Tuesday, October 27, 2009

Spcial Kids Part 2 - EVA The Obedient

Ini eVA. Dia ni salah sorang murid SBT ( Skim Baucer Tusyen) aku.  Aper yang specialnya sangat Eva ni? Emmm...dalam 13 orang murid SBT aku tu, dia ni sorang la yang paling rajin attend kelas. Kalau dia tak datang pun,hanya ada sebab jer. Kelas SBT ni setiap hari Isnin & Selasa pada pukul 1 tghari, iaitu lepas waktu sekolah. So, time2 camni la budak2 SBT ni rajin ponteng dan terus balik rumah. Padahal memang dah selalu pesan, mesti stayback lepas skolah. Dorang angguk2 kepala,cakap nak datang la, takkan ponteng la, tup-tup bila tiba masanya slalunya tak sampai 7 orang pun yang tinggal. Tapi, Si Eva ni la yang buat penyejuk ati guru2 SBT ni. Hehe! Termasuk la aku. 
Kadang-kadang tu, bila sumer murid SBT lain ponteng, tiba-tiba ada je Si Eva ni menunggu dalam Kelas SBT. Tercongok sorang-sorang. Walaupun dia masih tak lancar membaca (dah Tahun 4 dah ni) macam murid lain, tetap berani dan rajin datang. Nak kata sebab boleh makan free, tak jugak, sebab kadang-kadang je dia amik makanan yang disediakan tu, walaupun dipaksa. Tabik betul aku pada dia....
cAYA lah, Eva!


p/s: aku & EVa sedang mem'poyo'kan diri. Huuuu!!

No comments:

Post a Comment