Hari Jumaat baru2 ni aku dah mula mengajar di skolah baru. So far, penerimaan mereka terhadap aku, baik2 aje. Guru-guru baik-baik belaka. Actually aku bertolak dari KL malam Khamis tu. Nak dijadikan cerita, sampai Kangar dah pukul 7 pagi dah. Sepatutnya pukul 4.30 pagi dah bleh sampai. Tensen gak aku. Awal2 lagi aku dah suh abang aku stand by tunggu kat stesyen bas tu. Kiranya sampai je, terus bleh balik rumah. Sampai rumah pun dah pukul 7.20 pagi. Apalagi bersiap macam hape je la aku. Skolah masuk 7.40, tapi aku baru nak bertolak pukul 7.40. Nasib baik skolah tu tak jauh sangat dari rumah aku. 10 minit dah bleh sampai. Malu gak aku, dah la first day, sampai lewat. Nasib baik dorang suma cool & ok. Lega skit aku.
Pastu terus masuk kelas, sebab jadual waktu dah dapat aritu lagik. Aku kene ngajar Math year 4 & 5. Kiranya takde masalah sebab sebelum ni pun dah pernah ngajar math.Budak-budak pun sangat ok. Jenis takder masalah. Nakal sikit2 tu, biasa la...Lagipun murid tak ramai sangat, sebab ada 2 buah skolah rendah lagi kat area ni. Dalam setiap kelas murid-murid dalam berbelas orang je. Kalu 20 lebih tu, kira dah ramai dah. Bebudak ni pun kira sporting & slamber je. Dah la dorang cakap loghat Perlis yang sangat pekat. Klakar giler aku dengar.
Ingat lagi waktu aku nak ke Bilik Guru, lintas taman dekat ngan sebuah kelas tahun 3. Sorang budak laki terjenguk2 kat depan pintu, tengok kat aku mcam nampak hapa tah. Tetiba dia jerit sambil menggamit2 kawan2 dia yang kat dalam kelas, ' Wei! Wei! Mai tengok, wei! Cikgu baru wei! '. Pastu sempat plak dia jerit kat aku tanya; 'Cikgu! Cikgu nama apa?' Hahaha! klakar betul aku rasa,macam nampak artis jer. Tersengih2 aku kat situ. Berenti la kejap,kot-kot dorang nak mintak autograf,ke..huhuhu!~ Pastu semua kuar dari kelas datang kat aku. "Cikgu nama Siti Nurhaliza" saje je aku buat lawak. "dak aih! nama cikgu, Cikgu Isma".. " Cikgu ajaq kelaih kami dak? Mai la ajaq kami.." 2,3 orang dok interframe plak..klakar aku tengok bebudak ni..
emm..kiranya satu permulaan yang baik. Ilang skit kesedihan aku dok tingat murid-murid skolah lama..
Saturday, January 30, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment