Sunday, April 25, 2010

Telur Putih Sahaja?

Dalam menurunkan berat badan, pemilihan makanan yang betul adalah penting. Antara sumber protein yang baik ialah telur. Jadi, kebanyakan orang yang sedang berdiet akan memilih untuk mengambil putih telur sahaja.



Antara resepi menarik boleh anda makan dengan putih telur ialah: 4 biji telur(putih sahaja) dicampur dengan sedikit garam dan bawang putih. Pukul dan goreng seperti membuat omelet biasa. 4 biji telur putih ini hanya 68 kalori sahaja, bagus kan?


Untuk pengetahuan anda, putih telur dari sebiji telur hanya 17 kalori sahaja, tetapi kalori untuk sebiji telur penuh ialah 70 kalori. Dengan meninggalkan kuning telur, anda telah membuang kandungan lemak dan koletsrol, dan memilih protein baik sahaja.


Walau bagaimanapun, ada juga orang yg rasa agak rugi untuk mengambil putih telur sahaja tanpa kuning. Antara menu yang anda boleh buat ialah: 2 keping roti whole grain dibakar. 1 keping keju rendah/tanpa lemak dan sebiji telur = 200 kalori sahaja. Sedapnya cicah roti dengan telur kunign yang tak berapa masak ye, ada orang panggil telur goyang.


Kepada mereka yang tak boleh tinggalkan telur kuning maybe boleh pilih jenis yang tinggi kandungan Omega-3.


Kepada mereka yang ingin masukkan telur ke dalam menu makanan diet anda, anda boleh pilih untuk makan telur putih sahaja atau the whole egg. Telur putih sahaja sebenarnya tiada nilai nutrisi yang banyak, tetapi telur kuning yang mempunyai separuh daripada kandungan protein dan semua nutrien dalam telur.


Apa yang anda boleh buat ialah dengan membuat scramble egg dengan 2 biji telur + 2 putih telur sahaja. Ini mengekalkan kandungan nutrien yang anda perlukan, di samping mengurangkan kalori.

No comments:

Post a Comment