Saturday, February 20, 2010

Sendiri Mau Ingat...Renungan Buat Yang Bergelar Anak

Petang Isnin baru-baru ni, aku ke Puduraya untuk beli tiket pulang ke kampung pada hari Rabu. Untuk balik semula ke rumah sewa, aku menahan sebuah teksi. Dalam perjalanan tu, sempat la aku berbual dengan pakcik pemandu tu. Dari pandangan aku, agak-agak pakcik ni dalam lingkungan awal 60-an. Ada sebab kenapa aku nak share apa yang aku bualkan kat sini. Semoga sedikit-sebanyak jadi renungan bersama...

Pakcik Teksi :  Cik ni asal mana? Bukan orang sini ke?
Aku:                :  Saya asal Perlis. Keje sini.
Pakcik Teksi :  Oooo..keje kat mana?
Aku                 :   Mengajar kat Convent Jalan Peel ( sajer aku malas nak citer hal pindah-
                             randah tu. Bukan penting pun...)
Pakcik Teksi :  Oooo, Convent Peel Road tu..Pakcik tau...
Aku                 :   Pakcik ada anak skolah situ ke?
Pakcik Teksi :   Ehh..takde. Anak2 pakcik, besar-besar dah. Yang sulung keje doktor
                             kat HUKM, sorang engineer kat Australia, tak pernah-pernah balik dah,
                             yang last blajar kat U sini.
Aku                  :  Bagusnya, semua anak pakcik pandai-pandai, berjaya belaka..
Pakcik Teksi  :   Hemmmmm...pandai, berjaya, keje bagus tu, cukup untuk rezeki
                              dorang je la...Pakcik kena keje jugak untuk sara diri pakcik. Dorang
                              keje untuk diri dorang laa..Cuma yang pompuan last tu la,yang banyak
                              ambik berat. Tapi dia pun masih blajar lagi. Tak tau la kalau lepas
                              kawin nanti2 jadi lain pulak..
Aku                   :   Emm..anak pakcik yang 2 orang tu lelaki, ye?
Pakcik Teksi   :  Ha'a. Yang doktor tu lelaki. Yang engineer tu dulu blajar kat Australia.
                              Pas belajar dia keje engineer kat Sudan. Lepas tu, patah balik keje kat
                              Australia. Dah tak nak balik-balik dah. Dia keje untuk diri dia je la kat
                              sana..
Aku                 :     Emm..kadang-kadang anak lelaki ni kurang sensitif, nak kena
                               diingatkan  24 jam. Baru dorang nak paham kan, pakcik?
Pakcik Teksi    :  Bagi pakcik, pakcik takkan minta-minta. Biar la dorang. Lagipun duit
                               pencen pakcik ada la sikit- sikit. Ni pun pakcik bawak teksi ni pun
                               rezeki pakcik jugak.
Aku:                 :    Betul jugak apa yang pakcik cakap tu. Hati manusia ni tak sama..

Pakcik ni macam nak meluahkan perasaan kecewa dia tu jugak. Aku yakin bukan pakcik ni sorang je yang terima nasib macam ni, tapi masih ramai lagi kat luar sana tu. Bila dah ada duit sendiri, terus buat-buat lupa mak-bapak. Nak bagi duit bulan-bulan pun terketar-ketar tangan. Ada pulak tu, kalau bagi, mengungkit lagi. Padahal jumlah yang diberi tu bukan banyak pun. Tapi kalau habiskan kat tempat lain, boleh plak!

Bukan maksud aku nak hi-lightkan yang ibu bapa ni materialistik, tapi sekurang-kurangnya, hulur-hulurkan la jugak pada dorang. Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban. Dorang pun ada keperluan macam kita jugak. Tak boleh bagi banyak, bagi la ikut kemampuan. Kalau dorang kaya pun, bagi la sebagai hadiah. Ini tidak, lagi nak dikikisnya mak bapak tu, ada la..Bukan apa, ini sebagai tanda kita ingat akan jasa dorang, walaupun kita sendiri tahu, budi dorang tu tersangatlah banyak dan tak terbalas dengan wang ringgit.

