Kedua-dua nama kat atas tu ialah anak-anak murid aku...Azizi tahun empat manakala Afif murid tahun tiga. Aku saje je nak kongsi sedikit kisah budak berdua ni. Kisah hidup dalam keluarga dan masyarakat yang sedikit sebanyak mencuit emosi kanak-kanak seperti mereka, terutama sekali apabila mereka turut sama melalui perkara pahit di dalam hidup.
Kisah Afif
Pagi tadi aku menggantikan kelas seorang guru yang tidak hadir. Kelas tahun tiga. Oleh sebab aku tak pernah mengajar kelas ni, saje je aku berkenalan dengan dorang ni..Kebetulan ada sorang murid lelaki ni, kelihatan agak pendiam dan pemalu, maka aku bertanyakan nama dia pada kawan sebelah dia tu..
'Apa nama kawan kamu ni?'...'Nama dia Afif, cikgu!' jawab kawannya tu..'Mak dia dah mati, cikgu!' tambah murid tu. Amboi, siap tambah info plak dia ni..Sambil tu, sempat aku kerling melihat gelagat Afif. Berubah air muka dia, sambil menjeling tajam pada kawan sebelah dia yang becok mulut tu. Agaknya hati dia terusik..'Ooo, gitu..takpa, mak dia dah masuk syurga la tu..takpa, kat sana best sangat', aku cuba nak sejukkan hati dia. Padahal aku bukan terer psikologi pun, main agak je..Emm..nasib baik terus ceria balik muka dia tu..Fuh, nasib baik makan pujuk gak..
Siasat punya siasat, aku dapat tau dari cerita cikgu-cikgu, yang ibu Afif ni meninggal tahun lepas..Meninggalkan dia dan adik bongsu dia yang pada waktu itu baru berumur setahun dan masih menyusu. Tragedinya, ibunya menunggang motosikal di kawasan pekan. Apabila melewati sebuah kereta yang di parkir di tepi jalan, tiba-tiba pintu kereta dibuka dan mengenai arwah. Apalagi, arwah dan motosikal terpelanting ke tengah jalan, dan tiba-tiba dilanggar pula oleh kenderaan lain ( aku tak pasti samada kereta atau lori), dan arwah meninggal di situ jugak. Lebih menyayat hati, ketika jenazah masih di rumah, si adik yang masih bayi tu, menangis meronta-ronta nak menyusu pada jenazah. Semua yang berada di situ hanya mampu menahan sebak.
Bila aku tau cerita yang sebenar, sedihnya rasa. Kesian Afif...
Semoga roh arwah ibu Afif ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..
Kisah Azizi
Tadi waktu akhir, sebelum masa pulang, aku mengajar di kelas 4K. Seperti biasa selepas mengajar, aku berikan dorang latihan dan tugasan sebagai aktiviti pengukuhan. Sambil dorang siapkan tugasan , aku siapkan kerja aku yang tak pernah surut tu. Tiba-tiba Azizi datang ke meja guru tempat aku menulis tu. Dibawa skali kerusi, dan dia duduk di tepi meja tu sambil menongkat dagu. Lama juga dia duduk diam sambil tengok je aku menulis.Aku pun biar je dia, sebab keje aku tu tak siap lagi. Tapi dalam hati, mengagak, ni mesti ada sesuatu Azizi nak mengadu ni. Mungkin sebab lama sangat dia tengok aku tak bertanyakan apa-apa, dia mula bersuara.
"Cikgu, esok ayah saya dah nak kena pi Kolumpo....", sambil mukanya berkerut-kerut..." Awak pun pi jugak ka?"balas aku. " Dak, mak saya ja yang pi teman. Saya tinggal ngan kakak saya. Lagipun tok ada." balas Azizi bersungguh.
" Ooo, tak pa la kalau macam tu. Lepas dia balik dari Kolumpo ni, mesti dia sihat macam dulu balik. Dia pi sana tu sebab kat sana ada pakar ngan ubat yang lagi bagus. Azizi jangan bimbang la, tau," pujuk aku. " Ha, sana bilik wad lagi best, ada tv. Ayah boleh tengok bola,kan cikgu?", nada Azizi makin ceria. " Ya la, boleh tengok tv, lagi. Kakak pandai masak nasik dak?", saje je aku alih sikit kebimbangan dia tu. " Buleh, cikgu. Kakak saya pandai masak. Saya pun reti dah masak nasik. Lagipun ayah pi sat ja,kan cikgu? ", balas Azizi sambil tersengih-sengih. Dah nampak hilang dah kebimbangan dia tu sikit..Sebenarnya ayah Azizi ni dah lama di masukkan ke wad di Hospital Kangar. Puncanya dia baru dikesan mempunyai penyakit berkaitan dengan darah. Tapi masih belum pasti penyakit yang sebenar..Ibu dia yang tidak bekerja , asyik berulang alik ke hospital menjaga keperluan ayahnya setiap hari. Sejak dari itu, prestasi Azizi merosot. Sejak dari tu jugak, aku rapat dengan dia. Dia pulak akan ceritakan perkembangan ayahnya tu pada aku setiap hari walaupun aku tak sempat nak tanya. Mungkin ni jugak satu cara untuk dia legakan kebimbangan dia tu..
Mungkin ini jugak yang dilalui oleh abang aku sewaktu ayah aku sakit tenat akibat leukaemia 28 tahun yang lalu. Ketika itu abang aku pun sama usia dengan Azizi. Mengingatkan itu, aku semakin sebak.....
Saturday, July 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment