuma bezanya cikgu-cikgu ni keje kat skolah, melayan karenah dan mendidik anak bangsa, tapi pegawai kerajaan lain  keje kat pejabat la.

Bukan aku nak angkat diri ke apa, tapi kalau cikgu-cikgu ni selalu dipandang rendah, sesekali kena la highlight skit kelebihan kita ni. Orang selalu pandang rendah terhadap cikgu-cikgu ni. Terutama sekali cikgu yang mengajar di sekolah rendah. ( bagi yang mengajar di bandar ini perkara biasa, kalau mengajar di kawasan kampung, cikgu-cikgu masih dipandang mulia kot. tapi cikgu-cikgu kene pandai2 la bawak diri dan sentiasa cermin peribadi)


Hatta di prasekolah pun sekarang ni dah ramai cikgu-cikgu lepasan universiti yang mengajar kat sana, dan gaji dorang tetap sama dengan gaji pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Mungkin ada yang lebih tinggi. Yang mengajar di sekolah rendah, tak payah cakap la, memang dah ramai sangat. Kalau bukan yang KPLI pun, yang asalnya lulusan diploma pun sekarang ni dah ramai dah yang tengah sambung belajar kat U. Taraf cikgu-cikgu sedang dipertingkatkan. So, bila bertanyakan cikgu ni ngajar kat mana, bila cikgu ni jawab kat sekolah rendah, tak yah la nak juih-juih bibir dan pandah rendah dah. Hentikan la stigma memandang rendah pada cikgu-cikgu ni.
Zaman dah pun berubah...