Wednesday, March 2, 2011

Hobi Baru Part 1 - Dalam Hati Ada Taman

Sebenarnya minat aku tanam-tanam pokok bunga ni  dah lama dah..Cuma tak berkesempatan..Dulu waktu dok KL, tempat tinggal tak jejak tanah.. tingkat 12 kat Plaza 393 tu, mana ada celah nak tanam-tanam pokok nih. Tanam pokok lam mimpi buleh la..keh..keh..

Sejak balik kampung ni, aku mula sikit-sikit tanam2 pokok ni..Lagipun halaman rumah aku tu kosong je. Takde penyeri langsung..So, bermula lawatan aku tak rasmi ke nursery2 pokok area2 sini.

Ni waktu ke Padang Besar..Ada nursery gak kat situ..Rembat 2 pokok ros dan 1 pokok     kenanga. Yang membelakangi gambar ni mak aku..hehheh..


Tapi pokok favourite aku ialah pokok ros. Skang ni tengah gila kumpul yang bermacam jenis warna..Tempat tuju ialah nursery kat Jalan Stadium Utama Kangar. Senang skit sebab dekat ngan area umah aku..













Yang dua pasu ni plak ialah Pokok Ros Jepun..First terjumpa pokok ni yang bunganya kaler pink tu kat Pasar Tani. Exited giler aku waktu tu..Suka sangat ngan pokok ni, sebab bunga dia sebijik cam bunga ros, tapi ianya berbatang lembut dan tidak berduri. Yang satu lagi kaler purple aku beli kat nursery. Actually ada lagi kaler putih. Tapi tak berapa menyerlah , so, aku tak beli. Menurut penjual tu ada lagi sejenis yang kaler merah terang ala2 bunga popi. Tapi sangat jarang ada kat kedai dia. Memang pun, dah berapa dah kali aku pegi nursery tu,memang tak der chance jumpa yang bunga yang kaler merah. Pokok ni cara membiaknya dengan cara beranak di pangkal  pokok induknya.


Ini pulak Pokok Bunga Harum Sundal Malam. Aku sangat obsess dengan bunga ni, sejak tengok bunga tu dalam Filem Pontianak Harum Sundal Malam. Suka sangat sebab dalam citer tu  dorang tanam pokok ni atas tanah sekeliling rumah Maya Karin yang pegang watak pontenak tu. Nampak cantik dan subur sangat. Okey, nama saintifiknya ialah Polianthes Tuberosa. Tergolong dalam famili tubers, iaitu spesis pokok yang berbawang.

Lama sangat aku cari pokok ni kalau-kalau ada orang jual, memang tak pernah jumpa. Bertahun jugak aku mencari tu..Mula-mula skali aku jumpa bunga ni secara live kat kedai bunga segar area Petaling Street. Apalagi aku rembat la 2 tangkai. Memang wangi sangat bunganya ni sampai 4-5 hari jugak la bertahan kat lam bilik aku dulu tu.

Pokok ni sebenarnya aku terjumpa juga kat Pasar Tani sama2 dengan Pokok Ros Jepun tadi tu. Hepi giler...rasa cam nak peluk2 je pokok tu kat situ jugak.

Yang kat dalam gambar ni pokok induk yang aku beli tu la.
Sakang ni pokok ni dah beranak pinak dah dan ada yang aku pindahkan ke dalam bekas lain..

Ha, gambarnya yang kat bawah ni laa...Cuma sakang ni belum berbunga semula lagi. Tapi pokok ni memang rajin membiak..layan je la gambar ni...


                                        Pokok bendi pun tumpang hidup sama kat sini..


Bunga Raya Moden ni saiznya bila kembang, lebih kurang sama besar dengan pinggan kuih..Walaupun Bertahan cuma sehari je, tapi pokoknya rajin berbunga (of course kene rajin tabur baja bunga ler..)


Pokok Kenanga                                                    Pokok Sedap Malam













Pokok ni aku tak tau apa namanya...Saje je aku panggil Pokok Bulu-Bulu sebab bunga dia macam bulu kucing je..Aku andaikan nanti pokok ni akan menjadi rendang dan berbunga lebat..Woohoo...mesti cantik! OK pokok, nanti aku taruk baja banyak2 kat ko!

















Sori, bab2 landskap aku memang   fail. Main susun je pasu2 bunga tu kat situ..














Ini plak pemandangan kat depan rumah aku..

5 comments:

  1. ija, aku berkenan la dgn pokok bunga ros hg. aku suka tengok pokok bunga, tapi malas nak tanam sbb tanah rmh aku jenis berbatu, malas nak beli pasu, tkr pasu, pindah pokok. pokok serai kat rmh aku pun, aku tanam dlm pasu. bebila blk perlis, aku singgah rmh hg nak tumpang cantas skit pokok ros blh?

    ReplyDelete
  2. rajinnya hg tanam pokok.....
    aku blm start lh proses nk tanam2...mengemaih pn tak habih lg, bila zaman nk abeh aku pn taktau..huhuhu..
    lina kalo hg nk pi cantaih, ambik lebih skit kat aku...wakakaka

    ReplyDelete
  3. lina: nak cantaih? buleh..buleh..ala, hang pi beli tanah organik ada jual murah ja..aku beli 6 kampit rm 10 ja..satu kampit tu besar, bleh utk 1 pasu...pastu beli ja pasu plastik..kat din borong murah..kalu yang kat kedai bunga mahal skit, tapi jenis yang berkualiti la...

    zana: hang pun,mai la cantaih gak skali..hehhe...tapi kena cantaih musim ujan, baru senang nak hidup kalu tanam..hangpa umah taman lagi syok tanam, sebab halaman comey & tersusun..umah aku ni banyak naik rumput ngan lalang, sebab tanah bendang...dok lawan ngan rumput2 tu la...

    ReplyDelete
  4. isma kat mana ye, sy pun d perlis jg.... tgk pemandangan tu mcm kutan aji je

    ReplyDelete