Tuesday, August 24, 2010

Jamban???

Tadi aku jaga exam kelas Tahun Tiga, paper Pendidikan Islam. Sambil2 round kelas, check jawapan budak-budak tu, aku terperasan kertas jawapan budak yang sorang ni. Arahan soalan tu suruh rumikan makna tulisan jawi yang bergaris tu. Macam pelik jer jawapan dia. Terus aku snap gambar ni. Budak ni best jer, sebab ingat aku amik gambar dia. Tersenyum-senyum gitu. Huhuhu...

..murid lelaki berjari montok ni la si pemilik kertas tu..

Saturday, August 7, 2010

Sila Update Blog Anda!

Wahh...pentingkah update blog anda?
- Ya. Bagi aku penting ler gak, sebab...dun want to miss some of the important moments in my  
  life. 
Aku ni kadang2 spesis pelupa gak  skit...( macam spesis terancam plak, kuikui..). sebab tu kalu ada benda yang aku rasa menarik & penting, mesti buh lam blog..so, pada masa2 depan, bleh baca balik..orang tak baca pun takpe, yang penting aku yang baca sendiri...dan bila nak berblogging ( sukati aku plak buh imbuhan, tapi bunyi cam sedap jer..), aku rasa macam wajib letak gambar..Sebab tu aku sanggup terbangkan Rm 1000++  tuk beli kamera baru..kamera yg sblum ni dah rosak skit & kualiti gambar agak kureng memuaskan.

Tapi, akhir2 ni aku agak sibuk..uwaaaa!! sebenarnya banyak benda yang aku nak update, tapi masa kurang..kiranya, nanti2 la aku update dan buat 'back dated' jer..

Friday, August 6, 2010

Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 Peringkat SKPM

Program: Sambutan Bulan Kemerdekaan 2010 Peringkat Sekolah
Tarikh: Jumaat, 6 Ogos 2010
Tempat: SKPM dan kawasan sekitar Kampung Padang Melangit

Heh! Awal-awal Ogos lagi skolah aku dah menyambut Perayaan Bulan Kemerdekaan. Macam-macam acara jugak la yang diadakan.

Antaranya, Perarakan Kemerdekaan.. orang Perlis sebut------> 'belarak' ( kiranya macam parade la gak..huhu..). Bermula dari awal pagi, sekitar pukul 8 lebih gitu la..bermula dengan sedikit taklimat dan ucapan Pihak Pentadbir dan guru bertugas,nyanyian lagu Negaraku dan lagu2 patriotik, kemudian murid2 beratur bersama2 guru berarak sekeliling kampung..Budak2 dok bersorak 'Merdeka! Merdeka! Macam kelakar la plak tengok orang kampung terkejut dan terjenguk2 ikut tingkap rumah dorang. Tapi best la gak, sebab aku tak pernah rasa lagi pengalaman sambut bulan kemerdekaan macam ni. Waktu kat KL dulu, biasa-biasa je, sambut ala kadar kat skolah je.



..maskot..(ni budak paling nakal Tahun 2..aku slalu hangin ngan dia ni)



..gambar tuan punya blog harus ada..dan dibesarkan..kuikui..

...melukis dan mewarnakan bendera...


.. jemur pulakk..


..aktiviti mewarna poster bagi murid tahap 1..

Monday, July 26, 2010

PINTAR Battlebot Challenge

Program: PINTAR BATTLEBOT CHALLENGE
Tarikh: Isnin, 26 Julai 2010
Masa: 8.00 pagi - 2.00 petang
Tempat: SKPM
Anjuran: PINTAR Foundation-Sime Darby



Skolah aku ni merupakan sekolah angkat Sime Darby, jadi macam-macam la program yang telah dirancang dan diatur oleh pihak Sime Darby ni. Salah satunya ialah program yang kat atas ni. Program ni tujuannya untuk mencungkil kreativiti murid-murid membina robot. Pihak Sime Darby telah menghantar 4 orang fasilitator untuk menunjuk ajar membina asas kepada robot ni. Seterusnya, terpulang pada kreativiti murid-murid  mengubah suai robot mereka agar dapat bertahan semasa sesi 'battle'  kemudiannya..Apa pun, ikuti je la cerita bergambar di bawah..




