Monday, January 25, 2010

Sekolah Baru

Hari ni secara rasminya aku telah mula  bertugas di sekolah baru, iaitu di SKPM,Perlis. Jaraknya pun hanya dalam 5 km dari rumah aku. Doa mak aku, doa orang2 yang sayang aku dan doa kawan2 akhirnya makbul juga. Akhirnya aku berjaya juga bertukar mengajar di sini, tanpa alasan mengikut suami ( seperti mana suggestion yang orang suka sangat bagi kat aku walaupun aku tak mintak pendapat dorang pun).  Alhamdulillah...Aku bersyukur sangat, walaupun dalam hati sedih yang amat jugak nak tinggalkan anak murid, kawan-kawan dan tempat bermain ( bermain?) aku tu..Semua tu adalah kenangan terindah buat aku. Aku takkan lupakan sampai bila-bila...

Sekarang ni aku kena buat mind set yang baru untuk sesuaikan diri dengan persekitaran dan budaya sekolah baru ni. Ramai yang nasihatkan aku supaya tidak membandingkan apa perkara pun dengan sekolah yang lama. Kalau tidak tentu susah nak sesuaikan diri, walaupun di tempat sendiri. Ya, aku akan cuba..
Ucapan untuk diri aku sendiri...'ALL THE BEST!'

2 comments:

  1. Lalala...sambil Pandang Ke Langit :p

    ReplyDelete
  2. ya, begitu lah nampaknyer..pas ni aku alwayzz pandang ke langit...kakaka!

    ReplyDelete