Monday, November 30, 2009

Simple Reunion Ngan Besfren Lama...


Semalam, merangkap hari raya haji yang ketiga, aku pergi beraya di rumah kawan lama aku waktu matrik dulu, iaitu Zai. Kiranya membalas kunjungan la, sebab dia dah awal-awal lagi datang beraya ke rumah aku, pada hari raya pertama tu. Facebook la yang menemukan kami ni balik.( ceh! macam ayah jiwang plak). Ya la,dah lama sangat lost contact. Dulu waktu matrik, kami ni rapat sangat. Kiranya long lost bestfriend la..Biasa la, masing-masing sibuk dengan hal masing2. Baru dapat kerja la, handphone rosak la, tukar nombor la, macam hal la, yang kadang-kadang kita bleh terus lost contact ngan kawan2 .Ha, yang sorang lagi, Siti R.  Kitorang bertiga ni memang kamceng sangat waktu kat matriks dulu tu. Kebetulan kitorang semua ni pun sama-sama asal dari Perlis. Ke mana-mana pun mesti bertiga. Pastu masing-masing jenis yang suka dok buat lawak je. Kiranya tak kering gusi la ngan budak-budak ni ( budak-budak ke?). Selalunya tempat lepak, kat bilik aku la, sebab roomate aku pun baik ngan dorang ni.


Skang ni masing-masing dah ada life sendiri. Si Zai skang ni jadi Pegawai Sains kat hospital. Si Siti jadi cikgu macam aku gak, ngajar kat Perak. Dah ada anak satu dah dia ni. So, kebetulan raya ni dia balik kampung, kitorang berpakat la nak  berjumpa di rumah kampung Si Siti R. Bila dah berjumpa tu, tak kering gusi la, asik gelak je.Bertukar2 cite, macam tak cukup je sepetang tu. 

Zai & Adam (anak Siti)

Ape pun, best sangat. Bila masing-masing dah berjumpa balik ni, harapnya kitorang akan jadi bestfriends sampai bila-bila..  

No comments:

Post a Comment