Friday, January 29, 2010

Last Day at Convent Peel Road..Sooo Sad

Ari Khamis, adalah last day aku kat CPR. Sedih sangat. Budak-budak, macam biasa asik dok datang interview aku tanya itu ini. Pihak skolah pun ada anjurkan Majlis Perpisahan. Time nak bagi ucapan tu, dok set dah rasa macam 'cool' & takkan nangis. Bila start berdiri kat depan, suma orang pandang, tengok 2-3 orang, muka dorang dah mula berubah, tetiba je tekak aku rasa tersekat,mata tetiba berair,tak bleh nak bercakap. Terpandang muka Chan yang dah mula merah, terus air mata aku laju je turun..bercakap pun jadi berterabur, ntah ape tah yang aku cakap,pastu dah tak bleh dah..nasib baik Kak Ina yang jadi MC tolong cover sambil buat lawak. Tapi aku harap sume orang paham apa yang aku nak cakap & apa yang aku dah cakap..aku pun dah lupa..

Waktu makan pun tak bleh nak makan terus. Sian plak tengok bebudak dok beratur kat depan Bilik Guru, tunggu nak salam rupanya..kalau lambat terlepas bas plak dorang tu. Tengok ada yang nangis2, aku yang sedia sebak ni tak bleh dah nak tahan..dah 5 tahun aku kat sini. Banyak kenangan. Bagi aku, suma tu kenangan yang sangat berharga..suma manis..walaupun kadang2 ada perkara yang membuatkan 'mood' aku 'swing' jugak. Aku manusia biasa yang Tuhan kurniakan perasaan. Suma tu pengalaman yang sangat banyak mengajar aku tentang realiti hidup..Thanks for all of you..



I MISS U FRENS:

~ Kata-kata dari Veni yang membuatkan aku lagi sebak "Is, I ngat lagi, hari pertama I datang sini, you la orang yang pertama yang datang tegur I. I masih ingat,tau..'
Lagi la aku sedih, aku pun dah tak ingat. Terharu betul aku, sebab dah 3 tahun berlalu, Veni still ingat.

~ Hari aku dapat surat tukar tu, GB panggil aku ke pejabat. Keluar je dari pejabat dia,terserempak ngan dayah. Sayu je aku tengok muka dia. ' Is, aku terdengar GB bercakap ngan ko tadi. Ko dapat tukar,kan?' terus je meleleh air mata aku. Aku masih ingat lagi macam mana muka Dayah waktu tu. Kalu aku ingat, mesti aku sebak..

~ Elly: bila je dia dapat tau aku dapat tukar, terus dia nangis teresak-esak. Waktu tu kat Pondok Bacaan, ramai cikgu ada. Aku lagi la sedih..

~ Yanti & Zeti : Macam tak caya Kak iS dah nak pindah. Dah tak cukup la korum kita ni..

No comments:

Post a Comment