Friday, May 28, 2010

Pertukaran Guru Antara Negeri



Yuuuhuu!!!! Tahniah diucapkan kepada Sir Idrus! Dapat jugak abang aku ni bertukar ke Perlis kali ni. Rupanya aku baru tau yang hari ni keluar result pertukaran guru antara negeri bagi sesi pertengahan tahun.

Kalau sebelum ni, aku memang expert bab-bab permohonan pertukaran ni. Dah dapat tukar aritu, aku dah tak amik tau ler pasal pertukaran ni. Buat menyemak paler otak jer..Tetiba tadi abang aku bagitau dia dapat tukar..Alhamdulillah..Rezeki dia la tu. Aku pun tumpang gembira la jugak...

Bukan senang woi nak masuk Perlis ni kalau tak kena gaya...Yang orang dari luar tinggal kat Perlis ni, dah lama dok sini, dah tak mau keluar dah..almaklumlah, negeri ni masih aman damai, udara masih bersih, takder kawasan pedalaman yang tahap pergi skolah kene pakai selipar, masyarakat masih mahu mengambil berat akan hal antara satu sama lain, nak kawin dua pun tak perlu mintak kebenaran bini pertama ( perlukah ini?), sikap mementingkan diri kurang dipraktikkan, kos hidup masih rendah, kes-kes jenayah pun masih di tahap tak tak membimbangkan ( aper aku merepek ini? macam wakil rakyat kah?).

 Yang aku dapat aritu pun, kira 'miracle' la, Tuhan nak tolong..Kalau tidak, mau berjanggut jugak aku dok memohon pertukaran ni. Tebal muka aku ni 5 inci woi! GB skolah lama pun asik perli aku jer..Ikut ati mau aku  $@%&* je dia tu...( jangan heran, aku memang ganazzz) ..

So, moral of the story, jangan dengar cakap-cakap negatif orang yang boleh meremukkan jiwa.....manusia hanya mampu meneka dan membuat telahan.....jawapannya, hanya ada pada TUHAN...


Kepada Sir Idrus, tahniah sekali lagi.....( kalau hang satu skolah ngan aku, mesti best,kan?)

Thursday, May 27, 2010

Misi Mustahil Yang Berjaya

Bertukar ke sini (Perlis) pada mulanya aku terpikir, alamak..abis la misi diet & workout aku tu..ye la memikirkan mana ada kawan nak sesama ngan aku berjoging..Dulu kat KL ada Si Che Yah..Lagipun kat KL aku slamber joging sesorang pun takper..skang kat sini macam segan la plak..

Rupanya 'air yang tenang jangan disangka tiada buaya'( ceit! sesuai ke perumpamaan ni?), kebetulan sorang bestfrend aku waktu kat UPM dulu pun baru bertukar bertugas di Hospital Kangar awal tahun ni jugak. Namanya  si Zai. Sebelum ni dia bertugas di Kedah dan memang amat jarang aku dapat berjumpa ngan dia ni. . Dan, rupanya Cik Pegawai Sains ni pun ada minat yang sama ngan aku gak.  Alhamdulillah..'yang patah tumbuh, yang hilang berganti ( hahaha! lagi satu perumpamaan, ala2 buku teks Bahasa Malaysia plak!)..

So, semalam dah berjaya misi kitorang pergi joging kat sebuah trek joging yang 'femes' kat sini. Sangat best! Arini misi mustahil kitorang mencari fitness class plak. Atas cadangan kawan2, kitorang dah berjaya  pun mendaftarkan diri kat sebuah kelas aerobik + line dancing kat area Kangar ni gak. Yuran bulanan hanya RM 25---dan diadakan sebanyak 5 hari seminggu. Wah! Berbaloi2! Tempat pun sangat kondusif, macam studio menari, tertutup, ada bilik persalinan dan hanya wanita sahaja yang dibenarkan menyertai kelas ni..                    
Makk! Berbaloi2  lagiii !!

Kelas diadakan 2 sesi pada setiap hari. So, kitorang pilih sesi petang. Senang la aku nak datang , dan Si Zai pun sempat datang lepas waktu keje & solat Asar. Wahh! Teruja nyer budak 2 ekor ni!!! 