..setiap kumpulan mula memasang robot mereka..

..dah siap..

..kereta robot yang telah siap, dikuarantinkan sebelum 'battle'..

..persediaan untuk 'battle'..

..battle..

kumpulan yang mendapat tempat pertama..Fuad & Syazwan..

..antara yang berjaya mendapat tempat..

..bersama fasilitator..

..bersama guru pengiring..

Sunday, July 25, 2010

Program Hujung Minggu

Aktiviti: Program Rehat Minda Murid2 Tahun Enam SKPM
Tarikh: Sabtu, 24 Julai 2010
Masa: 8.00 Pagi - 5.30 Petang
Lokasi: Hutan Lipur Bukit Ayer,Perlis.

Program bertujuan untuk merehatkan minda murid-murid Tahun 6, setelah dorang berpenat lelah, me'nepu'kan otak study untuk UPSR yang dah tak lama ni..Em, otak pun kene rehat, kalu tak, bleh stress jadinya..Murid-murid stress, tak kurang cikgu-cikgunya jugak. Rasanya cikgu lagi stress kot..

Program bermula dari pagi hingga ke petang..Dikendalikan oleh guru-guru mengikut slot Subjek yang ditetapkan..Walaupan namanya program rehat minda, tapi tetap sarat dengan pengisian ilmu yang disampaikan secara santai, ringan dan ceria.

Syabas diucapkan kepada semua guru yang terlibat menyumbang tenaga dan minda kreatif.. Program berjaya dijalankan dengan  penuh ceria dan berkesan, tanpa memerlukan tenaga fasilitator dari luar. 

Aku pun dah letih, so, biar la gambar je yg bercerita..K, layanzzzz.... 


Si Anis pun ikut..siap bawak bekal buku plak tu..(^__^)

Saturday, July 3, 2010

Kisah Afif dan Azizi

Kedua-dua nama kat atas tu ialah anak-anak murid aku...Azizi tahun empat manakala Afif murid tahun tiga. Aku saje je nak kongsi sedikit kisah budak berdua ni. Kisah hidup dalam keluarga dan masyarakat yang sedikit sebanyak mencuit emosi kanak-kanak seperti mereka, terutama sekali apabila mereka turut sama melalui perkara pahit di dalam hidup.

Kisah Afif
Pagi tadi aku menggantikan kelas seorang guru yang tidak hadir. Kelas tahun tiga. Oleh sebab aku tak pernah mengajar kelas ni, saje je aku berkenalan dengan dorang ni..Kebetulan ada sorang murid lelaki ni, kelihatan agak pendiam dan pemalu, maka aku bertanyakan nama dia pada kawan sebelah dia tu..                       
 'Apa nama kawan kamu ni?'...'Nama dia Afif, cikgu!' jawab kawannya tu..'Mak dia dah mati, cikgu!' tambah murid tu. Amboi, siap tambah info plak dia ni..Sambil tu, sempat aku kerling melihat gelagat Afif. Berubah air muka dia, sambil menjeling tajam pada kawan sebelah dia yang becok mulut tu. Agaknya hati dia terusik..'Ooo, gitu..takpa, mak dia dah masuk syurga la tu..takpa, kat sana best sangat', aku cuba nak sejukkan hati dia. Padahal aku bukan terer psikologi pun, main agak je..Emm..nasib baik terus ceria balik muka dia tu..Fuh, nasib baik makan pujuk gak..  

Siasat punya siasat, aku dapat tau dari cerita cikgu-cikgu, yang ibu Afif ni meninggal tahun lepas..Meninggalkan dia dan adik bongsu dia yang pada waktu itu baru berumur setahun dan masih menyusu. Tragedinya, ibunya menunggang motosikal di kawasan pekan. Apabila melewati sebuah kereta yang di parkir di tepi jalan, tiba-tiba pintu kereta dibuka  dan mengenai arwah. Apalagi, arwah dan motosikal terpelanting ke tengah jalan, dan tiba-tiba dilanggar pula oleh kenderaan lain ( aku tak pasti samada kereta atau lori), dan arwah meninggal di situ jugak.  Lebih menyayat hati, ketika jenazah masih di rumah, si adik yang masih bayi tu, menangis meronta-ronta nak menyusu pada jenazah. Semua yang berada di situ hanya mampu menahan sebak.