Pesanan dari aku yang masih budak hingusan ni ( hingusan ler lagi, sebab blum kawen, kakaka!) :

- setiap kali dapat gaji, asingkan siap2 peruntukan untuk ibu-bapa, sebagai perkara WAJIB. Takder istilah tak cukup duit. Jangan sekali-kali tunggu duit lebihan dari perbelanjaan je. Sebabnya, kalau nak diikutkan lebih, gaji sebulan RM 15 ribu pun blum tentu akan ada lebihan. Lagi cepat habis, ada la..Ingat balik---waktu kita skolah2 dulu, macam mana sempit pun, ibu bapa kita tetap utamakan keperluan kita. Ada yang sanggup bergolok bergadai.

- bagi yang sudah/akan berstatus suami/isteri, tolong la sporting skit. Jangan dihalang jikalau suami/isteri kesayangan anda tu nak hulur-hulur pada ibu bapa dorang. Buang la ego yang tak bertempat tu! Ingat la, korang pun akan mempunyai anak-anak jugak di suatu hari nanti. Tentu sekali korang pun akan berada di situasi yang sama. Bak kata pepatah omputih, " What you give, you'll get back!'... Roda itu berputar. Jangan sampai kene lenyek ngan roda tu plak nanti.....
  




Friday, February 19, 2010

tAJUK pe yer?...

Tadi saje jer, berkemas-kemas. Sambil-sambil tu belek-belak la hadiah2 dan kad2 yang diberi anak murid dan kengkawan aku aritu. Ni la baru ada peluang dan masa nak baca. Aritu packing je la ke dalam kotak yang mana patut. Tak sempat nak baca-baca semuanya. Bila baca balik kad-kad tu, rupanya baru aku sedar, ingat jugak dorang kat aku. Ada yang klakar, ada yang sedih. Ada yang luah perasaan. Ada anak murid yang nampak macam biasa-biasa je ngan aku, tetiba hantar kad, panjang berjela isinya..luahan perasaan. Semuanya aku simpan...

KAD DARI KAWAN2 SKOLAH
* macam-macam wish ler dorang nih...ye la...may ur wishes come true...  :-)


KAD DARI SAMSENG KG. DUSUN a.k.a Dayah, Zety,Eli & Yanti



* kakakakakakakaka! macam-macam ler korang...


HADIAH & KAD DARI DAYAH
kalendar+memo, buku resepi 500 kek (yeargh! dayah tau apa aku suker)


 memo pad calendar ni, si dayah paste sumer gambar Geng Samseng Kg. Dusun ikut bulan birthday masing-masing....( hehehehe! si dayah faham sangat ngan perangai  aku yang jenis tak ingat tarikh lahir orang....) 



p/s: allamakkkk!! tunggang-langgar gambar aku letak. malas nak edit, bleh tak? ..kikiki!!

Saturday, February 13, 2010

Datang KL Lagik..

Ni aku online dari phone. Saje gatal tangan nak blogging gak. Awal pagi td aku sampai KL semula. Bertolak malam tadi. Kali aku datang sebab nak pack semua barang2 dlm rumah sewa aku tu. Hari tu balik ala2 kadar je,sebab dah nak start keje. Ni kesempatan cuti ni,aku dtg lagi la,untuk setel kan sumer. Ari isnin ni abg aku akn dtg ngan lori,nak angkut sumer brg2 aku ni. Yo! Sampai bwk lori! Huhu! Aku kan dah berkampung 5 tahun dah kat sini. Lgpun aku dok anggapkan yg aku takkan dapat tukar,so,aku balas dendam dgn beli macam2 benda penuhkan rumah sewa aku ni. Berbaloi gak balas dendam aku tu,skali dapat gak tukar. Hihi! Xpe,aku penuhkan rumah kat kg la plak pas ni.
Pagi tadi pas bgun tido terus lari2 ke skolah,harap2,ade la pekerja indon skolah aku tu. Igt nak upah dorg angkat brg ari isnin ni. Nasib bek dorg ada. Bjaya gak usaha aku. Kbetulan kak mazni pun ada,menunggu anak2 dia berlatih taekwondo. Sempat gak borak2 ngan dia. Tak lama pastu Abg Man (suami kak mazni) plak datang,nak bwk dorg blk. Dorg cadangkan aku gi ambil kotak2 kosong kat HRC (kedai borong). So,aku ngikut dorang la ke situ. Sempat lagi kak mazni shoping2 kat situ. Aku ngekor je. Ceh! Macam anak kak mazni je aku rasa ( perasan mude la,ni). Kakaka! Baik betul dorg suami isteri ni. Jasamu kukenang.
Balik,aku start packing brg2 skit2. Malas2 aku lepak2 smbil tgk tv jap. Petang plak bestfren aku, si dayah datang. Pas maghrib,kitorg kuar makan + borak2 jap.
Esok,full day la aku pack sumer brg2 tu. Pas ari isnin,bleh la aku p ronda2 ngan dayah lagi..he2! Tak abis2 bersukaria..poyo je,kan?

