Sunday, February 20, 2011

Nak Marah Ni!!!!!!

Adakah suhu emosi manusia dipengaruhi oleh usia? Ntah la, ni sekadar berdasarkan pemerhatian aku je..hermm..ape bende aku nak cakap ni?

Sebenarnya gini...pagi tadi (Sabtu), aku ke Pasar Tani dengan mak..Pasar Tani ni lokasinya berdekatan dengan sebuat taman perumahan dan deretan kedai. Sebelum membeli-belah tu, aku ngan mak aku ni singgah makan dulu kat sebuah restoran nih kat area pasar tu jugak... kitorang duduk kat meja paling tepi ngan kaki lima restoran tu..saje je nak ambil angin sambil2 tengok gelagat orang. Kebetulan tepi restoran tu ada jalan orang keluar masuk ke taman perumahan tu. Sambil2 makan tu, ada la 3 orang pakcik tabligh ni singgah ke restoran ni, dan dorang park moto yg dorang naik tu kat tepi kaki lima, agak berterabur la skit cara dorang park tu..(hurmmm..)..
kebetulan pulak restoran ni kat selekoh jalan.

Tak lama selepas tu muncul 2 buah kereta yang nak melalui selekoh restoran tu. Pemandunya lelaki-lelaki muda la ( siap bawak aweks...)...rasanya dorang konvoi kot. Berderum2 bunyi  kereta dorang tu tekan minyak ( tapi kete tak jalan, of coz sebab tekan brek la kan?)..tujuannya nak protes la tu...ada orang letak moto terabur...aku tengok,masing2  muka mencuka masam mengalahkan cuka getah...sambil meng'ejas'2 stereng..agak-agak lepas dan dah clear, bukan main pecut lagi..padahal jalan kecik je..kalu ada org lintas, maunya dilanggar....Nak tergelak pun ada aku tengok gelagat bebudak muda tu..Marah sangat la tu agaknya...huhuuu...


Selang beberapa minit, datang pulak sebuah teksi yang pemandunya sudah tentu sorang pakcik veteran. Sambil-sambil bersusah payah memulas stereng, sebab nak mengelakkan motor-motor tu, tersengih-sengih je pakcik tu. Mungkin dalam kepala dia pikir camni " Ahah! kalu aku bleh lepas, maknanya aku memang terer. Lagik bertambah la skill aku sebagai drebar teksi seMalaya. yeeehaaa!!"  ...

Kebetulan belakang teksi pakcik tu ada lagi sebuah keta yang nak lalu. Aku makin teruja suap nasik, makin teruja nak tengok apa lagi gelagat pemandu-pemandu yang nak lalu situ. Yang pakcik-pakcik tabligh tu dok berborak tak hengat dunia dah. Dorang tak prasan langsung yang motor-motor dorang tu tengah jadik perhatian umum kat situ. Huhu!! Oh ye, berbalik pada kete yang satu lagi tu, pemandunya mungkin dalam lingkungan lewat 40 an kot..Yang ni best je, muka blur takder perasaan pun. Memang la dia pun bersusah payah gak nak lalu..Tapi muka memang blur habis...Kakkakakakaaa!!!!



Terpikir lak aku..macam ada satu pattern plak suhu emosi manusia mengikut umur....adakah hipotesis:
- semakin meningkat umur seseorang, semakin cool orangnya....??
- semakin muda seseorang itu, semakin hot tempered dirinya..??

...... rosak betul bahasa aku...maaf..  (^___^)

Saturday, February 19, 2011

Sambutan Maulidurrasul 1432H/2011

Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada Selasa 15 Februari yang lepas disambut dengan suasana yang sederhana meriah di SKPM pada pagi tadi. Rata-rata sekolah lain pun sama. Kebanyakannya sambut pada hari ni. Amat bersesuaian dengan pagi Jumaat yang harmoni ni..huhuuu (ayat skema)...

