Hari Isnin: Cikgu Li bawak ketupat & rendang ke sekolah
Hari Selasa: Kak Ani bawak kek coklat moist
Hari Rabu: Kak Ida bawak kek pisang & koey teow tomyam
Hari Khamis: Cikgu Azizan order cendol pulut & tapai 1 tong ke
bilik guru
Hari Jumaat: Ada cikgu buat jamuan kat kantin & tengahari pas
skolah aku akan makan kat luar ngan Zai ..
Setiap Hari: mak masak makanan tenghari yang best
(of course pedas...favourite aku nih..)
Setiap malam: perut aku bunyi2 & ketagih nasik
Hem.ini la putaran yang berlaku kat skolah & kat rumah aku selama setahun..dan selama setahun la aku dah belot pada regim diet aku tu..Dah setahun aku balik pindah mengajar kat sini, cara hidup aku turut jadi berubah...di sekolah...di rumah...
Kat sekolah, ada2 je orang2 yang pemurah dan hampir setiap hari kitorang makan free yang best2..bagi yang tak sempat masak, order je dari peniaga2 yang memang mengambil tempahan. Dan sesungguhnya Perlis ni kaya dengan makanan eksotik yang sedap-sedap ( tapi bukan makanan yang dibuat dari haiwan eksotik ye..itu korea je...huhuu) ..Aduh, tak tahan daulat aku...Aku seolah-olah terkena kejutan budaya selama setahun..makan...makan...dan makan...Itu tak kira lagi setiap hujung minggu aku akan ke 'nat' ( pasar pagi), pasar tani & pasar malam....meriah u olls!! makanan pun meriah ugekkk!!!
So,tahun ni, setelah selepas setahun aku dah jadi lali dah...aku akan mulakan balik diet aku yang terbengkalai tu..Mudah-mudahan aku berjaya kali...Ni dah dua hari aku dah berjaya start balik rutin diet yang dulu..Stok Herbalife pun ada lagi..aku stop makan Herbalife ni sebab sayang la, sebabnya, kalu aku takleh kontrol makan, rugi la kalu aku makan gak Herbalife ni...Ubat kurus mana pun takkan berkesan kalau kita tak kontrol makan..Dan of course la Herbalife ni bukan ubat kurus..Ianya ialah makanan kesihatan yang berfungsi sebagai pengganti makanan yang kita skip tu...so, walaupun kita berdiet & pantang makan, kita tak lapar, tak terkena gastrik dan badan tetap sihat..
Mudah-mudahan aku berjaya kali ni.... (^_____^)
p/s: kalau Kak Fawziah, si coach Herbalife aku tu tau, mampuih dia marah aku...
degil btul si Isma nih!...hikhikhik!
Friday, February 25, 2011
Wednesday, February 23, 2011
Today I revealed few things. Benda-benda dan perkara yang selalu berada dalam jangkaan aku, terbukti benar. It’s amazing!! Aku ni jenis yang selalu berada dalam keadaan complicated dan keliru dalam membuat sesuatu keputusan. Akan tetapi, selalunya di setiap penghujung, aku sering dapat membuat keputusan yang betul, walaupun pada awalnya selalu keliru + sedikit blur ( sedikit? Huhu)…
Caranya: dengan mengambil atau mendengar kata hati yang pertama sekali berbisik..kalau cuba berfikir berkali-kali, selalunya kita akan jadi ‘bias’ dan berat sebelah…kadangkala kata hati yang seterusnya ialah bisikan penyedap hati…so, pertama sekali hati berbisik,maka itulah yang sebenarnya…tak kira la dalam mambuat sesuatu keputusan atau dalam membuat telahan..ini bagi aku je la..orang lain aku tak tau…huhuu…
Dari segi telahan personaliti pulak, kalau aku tengok seseorang tu, selalunya aku tak salah…walaupun kadang-kadang aku cuba menafikan bisikan hati aku tu, di akhir sekali, memang benar, personality seseorang tu memang macam yang telahan pertama aku…dah banyak kali terbukti…tak kira la, kalau pertama kali aku tengok , hati aku berbisik orang tu baik, walaupun muka macam crook, lama-lama kenal, memang orang tu baik…kalau pertama kali aku tengok, aku rasa macam panas je dia ni, walaupun muka seayu Mahsuri atau sehensem Fahrin ( hensem ke Fahrin?...bagi aku ensem la….hahahahaha!!)….akhir sekali, memang terbukti memang dia ni panas…(panas ni maksud aku dia ni ada something wrong la..so, beware!)….
Kadang-kadang suara hati aku ni berbisik yang aku rasa memang mengarut..tapi, di akhirnya memang terbukti benar personality seseorang tu memang macam tu…( ape bende?...rahsia la..off record…) biasa la, macam-macam jenis orang yang Tuhan ciptakan ada kat dunia ni…macam-macam perangai ada.
Heh..panjang plak repekan aku ni…kalau ada yang baca dan rasa cam mengarut je…sila abaikan…(^____^)

Labels:
my soul
Tuesday, February 22, 2011
Jom Korek Pusat!
Cikgu H: Kelas, hari ni kita akan
belajar mengenai fungsi
anggota badan kita.
Okey, Helmi kita guna
tangan untuk apa?
Helmi : Untuk pegang
Cikgu H: Aidil, mata untuk apa?
Aidil : Melihat, cikgu..
Cikgu H terus bersoal-jawab dengan murid-murid Tahun 2 tersebut mengenai peranan anggota badan mereka.
Sampai la ke giliran Faiz, murid yang duduk di hadapan sekali.
Cikgu H: Faiz, kalau pusat pulak, kita guna untuk apa?
Faiz : Tempat untuk kumpul daki, cikgu!