Bila aku tau cerita yang sebenar, sedihnya rasa. Kesian Afif...
Semoga roh arwah ibu Afif ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin..


Kisah Azizi

 Tadi waktu akhir, sebelum masa pulang, aku mengajar di kelas 4K. Seperti biasa selepas mengajar, aku berikan dorang latihan dan tugasan sebagai aktiviti pengukuhan. Sambil dorang siapkan tugasan , aku siapkan kerja aku yang tak pernah surut tu. Tiba-tiba Azizi datang ke meja guru tempat aku menulis tu. Dibawa skali kerusi, dan dia duduk di tepi meja tu sambil menongkat dagu. Lama juga dia duduk diam sambil tengok je aku menulis.Aku pun biar je dia, sebab keje aku tu tak siap lagi. Tapi dalam hati, mengagak, ni mesti ada sesuatu Azizi nak mengadu ni. Mungkin sebab lama sangat dia tengok aku tak bertanyakan apa-apa, dia mula bersuara.
"Cikgu, esok ayah saya dah nak kena pi Kolumpo....", sambil mukanya berkerut-kerut..." Awak pun pi jugak ka?"balas aku. " Dak, mak saya ja yang pi teman. Saya tinggal ngan kakak saya. Lagipun tok ada." balas Azizi bersungguh.

" Ooo, tak pa la kalau macam tu. Lepas dia balik dari Kolumpo ni, mesti dia sihat macam dulu balik. Dia pi sana tu sebab kat sana ada pakar ngan ubat yang lagi bagus. Azizi jangan bimbang la, tau," pujuk aku. " Ha, sana bilik wad lagi best, ada tv. Ayah boleh tengok bola,kan cikgu?", nada Azizi makin ceria. " Ya la, boleh tengok tv, lagi. Kakak pandai masak nasik dak?", saje je aku alih sikit kebimbangan dia tu. " Buleh, cikgu. Kakak saya pandai masak. Saya pun reti dah masak nasik. Lagipun ayah pi sat ja,kan cikgu? ", balas Azizi sambil tersengih-sengih. Dah nampak hilang dah kebimbangan dia tu sikit..Sebenarnya ayah Azizi ni dah lama di masukkan ke wad di Hospital Kangar. Puncanya dia baru dikesan mempunyai penyakit berkaitan dengan darah. Tapi masih belum pasti penyakit yang sebenar..Ibu dia  yang tidak bekerja , asyik berulang alik ke hospital menjaga keperluan ayahnya setiap hari. Sejak dari itu, prestasi Azizi merosot. Sejak dari tu jugak, aku rapat dengan dia. Dia pulak akan ceritakan perkembangan ayahnya tu pada aku setiap hari walaupun aku tak sempat nak tanya. Mungkin ni jugak satu cara untuk dia legakan kebimbangan dia tu..

Mungkin ini jugak yang dilalui oleh abang aku sewaktu ayah aku sakit tenat akibat leukaemia 28 tahun yang lalu. Ketika itu abang aku pun sama usia dengan Azizi. Mengingatkan itu, aku semakin sebak.....

Saturday, June 19, 2010

The Importance of Shape

By David Heber, M.D., Ph.D., F.A.C.P., F.A.C.N.
Chairman of the Herbalife Nutrition and Scientific Advisory Boards



What is your shape?