Wednesday, February 3, 2010

Through The Trees ~ by Low Shoulder


Lagu ni ditujukan oleh Che Yah kepada aku . Siap bagi CD lagik, waktu aku nak pindah aritu. Sebenarnya lagu ni soundtrack citer 'Jennifer's Body' yang kitorang sama2 tengok aritu..Emm..kalau dengar lagu ni, tingat aku kat Che Yah..

" All alone in an empty room
nothing left but the memories of when I had my best frIend
I don't know how we ended up here
I don't know but it's never been so clear
We made a mistake, dear.
And I see the broken glass in front of me
I see your shadow hangIng over me
and your face, I can see...
Through the trees
I wIll find you;
I wIll heal the ruins left inside you
cuz I'm stIll here breathing now...
I'm still here breathing now...
I'm still here breathIng now...
untIl I'm set free.
Go quiet through the trees
I remember how we used to talk
about the places we would go when we were off
and all that we were gonna find.
And I remember our seeds grow
and how you cried when you saw
the first leaves show.
The love was pouring from your eyes.
So can you see
the branches hanging over me?
Can you see
the love you left inside of me?
in my face
can you see?


Through the trees
I will find you;
I will heal the ruins left inside you.
Cuz I'm still here breathing now
I'm still here breathing now...
I'm still here breathing now...
until I'm set free.
Go quiet through the trees.

Cuz you're not coming back
And you're not coming back

No-oo.. No-oo.. No

You're not coming back...

You're not coming back...

 
Take my breath as your own
Take my eyes to guide you home

Cuz I'm still here breathing now...
I'ms till here breathing now...
I'm still here breathing now...
And I'm still here...
Cuz I'm still here breathing now...
I'm still here breathing now...

I'm still here breathing now...
And I'm still here..

 
Cuz I'm still here breathing now...
I'm still here breathing now...
I'm still here breathing now...
And I'm still here..
But you're not coming back.
And you're not coming back.
Cuz you're not coming back
until I'm set free
Go quiet through the trees "

 p/s: lagu ni takder la kaitan sangat antara aku  & che yah. saje je, sebab lagu ni best, dan kami pernah tengok citer tu sama2.

ekkk...elehh!!!

Alkisahnya ada la sorang murid Tahun Satu sekolah aku ni. Hari pertama dia jejak kaki ke sekolah ni sampai la minggu lepas, hampir setiap hari dia meraung-raung nak balik rumah. Hari-hari mak dia terpaksa tunggu kat belakang kelas. Kalau mak dia tak sempat, alamatnya atok dia la yang kena jadi bodyguard dia ari-ari. Kalau tidak, alamatnya, ada la cikgu yang kena lari pecut kejar dia sampai ke pintu pagar sekolah. Buat kesekian kalinya, ntah apa yang dia mimpi dalam minggu ni, mau pulak dia stay kat sekolah tanpa bodyguard2 peribadi dia tu.

Dengan penuh rasa bangganya, guru kelas dia ni pun tanpa membuang masa, terus meluangkan masa dok puji dia ni.
 ' Bagus la kamu ni, dah berani dah duduk kat sekolah. Tak yah la atok dan mak kamu dok susah2 datang tunggu dah'.   .... 'Mana ada cikgu. Saya dari hari tu lagi memang dok berani mai sekolah dah. Tak payah orang tunggu,la!', dengan eksyennya dia menjawab...

ekkk...elehhhh!!!! Belagak pulak....