Saturday, November 14, 2009

Positif Hadapi Kritikan


Bergelar manusia, kita memang tidak dapat mengelak daripada di kritik, dicaci dan dihina. Sedangkan Allah YAng Maha Pencipta, Maha Hebat, maha Pengasih pun di cerca orang yang tidak berakal inikan pula kita manusia.







Dalam meniti kehidupan, kita selalu memberi, memperbaiki, mempengaruhi dan berusaha bangun setelah jatuh dan semua ini tidak terlepas daripada kritikan yang sinis, pedas dan menyakitkan. Dan tidak mustahil diri kita dihina tanpa henti sehinggalah kematian menjemput diri.







Ingatlah orang yang duduk diatas tanah tidak akan jatuh. Mereka mungkin marah, sakit hati dan benci di atas kebaikan, ilmu, harta dan kejayaan kita. Kita mungkin mendahului mereka dalam apa jua perkara.  Jadi, berwaspadalah terhadap apa yang mereka katakan. Kuatkan jiwa untuk mendengar kritikan dan cemuhan. Jika hati kita terasa terusik, ini bererti kita membenarkan keinginan mereka untuk mengotori hidup kita.







Cara terbaik yang boleh kita lakukan ialah dengan terus menunjukkan akhlak yang baik, usah merasa tertekan terhadap usaha untuk menjatuhkan kita. Ini kerana setiap kritikan itu hakikatnya merupakan ungkapan penghormatan untuk kita. Berdiam diri itu lebih baik untuk memadam api yang sedang marak.






"katakanlah (wahai muhammad): matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". (Ali'Imran:119)






"Dan tidaklah mereka mencaci dan mencela (Islam) melainkan kesenangan kepada mereka dan limpah kurnia-NYA"- (At-TAubah:74)
 
sumber: alimaz.blogspot.com

2 comments:

  1. salam isma...pa habaq....betoi tu kadang2 kita tak perlu nak pening2 kepala nak pikiaq pasai kata2 org...mungkin depa sengaja nak sakitkan hati kita...tapii apa yang prnting kita misti positif...sekurang2nya kita boleh baiki diri kita....mungkin betoi apa kata org yg mengkritik.....

    ReplyDelete
  2. salam alimaz..habag baikk..ya la, kadang2 pujian berlebihan pun boleh membunuh. sebenarnya kritikan tu kadang2 yang akan memotivasikan kita. tapi, kalau kritikan yang sekadar nak men'down'kan tu, abaikan saja.

    ReplyDelete