You may think you know when you look in the mirror, or you may be too busy trying to cover up unshapely areas to really see yourself as you are. Do you know how much fat you’re carrying, compared to how much muscle? Do you know where you tend to gain weight–upper body, lower body or around the middle? Until you know the answers to these questions, you are not ready to make your personal plan for losing weight and keeping it off. Understanding your body is the first step to reaching your best personal shape. As someone who teaches both doctors and the public about obesity, I believe weight loss has been overemphasized and body shape underemphasized. You have probably read about the Body-Mass Index (BMI), which is a weight-to-height ratio. If your BMI is greater than 25, you are considered overweight in the U.S., and if it is greater than 30 you are obese. This ratio has been a powerful way for scientists to document the obesity epidemic in this country and its effects on health and disease. However, when it comes to you as an individual, it can be misleading. A football player can be considered overweight on the BMI scale, but if the extra weight being carried is muscle, he is not really fat. A thin woman can have a normal BMI, yet still be over-fat. So shape counts.






Shapes are personal and go beyond the usual apple and pear. Women can have three typical body shapes–upper body fat, lower body fat and both upper and lower body fat. Men usually only get upper body fat. The upper body stores fat in times of stress and some people can lose and gain weight rapidly in the upper body. The lower body fat in women responds to female hormones such as estrogen and progesterone and stores fat for breastfeeding a newborn baby. Women who have both upper and lower body fat will lose their upper body fat first. Women with more upper body fat tend to have more muscle than women with lower body fat and will need more protein in their diet to help control their hunger. Losing weight is harder if you have lower body fat rather than upper body fat, but the medical benefits of losing your upper body fat are greater. Losing weight around your neck, face, chest and waist usually goes along with losing fat on the inside as well. So as you look better, you are also improving your health tremendously.






Finally, there are two more body shapes to consider: The shape you can change and the shape you can’t change. It is important to know the difference and work on the shape you can change, while adjusting your wardrobe and attitudes to the shape you cannot change. Due to low metabolism, many women with lower body fat can’t lose weight just by cutting calories. These lower body-fat cells are resistant to both exercise and diet. Only a personalized program can help make sure you get enough protein to control cravings and build or maintain lean muscle.

Friday, May 28, 2010

Pertukaran Guru Antara Negeri



Yuuuhuu!!!! Tahniah diucapkan kepada Sir Idrus! Dapat jugak abang aku ni bertukar ke Perlis kali ni. Rupanya aku baru tau yang hari ni keluar result pertukaran guru antara negeri bagi sesi pertengahan tahun.

Kalau sebelum ni, aku memang expert bab-bab permohonan pertukaran ni. Dah dapat tukar aritu, aku dah tak amik tau ler pasal pertukaran ni. Buat menyemak paler otak jer..Tetiba tadi abang aku bagitau dia dapat tukar..Alhamdulillah..Rezeki dia la tu. Aku pun tumpang gembira la jugak...

Bukan senang woi nak masuk Perlis ni kalau tak kena gaya...Yang orang dari luar tinggal kat Perlis ni, dah lama dok sini, dah tak mau keluar dah..almaklumlah, negeri ni masih aman damai, udara masih bersih, takder kawasan pedalaman yang tahap pergi skolah kene pakai selipar, masyarakat masih mahu mengambil berat akan hal antara satu sama lain, nak kawin dua pun tak perlu mintak kebenaran bini pertama ( perlukah ini?), sikap mementingkan diri kurang dipraktikkan, kos hidup masih rendah, kes-kes jenayah pun masih di tahap tak tak membimbangkan ( aper aku merepek ini? macam wakil rakyat kah?).

 Yang aku dapat aritu pun, kira 'miracle' la, Tuhan nak tolong..Kalau tidak, mau berjanggut jugak aku dok memohon pertukaran ni. Tebal muka aku ni 5 inci woi! GB skolah lama pun asik perli aku jer..Ikut ati mau aku  $@%&* je dia tu...( jangan heran, aku memang ganazzz) ..

So, moral of the story, jangan dengar cakap-cakap negatif orang yang boleh meremukkan jiwa.....manusia hanya mampu meneka dan membuat telahan.....jawapannya, hanya ada pada TUHAN...


Kepada Sir Idrus, tahniah sekali lagi.....( kalau hang satu skolah ngan aku, mesti best,kan?)