Semalam, merangkap hari raya haji yang ketiga, aku pergi beraya di rumah kawan lama aku waktu matrik dulu, iaitu Zai. Kiranya membalas kunjungan la, sebab dia dah awal-awal lagi datang beraya ke rumah aku, pada hari raya pertama tu. Facebook la yang menemukan kami ni balik.( ceh! macam ayah jiwang plak). Ya la,dah lama sangat lost contact. Dulu waktu matrik, kami ni rapat sangat. Kiranya long lost bestfriend la..Biasa la, masing-masing sibuk dengan hal masing2. Baru dapat kerja la, handphone rosak la, tukar nombor la, macam hal la, yang kadang-kadang kita bleh terus lost contact ngan kawan2 .Ha, yang sorang lagi, Siti R. Kitorang bertiga ni memang kamceng sangat waktu kat matriks dulu tu. Kebetulan kitorang semua ni pun sama-sama asal dari Perlis. Ke mana-mana pun mesti bertiga. Pastu masing-masing jenis yang suka dok buat lawak je. Kiranya tak kering gusi la ngan budak-budak ni ( budak-budak ke?). Selalunya tempat lepak, kat bilik aku la, sebab roomate aku pun baik ngan dorang ni.
Skang ni masing-masing dah ada life sendiri. Si Zai skang ni jadi Pegawai Sains kat hospital. Si Siti jadi cikgu macam aku gak, ngajar kat Perak. Dah ada anak satu dah dia ni. So, kebetulan raya ni dia balik kampung, kitorang berpakat la nak berjumpa di rumah kampung Si Siti R. Bila dah berjumpa tu, tak kering gusi la, asik gelak je.Bertukar2 cite, macam tak cukup je sepetang tu.
Zai & Adam (anak Siti)
Ape pun, best sangat. Bila masing-masing dah berjumpa balik ni, harapnya kitorang akan jadi bestfriends sampai bila-bila..
Monday, November 30, 2009
Tuesday, November 24, 2009
Hujan....Hujan.....Hujan...
"Ari-ari ujan...sejuk oii..tak larat nak tukar pampers dah nih. Nak main polis sentri pon tak bleh...pilu sungguh..."
"Anyway...tak pe lah..ujan tu pun rezeki jugakkk..asalkan tahap ke'hensem'an dan ke'macho'an saya ni masih terserlah, saya tak kisahhh...bagi sesaper yang tak tahan sejuk di musim-musim hujan cenggini, minumlah kopi panas sekole-dua, macam kakak saya yang kat belakang ni!" ~aLiFf ZAfrI~
Labels:
free time
Friday, November 20, 2009
Hari Anugerah Cemerlang 2009
Tempat: SK Convent Jalan Peel
Masa : 8.30-11.00 pagi
Perkara:
1) Penyampaian Hadiah Pencapaian Terbaik
~ setiap kelas
2) Penyampaian Hadiah Matapelajaran Terbaik
~ setiap aliran
3) Penyampaian Hadiah Peningkatan Matapelajaran Terbaik
~ setiap aliran
4) Penyampaian Hadiah Tilawah & Hafazan Terbaik
~ setiap aliran
5) Penyampaian Hadiah Tokoh Murid Terbaik Akademik
~ NUR SYAZWINA NORDIN
6) Penyampaian Hadiah Tokoh Murid Terbaik Kokurikulum
~ JACQUETAR ABIGAIL JOSEPH
7) Penyampaian Hadiah Tokoh Murid Keseluruhan
~ SHASPREET KAUR
8) Penyampaian Hadiah Murid Cemerlang UPSR 2009
p/s: Tahun ni 14 orang je yang dapat 5A. Tak bleh jadik ni. Tahun depan tukar strategi la plakkk..

sumber gambar: shaspreet kaur.
p/s: Tahun ni 14 orang je yang dapat 5A. Tak bleh jadik ni. Tahun depan tukar strategi la plakkk..
Labels:
dunia cekgu
Thursday, November 19, 2009
Kejadian Tak Diingini
Hari ni result UPSR keluar. Hari ni jugak hari last untuk persiapan sempena Hari Anugerah Cemerlang esok. Semua orang kat skolah sibuk sangat dengan kerja masing-masing. Ke hulu dan ke hilir, untuk settle kan kerja-kerja rutin setiap penghujung tahun macam skang ni. Kebetulan aku pun stayback kat skolah menolong kawan-kawan, untuk HAC esok. Tiba-tiba sekitar pukul 3 petang, 2 orang teman sekerja aku ditimpa suatu kejadian yang tak diingini. Suasana menjadi kelam-kabut,termasuk la murid-murid bertempiaran lari.
Tapi, dengan kerjasama semua pihak, keadaan dapat dikawal. Masing-masing menyumbang tenaga dan masa. Hampir jam 7 petang, kejadian tersebut dapat diatasi.
Syabas aku ucapkan kepada semua yang terlibat. Walaupun masing-masing sibuk dan penat, tetapi kepentingan diri sendiri tetap diketepikan.
Kepada kedua-dua teman sekerja aku tu, semoga Allah lindungi kalian..Amin..