Saturday, May 22, 2010

22 Mei ..

Hari ini 22 Mei 2010.. Hari ini genap 30 tahun aku hidup kat dunia ni. Kalau dalam bahasa Matematik, umur dah masuk nilai 3 tens dah bukan masih dalam 2 tens lagi.

Wuhuhuuuu! Cepatnya masa berlalu. Seakan tak terasa, sedangkan aku masih teringat-ingat lagi kenangan waktu aku kecik-kecik dulu. Seorang budak kecik yang baik, berdikari dan tak mendatangkan masalah pada ibu yang menjaga, kerana ayah aku dah meninggal dunia sejak aku berusia 3 tahun lagi. Setiap kali balik dari sekolah, aku menguruskan diri sendiri dan bersiap-siap pergi mengaji ( mak aku keluar bekerja). Balik dari mengaji aku buat kerja sekolah dan keluar bermain di waktu petang (mak aku dah ada di rumah waktu ni). Mak aku selalu pesan, kalu nak main jangan main di jalanan, sungai atau tali air. Aku ikut. Selalunya permainan favourite dengan kawan-kawan..main masak-masak & main kawin-kawin ( konon2 buat majlis kenduri, pastu ada sesi solek-solek muka & bersanding). Hahaha! Selalunya aku la yang jadik pengantin perempuannya, sebab kecik-kecik dulu aku kiut. Huhuhuuu! Sekarang? ----> PENGSAN!!

Kalau aku lalu, kat tepi-tepi jalan ada orang, terutamanya orang yang lebih tua, aku mesti tegur. Kalu tak tegur, seyum pun jadi. Kata mak aku, jangan sombong dengan orang. Tapi bebudak zaman sekarang ni aku tengok, kalau lalu tu, terus bedebus, pandang pun tidak, kalu pandang  pun buat muka tak kenal pun. Hmmm..apa yang diajar kat rumah pun aku tak tau la. Mungkin ibu-bapa zaman sekarang ni sibuk sampaikan nak mengajar nilai-nilai murni pada anak-anak pun tak sempat kot!

Meniti di alam sekolah rendah dan sekolah menengah, aku termasuk dalam kategori pelajar-pelajar harapan sekolah dan memasuki alam kampus sehingga aku sampai di mana aku berada sekarang ini. Semua laluan aku dipermudahkanNYA. Sedikit sebanyak aku dapat membalas jasa dan budi orang teristimewa yang menjaga aku selama ini.

Syukur Alhamdulillah..Semoga umur aku sentiasa diberkati. Tidak kira berapa banyak ia bertambah...
                                    
                                                   ~ Selamat Hari Lahir Buat Diri Sendiri ~


budak ini lahir pada 22 Mei 1980

Monday, May 17, 2010

Selamat Hari Guru....(Posting terlewat 1 hari)

Sanggup menjadi guru bererti sanggup memikul amanah yang besar mendidik anak bangsa tanpa mengira kaum, status keturunan dan agama.

Sanggup menjadi guru bererti sanggup berkorban masa, tenaga mahupun wang ringgit.

Sanggup menjadi guru bererti sanggup menghadapi kritikan, cabaran serta rintangan yang tiba samada dari dalam masyarakat sekeliling ataupun dari warga sekerja itu sendiri.

Sanggup menjadi guru bererti sanggup melawan bisikan dari dalam diri sendiri yang mengajak supaya menjadi tidak ikhlas, mementingkan diri, tidak amanah dan memungkiri janji. 

Sanggup menjadi guru juga bererti sanggup menjadi kerani, jururawat, pemandu,pengasuh,jurutari,peguam bela,hakim dan juga ahli psikologi tak bertauliah ( mungkin banyak lagi) .

Aku tidak terlalu arif dalam menjatuhkan hukum haram dan halal di dalam sesuatu perkara. Akan tetapi, dalam memikul tugas mulia ini, aku mencuba sedaya upaya supaya rezeki yang aku perolehi setiap bulan dari titik peluh sendiri ini berkat dan dirahmati. Ada juga bermacam jenis dan karenah guru ( buka pekung di dada ke?) yang boleh diteladani dan dijauhi..Akan tetapi aku berharap agar di suatu hari nanti aku diingati oleh murid-muridku sebagai seorang guru yang boleh dicontohi..bukan diingati sebagai seorang guru yang teruk....

Semoga semua warga guru sentiasa dirahmatiNYA.

.....SELAMAT HARI GURU......