Hurmm.. kebetulan, Raptai Perbarisan Sukan Sekolah-sekolah Rendah Kawasan PKP Paya pun berlangsung pada pagi ni jugak..Mula-mula ingatkan aku kene join raptai tu. Nasib baik tak jadi. Cikgu Li selaku Pengurus Peserta merangkap S/U Sukan pada tahun ni yang bawak budak-budak tu hari ni..So, bleh la aku join perarakan Maulidurrasul kali ni...




Seperti biasa program bermula dengan sedikit taklimat, tazkirah ,nasyid dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W di dewan skolah. Selepas tu, guru dan murid-murid mula berarak ke sekeliling kampung yang berdekatan dengan sekolah ni, sambil berselawat.



Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurrasul



Say No To Valentine's Day!!!
Jom kita sambut Maulidurrasul
Selawat dan Salam buat Junjungan Besar  kita,  Nabi Muhammad S.A.W...


Wednesday, January 19, 2011

Kronologi

...kronologi itu bersambung-sambung...yess..let it be...

Tuesday, August 24, 2010

Jamban???

Tadi aku jaga exam kelas Tahun Tiga, paper Pendidikan Islam. Sambil2 round kelas, check jawapan budak-budak tu, aku terperasan kertas jawapan budak yang sorang ni. Arahan soalan tu suruh rumikan makna tulisan jawi yang bergaris tu. Macam pelik jer jawapan dia. Terus aku snap gambar ni. Budak ni best jer, sebab ingat aku amik gambar dia. Tersenyum-senyum gitu. Huhuhu...

..murid lelaki berjari montok ni la si pemilik kertas tu..

Saturday, August 7, 2010

Sila Update Blog Anda!

Wahh...pentingkah update blog anda?
- Ya. Bagi aku penting ler gak, sebab...dun want to miss some of the important moments in my  
  life. 
Aku ni kadang2 spesis pelupa gak  skit...( macam spesis terancam plak, kuikui..). sebab tu kalu ada benda yang aku rasa menarik & penting, mesti buh lam blog..so, pada masa2 depan, bleh baca balik..orang tak baca pun takpe, yang penting aku yang baca sendiri...dan bila nak berblogging ( sukati aku plak buh imbuhan, tapi bunyi cam sedap jer..), aku rasa macam wajib letak gambar..Sebab tu aku sanggup terbangkan Rm 1000++  tuk beli kamera baru..kamera yg sblum ni dah rosak skit & kualiti gambar agak kureng memuaskan.

Tapi, akhir2 ni aku agak sibuk..uwaaaa!! sebenarnya banyak benda yang aku nak update, tapi masa kurang..kiranya, nanti2 la aku update dan buat 'back dated' jer..

Friday, August 6, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 Peringkat SKPM

Program: Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 Peringkat Sekolah
Tarikh: Jumaat, 6 Ogos 2010
Tempat: SKPM dan kawasan sekitar Kampung Padang Melangit

Heh! Awal-awal Ogos lagi skolah aku dah menyambut Perayaan Bulan Kemerdekaan. Macam-macam acara jugak la yang diadakan.

Antaranya, Perarakan Kemerdekaan.. orang Perlis sebut------> 'belarak' ( kiranya macam parade la gak..huhu..). Bermula dari awal pagi, sekitar pukul 8 lebih gitu la..bermula dengan sedikit taklimat dan ucapan Pihak Pentadbir dan guru bertugas,nyanyian lagu Negaraku dan lagu2 patriotik, kemudian murid2 beratur bersama2 guru berarak sekeliling kampung..Budak2 dok bersorak 'Merdeka! Merdeka! Macam kelakar la plak tengok orang kampung terkejut dan terjenguk2 ikut tingkap rumah dorang. Tapi best la gak, sebab aku tak pernah rasa lagi pengalaman sambut bulan kemerdekaan macam ni. Waktu kat KL dulu, biasa-biasa je, sambut ala kadar kat skolah je.



..maskot..(ni budak paling nakal Tahun 2..aku slalu hangin ngan dia ni)



..gambar tuan punya blog harus ada..dan dibesarkan..kuikui..

...melukis dan mewarnakan bendera...


.. jemur pulakk..


..aktiviti mewarna poster bagi murid tahap 1..