Saturday, November 14, 2009
Positif Hadapi Kritikan
Bergelar manusia, kita memang tidak dapat mengelak daripada di kritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah YAng Maha Pencipta, Maha Hebat, maha Pengasih pun di cerca orang yang tidak berakal inikan pula kita manusia.
Dalam meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri.
Ingatlah orang yang duduk diatas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara. Jadi, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita.
Cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih baik untuk memadam api yang sedang marak.
"katakanlah (wahai muhammad): matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". (Ali'Imran:119)
"Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-NYA"- (At-TAubah:74)
sumber: alimaz.blogspot.com

Quotes
Thursday, November 12, 2009
My Alternate Personality-THe EGotisT
You know you are wonderful. You don't need anyone to tell you that. You are set in your ways, your ideas immovable. You are easily angered by the stupidity of others and you feel as though you have so much you can teach the world, if you only felt like doing so. Being the egotist is not always a negative thing. You are one of the most stable people in society, consistant and sound. You are not only sure of your self, but the few people you trust, you would trust with your life.
Labels:
my soul
Simple Reunion - Part 1~Makan-makan
7 Nov.2009 - Aritu tetiba 2-3 kawan-kawan lama aku waktu skolah menengah nak buat simple reunion. Sebenarnya lebih kurang 12 tahun aku tak jumpa dorang ni. Sejak habis Form 5. Dorang ni junior aku, muda 2-3 tahun dari aku. Waktu tu dorang dalam Form 2 & Form 3 je. Aku anggap dorang ni macam adik-adik aku sendiri. Rupanya selama ni masing-masing keja area KL ni jugak. Cuma sorang jer yang sanggup datang dari Penang nun. So, dorang decide nak datang makan sate kat area rumah aku ni. Apa lagi, bila dah lama tak berjumpa, bergegar la kedai sate tu. Dok bergambar-gambar lagi. Poyo jer! Sukati kitorang lar, dah lama tak jumpa, beb!
Yati, Munirah, AKU, Miza
Miza sanggup datang dari Penang, ooo!
Dah kenyang ka?...
Bebaik, tertelak kayu sate wei!!!
kontrol cun..
Labels:
MY FRENS
Sunday, November 8, 2009
My Dear Friend....
Once..
I've been so sad,
Felt terribly bad,
A friend came..gave me some hope,
Lend the shoulders for me to sob.
You were the most trusted person I've ever met...
Now..I realise.
You came because, you had the same hope,
Finding somebody to help you out,
The misery that tangled you tight.
Today,
When the sun shines,
When your darkness gradually gone,
You stabbed me untill i'm breathless..
You stabbed me until i'm speechless,
You pushed me back into the loneliness,
With those simple words, I hate the most!
Now, I realise,
You are just the same with them...
~isma~
Labels:
my soul
Saturday, November 7, 2009
Selepas 3 Tahun..
Tadi aku dok belek gambar-gambar lama. Nampak macam ada perubahan skit. So, aku tampal la gambar-gambar lama aku pada tahun 2006 ( sangat comot, very overweight dan kulit muka bermasalah). Aku bandingkan dengan gambar terbaru yang aku ambil akhir tahun 2009 ni. So, tengok je lah.
2006 - muka kembang, mata jadi kecik
sebab pipi tembam
2006 - muka kembang, mata jadi kecik
sebab pipi tembam
2006 - kulit bermasalah, muka tembam
2009
Labels:
Testimoni bergambar
Tuesday, November 3, 2009
Pesanan Diet Untuk Orang Yang Underweight
Bukan orang yang overweight jer yang rasa rendah diri dan low self-esteem, sebenarnya perkara macam ni pun bermain-main di fikiran orang-orang yang underweight. So, tak hairan la ramai yang berusaha bermacam cara, contohnya dengan membeli produk2 yang dijual di farmasi, salun kecantikan ataupun dorang cuba tambahkan kekerapan waktu makan. Yang paling buruk, ada yang akan makan dengan banyaknya makanan yang tinggi lemak,gula dan karbohidrat.
Sebenarnya antara langkah-langkah yang betul untuk memantapkan body anda tu ialah:
1. Makan makanan tinggi protein.
Contohnya kekacang, daging yang betul2 daging,bukan yang ada banyak lemak (lean meat), susu, daging ayam, telur, ikan, hasil tenusu, hasilan dari soya (tauhu,tempe,susu soya). Tapi pastikan benda2 ni tak dimasak dengan minyak dan garam atau gula yang banyak, yer!
Kebaikan: Protein adalah komponen yang paling penting membina badan kita ni.
Kalau kurang protein, badan lembik.Fungsi badan pun kurang baik. Kalau
cukup protein ,saiz badan naik, siap ada potongan & mantap gitu!
2. Kurangkan makanan tinggi lemak ,gula,garam dan karbohidrat.
Ada orang underweight yang cuba diet tinggi lemak dan karbohidrat, dengan harapan cepat la badan tu naik dan mantap. Memang la, kalau berjaya naikkan saiz badan tu pun, tapi potongan badan jadi tak cantik. Jadik straight je. Silap haribulan, muka jadi tembam semacam je walaupun tak la jadi overweight. Sebabnya, lemak banyak kat bawah kulit, tapi otot sokongan yang membentuk badan kurang. So,badan dibentuk oleh lemak2 tu je la. Lagi satu, bila lemak bertambah dalam badan, macam2 penyakit datang. Tentu pernah dengar kan, orang yang badan kurus pun ada yang kena stroke, serangan jantung dan diabetes kan?
3. Lebihkan minum air.
Semua orang kene lebihkan minum air. Tak kira la, overweight ke, underweight ke, normal ke. Sebabnya hampir 70% badan kita terdiri daripada air. Badan kita jugak perlukan oksigen untuk hidup, oksigen ni plak diangkut oleh darah, darah ni plak, of course la air, kan?
Lagik satu, samada nak turunkan berat badan atau nak naikkan berat badan, proses yang paling dilakukan ialah detox, iaitu proses nak buang toksin ( racun, ler!) yang berada dalam badan. Toksin ni slalunya datang dari makanan yang kita makan ( pewarna, perisa, racun serangga,etc). Kalau tak buang toksin ni, alamatnya menghitung hari ler, nak sihatkan badan tu. So, proses detox yang paling semulajadi ialah dengan meminum air!
4. Makan buah dan sayur dengan kerap.
Tumbuhan sudah diketahui kaya dengan sumber vitamin dan serat. So, sambil-sambil berusaha menaikkan berat badan tu, mesti la makan sayur dan buah-buahan jugak. Ape pun, mesti makan secara seimbang dan sihat. Kalau asyik makan makanan berlemak dan karbohidrat tinggi je, tapi sayur dan buah tak dipandang pun,konfem akan kene la sembelit. Seksa nih! Nak lawo punya pasal, sembelit ler plak!
O.K stakat ni je la yang aku tau. Kalau ada apa2 info baru, aku akan share kat sini.
~iSMa~