Kueng! Kueng! Kueng! Jawapan macam ni pun ada ka? ( tapi...macam betul gak tu..hahahaha!.)
p/s: Kanak-kanak kadangkala lebih peka daripada kita yang dewasa ni. Kita pun mungkin tak terpikir pun benda-benda yang macam ni . Seperkara lagi...mereka sangat jujur..
Labels:
dunia cekgu
Sunday, February 20, 2011
Nak Marah Ni!!!!!!
Adakah suhu emosi manusia dipengaruhi oleh usia? Ntah la, ni sekadar berdasarkan pemerhatian aku je..hermm..ape bende aku nak cakap ni?
Sebenarnya gini...pagi tadi (Sabtu), aku ke Pasar Tani dengan mak..Pasar Tani ni lokasinya berdekatan dengan sebuat taman perumahan dan deretan kedai. Sebelum membeli-belah tu, aku ngan mak aku ni singgah makan dulu kat sebuah restoran nih kat area pasar tu jugak... kitorang duduk kat meja paling tepi ngan kaki lima restoran tu..saje je nak ambil angin sambil2 tengok gelagat orang. Kebetulan tepi restoran tu ada jalan orang keluar masuk ke taman perumahan tu. Sambil2 makan tu, ada la 3 orang pakcik tabligh ni singgah ke restoran ni, dan dorang park moto yg dorang naik tu kat tepi kaki lima, agak berterabur la skit cara dorang park tu..(hurmmm..)..
kebetulan pulak restoran ni kat selekoh jalan.
Tak lama selepas tu muncul 2 buah kereta yang nak melalui selekoh restoran tu. Pemandunya lelaki-lelaki muda la ( siap bawak aweks...)...rasanya dorang konvoi kot. Berderum2 bunyi kereta dorang tu tekan minyak ( tapi kete tak jalan, of coz sebab tekan brek la kan?)..tujuannya nak protes la tu...ada orang letak moto terabur...aku tengok,masing2 muka mencuka masam mengalahkan cuka getah...sambil meng'ejas'2 stereng..agak-agak lepas dan dah clear, bukan main pecut lagi..padahal jalan kecik je..kalu ada org lintas, maunya dilanggar....Nak tergelak pun ada aku tengok gelagat bebudak muda tu..Marah sangat la tu agaknya...huhuuu...
Terpikir lak aku..macam ada satu pattern plak suhu emosi manusia mengikut umur....adakah hipotesis:
- semakin meningkat umur seseorang, semakin cool orangnya....??
- semakin muda seseorang itu, semakin hot tempered dirinya..??
...... rosak betul bahasa aku...maaf.. (^___^)

Selang beberapa minit, datang pulak sebuah teksi yang pemandunya sudah tentu sorang pakcik veteran. Sambil-sambil bersusah payah memulas stereng, sebab nak mengelakkan motor-motor tu, tersengih-sengih je pakcik tu. Mungkin dalam kepala dia pikir camni " Ahah! kalu aku bleh lepas, maknanya aku memang terer. Lagik bertambah la skill aku sebagai drebar teksi seMalaya. yeeehaaa!!" ...
Kebetulan belakang teksi pakcik tu ada lagi sebuah keta yang nak lalu. Aku makin teruja suap nasik, makin teruja nak tengok apa lagi gelagat pemandu-pemandu yang nak lalu situ. Yang pakcik-pakcik tabligh tu dok berborak tak hengat dunia dah. Dorang tak prasan langsung yang motor-motor dorang tu tengah jadik perhatian umum kat situ. Huhu!! Oh ye, berbalik pada kete yang satu lagi tu, pemandunya mungkin dalam lingkungan lewat 40 an kot..Yang ni best je, muka blur takder perasaan pun. Memang la dia pun bersusah payah gak nak lalu..Tapi muka memang blur habis...Kakkakakakaaa!!!!
Terpikir lak aku..macam ada satu pattern plak suhu emosi manusia mengikut umur....adakah hipotesis:
- semakin meningkat umur seseorang, semakin cool orangnya....??
- semakin muda seseorang itu, semakin hot tempered dirinya..??
...... rosak betul bahasa aku...maaf.. (^___^)
Labels:
Bebel Cikgu Is
Saturday, February 19, 2011
Sambutan Maulidurrasul 1432H/2011
Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada Selasa 15 Februari yang lepas disambut dengan suasana yang sederhana meriah di SKPM pada pagi tadi. Rata-rata sekolah lain pun sama. Kebanyakannya sambut pada hari ni. Amat bersesuaian dengan pagi Jumaat yang harmoni ni..huhuuu (ayat skema)...
Hurmm.. kebetulan, Raptai Perbarisan Sukan Sekolah-sekolah Rendah Kawasan PKP Paya pun berlangsung pada pagi ni jugak..Mula-mula ingatkan aku kene join raptai tu. Nasib baik tak jadi. Cikgu Li selaku Pengurus Peserta merangkap S/U Sukan pada tahun ni yang bawak budak-budak tu hari ni..So, bleh la aku join perarakan Maulidurrasul kali ni...
Seperti biasa program bermula dengan sedikit taklimat, tazkirah ,nasyid dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W di dewan skolah. Selepas tu, guru dan murid-murid mula berarak ke sekeliling kampung yang berdekatan dengan sekolah ni, sambil berselawat.
Labels:
dunia cekgu
Tuesday, February 15, 2011
Salam Maulidurrasul
Say No To Valentine's Day!!!
Jom kita sambut Maulidurrasul
Selawat dan Salam buat Junjungan Besar kita, Nabi Muhammad S.A.W...
Labels:
my soul
Subscribe to:
Posts (Atom)