Saturday, February 19, 2011

Sambutan Maulidurrasul 1432H/2011

Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W yang jatuh pada Selasa 15 Februari yang lepas disambut dengan suasana yang sederhana meriah di SKPM pada pagi tadi. Rata-rata sekolah lain pun sama. Kebanyakannya sambut pada hari ni. Amat bersesuaian dengan pagi Jumaat yang harmoni ni..huhuuu (ayat skema)...

Hurmm.. kebetulan, Raptai Perbarisan Sukan Sekolah-sekolah Rendah Kawasan PKP Paya pun berlangsung pada pagi ni jugak..Mula-mula ingatkan aku kene join raptai tu. Nasib baik tak jadi. Cikgu Li selaku Pengurus Peserta merangkap S/U Sukan pada tahun ni yang bawak budak-budak tu hari ni..So, bleh la aku join perarakan Maulidurrasul kali ni...




Seperti biasa program bermula dengan sedikit taklimat, tazkirah ,nasyid dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W di dewan skolah. Selepas tu, guru dan murid-murid mula berarak ke sekeliling kampung yang berdekatan dengan sekolah ni, sambil berselawat.



No comments:

Post a Comment