Tuesday, November 3, 2009

Pesanan Diet Untuk Orang Yang Underweight


Bukan orang yang overweight jer yang rasa rendah diri dan low self-esteem, sebenarnya perkara macam ni pun bermain-main di fikiran orang-orang yang underweight. So, tak hairan la ramai yang berusaha bermacam cara, contohnya dengan membeli produk2 yang dijual di farmasi, salun kecantikan ataupun dorang cuba tambahkan kekerapan waktu makan. Yang paling buruk, ada yang akan makan dengan banyaknya makanan yang tinggi lemak,gula dan karbohidrat.




Sebenarnya antara langkah-langkah yang betul untuk memantapkan body anda tu ialah:



1. Makan makanan tinggi protein.
Contohnya kekacang, daging yang betul2 daging,bukan yang ada banyak lemak (lean meat), susu, daging ayam, telur, ikan, hasil tenusu, hasilan dari soya (tauhu,tempe,susu soya). Tapi pastikan benda2 ni tak dimasak dengan minyak dan garam atau gula yang banyak, yer!
Kebaikan: Protein adalah komponen yang paling penting membina badan kita ni.
Kalau kurang protein, badan lembik.Fungsi badan pun kurang baik. Kalau
cukup protein ,saiz badan naik, siap ada potongan & mantap gitu!



2. Kurangkan makanan tinggi lemak ,gula,garam dan karbohidrat.
Ada orang underweight yang cuba diet tinggi lemak dan karbohidrat, dengan harapan cepat la badan tu naik dan mantap. Memang la, kalau berjaya naikkan saiz badan tu pun, tapi potongan badan jadi tak cantik. Jadik straight je. Silap haribulan, muka jadi tembam semacam je walaupun tak la jadi overweight. Sebabnya, lemak banyak kat bawah kulit, tapi otot sokongan yang membentuk badan kurang. So,badan dibentuk oleh lemak2 tu je la. Lagi satu, bila lemak bertambah dalam badan, macam2 penyakit datang. Tentu pernah dengar kan, orang yang badan kurus pun ada yang kena stroke, serangan jantung dan diabetes kan?



3. Lebihkan minum air.
Semua orang kene lebihkan minum air. Tak kira la, overweight ke, underweight ke, normal ke. Sebabnya hampir 70% badan kita terdiri daripada air. Badan kita jugak perlukan oksigen untuk hidup, oksigen ni plak diangkut oleh darah, darah ni plak, of course la air, kan? 
Lagik satu, samada nak turunkan berat badan atau nak naikkan berat badan, proses yang paling dilakukan ialah detox, iaitu proses nak buang toksin ( racun, ler!)  yang berada dalam badan. Toksin ni slalunya datang dari makanan yang kita makan ( pewarna, perisa, racun serangga,etc). Kalau tak buang toksin ni, alamatnya menghitung hari ler, nak sihatkan badan tu. So, proses detox yang paling semulajadi ialah dengan meminum air!



4. Makan buah dan sayur dengan kerap.
Tumbuhan sudah diketahui kaya dengan sumber vitamin dan serat. So, sambil-sambil berusaha menaikkan berat badan tu, mesti la makan sayur dan buah-buahan jugak. Ape pun, mesti makan secara seimbang dan sihat. Kalau asyik makan makanan berlemak dan karbohidrat tinggi je, tapi sayur dan buah tak dipandang pun,konfem akan kene la sembelit. Seksa nih! Nak lawo punya pasal, sembelit ler plak!




O.K stakat ni je la yang aku tau. Kalau ada apa2 info baru, aku akan share kat sini.
                                                         ~iSMa~

No comments:

Post a Comment