Saturday, October 31, 2009

Weight Lost Challenge 12 - The Final (season 1)

Ya, WLC 12 dah berakhir 24 Oktober aritu. Cuma aku tak sempat nak update kat sini. Walaupun tak menang, aku tetap puas ati sebab dah berjaya turun hampir 8kg. Tanpa support team macam ni, mungkin lambat progress plan aku ni. Bukan senang nak disiplinkan diri dengan tabiat makan yang sudah hampir 20 tahun sebati dalam diri.

Walaupun tak menang, aku tetap bangga sebab masih tersenarai dalam Top 4  kedua-dua kategori iaitu Kategori Weight Lost dan Kategori Inches Lost (maaf, susunan bahasa berterabur, hehe). Beza berat yang berjaya turun antara aku dengan Top 3 Winner hanyalah 1 kg. Aku berjaya turun 8kg, dia pulak 9kg. Manakala beza aku dengan Top 3 Winner Inches Lost hanyalah 0.2%. Wuhuhuhuuuu! Sipi betoi. Takper la, aku akan join lagi untuk season lain. Mesti!!! Lagi pun dorang ni sumer best. Sumer jenis orang2 yang positif.




Okeh! Layan la gambar-gambar ni....


Lecture dari Coach, Mr.Peter mengenai 'Long Term Maintanence'


Top 3 Winners: Mr. Gokul, Mr.Sigos & Fattah

Tempat Pertama: Fattah. Dia ni student UIA. Umur baru 2o tahun. Nekad ambil Herbalife dan ikut program ni sebab sebelum ni tekanan darah tinggi dia dah sampai 'border line' dan dah kena warning oleh doktor. Skang ni, dia dah pun berjaya turun 14kg lebih.




Pemenang Tempat ke-2: Mr. Sigos. Berjaya kurangkan 10kg bagi season ni. Dah dua kali dia join program ni. Sejak yang pertama dia join dulu hingga yang kali ni, hampir 30kg berat badan dikurangkan. Walaupun dia keje sebagai Pengawal Keselamatan je, tapi ada sebab, dia still 'stick' ngan program ni. Katanya, dia akAn join lagi pada musim yang akan datang.


Pemenang Tempa Ke-3: Mr. Gokul. Dia berjaya kurangkan 9kg. Orangnya sangat positif dan bersemangat. Mula-mula aku nampak dia waktu WLC1,perut dia buncit tinggi macam orang mengandung. Tapi week by week, memang nampak perubahan dia. Tercabar betul, aku!
Dia pun akan join WLC yang akan datang sampai berjaya ke target berat badan yang ideal.


Show off: Best whoaa! Dapat cash!!


Shake Ladies: Coaches yang sibuk prepare shake untuk sumer yang hadir. Thanks a lot,ya!





Dengan Kak Fawziah: 'The Most Supporting Coach'

Ape pun, aku suker sangat join program ni sebab:
1. Support group yang sangat mantap.
2. Informatif: Bleh tambah ilmu about wellness.
3. Hobi baru aku.
4. Sumer orang kat sini positif.
5. Boleh disiplinkan diri.
6. Bleh jumpa orang yang datang daripada background yang berbeza.
7. Tak jadik katak bawah tempurung.
8. Tambah keyakinan diri.



No comments:

Post a Comment