informasi
Monday, November 2, 2009
Makan Secara Sihat Dengan Herbalife - Team Cikgu2
Sebenarnya sejak dekat 3 bulan aku ambil produk ni, dah 4 orang kawan aku dari berbagai peringkat umur dah join aku ni. Tiga orang cikgu yang sama sekolah dengan aku ni, ambil plan untuk turunkan berat badan dan seorang lagi cikgu dari sekolah lain, ambil plan untuk naikkan berat badan, sebab dia tersangat la underweight. Sampaikan dia cuba aper produk naikkan berat badan pun, makan banyak dan habiskan beratus ringgit, tapi tak juga menunjukkan peningkatan.
So far, 2 orang cikgu yang baru ambil 2 minggu dan masih lagi dalam tempoh menyesuaikan diri dengan plan pemakanan yang baru ni, masing-masing dah berjaya turun 2 kg lebih. Masing2 dah berjaya naikkan peratus otot dalam badan dan berjaya kurangkan ukuran inci badan yang sangat tak disangka (hehe! bahasa pasar betul aku ni) . Tapi yang bestnya yang sorang lagi ni, baru ambil 4 hari, dah berjaya turun sebanyak 2 kg jugak!
Cikgu yang ambil plan naikkan berat badan ni plak, baru ambil 2 minggu, dah berjaya naikkan hampir 3kg! Muka dia pun dah berseri2 dah skit. Takla cengkung macam mula2 dulu tu.
Aku tak dapat nak tunjukkan gambar dorang kat sini. Ape pun nanti selepas 3 bulan, aku akan 'upload'kan gambar SEBELUM&SELEPAS dorang kat sini.
Good Luck untuk korang dan aku jugak. So, aku dah ada geng untuk berjuang mengubah cara pemakanan yang betul. (susah wooo!)

Testimoni
Subscribe to:
Posts (Atom)