Tuesday, August 24, 2010

Jamban???

Tadi aku jaga exam kelas Tahun Tiga, paper Pendidikan Islam. Sambil2 round kelas, check jawapan budak-budak tu, aku terperasan kertas jawapan budak yang sorang ni. Arahan soalan tu suruh rumikan makna tulisan jawi yang bergaris tu. Macam pelik jer jawapan dia. Terus aku snap gambar ni. Budak ni best jer, sebab ingat aku amik gambar dia. Tersenyum-senyum gitu. Huhuhu...

..murid lelaki berjari montok ni la si pemilik kertas tu..

Saturday, August 7, 2010

Sila Update Blog Anda!

Wahh...pentingkah update blog anda?
- Ya. Bagi aku penting ler gak, sebab...dun want to miss some of the important moments in my  
  life. 
Aku ni kadang2 spesis pelupa gak  skit...( macam spesis terancam plak, kuikui..). sebab tu kalu ada benda yang aku rasa menarik & penting, mesti buh lam blog..so, pada masa2 depan, bleh baca balik..orang tak baca pun takpe, yang penting aku yang baca sendiri...dan bila nak berblogging ( sukati aku plak buh imbuhan, tapi bunyi cam sedap jer..), aku rasa macam wajib letak gambar..Sebab tu aku sanggup terbangkan Rm 1000++  tuk beli kamera baru..kamera yg sblum ni dah rosak skit & kualiti gambar agak kureng memuaskan.

Tapi, akhir2 ni aku agak sibuk..uwaaaa!! sebenarnya banyak benda yang aku nak update, tapi masa kurang..kiranya, nanti2 la aku update dan buat 'back dated' jer..

Friday, August 6, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 Peringkat SKPM

Program: Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 Peringkat Sekolah
Tarikh: Jumaat, 6 Ogos 2010
Tempat: SKPM dan kawasan sekitar Kampung Padang Melangit

Heh! Awal-awal Ogos lagi skolah aku dah menyambut Perayaan Bulan Kemerdekaan. Macam-macam acara jugak la yang diadakan.

Antaranya, Perarakan Kemerdekaan.. orang Perlis sebut------> 'belarak' ( kiranya macam parade la gak..huhu..). Bermula dari awal pagi, sekitar pukul 8 lebih gitu la..bermula dengan sedikit taklimat dan ucapan Pihak Pentadbir dan guru bertugas,nyanyian lagu Negaraku dan lagu2 patriotik, kemudian murid2 beratur bersama2 guru berarak sekeliling kampung..Budak2 dok bersorak 'Merdeka! Merdeka! Macam kelakar la plak tengok orang kampung terkejut dan terjenguk2 ikut tingkap rumah dorang. Tapi best la gak, sebab aku tak pernah rasa lagi pengalaman sambut bulan kemerdekaan macam ni. Waktu kat KL dulu, biasa-biasa je, sambut ala kadar kat skolah je.



..maskot..(ni budak paling nakal Tahun 2..aku slalu hangin ngan dia ni)



..gambar tuan punya blog harus ada..dan dibesarkan..kuikui..

...melukis dan mewarnakan bendera...


.. jemur pulakk..


..aktiviti mewarna poster bagi murid tahap 1..