Sunday, October 25, 2009

Special Kids Part 1 -Nama dia Pui Yan

Kanak-kanak ~ bagi aku sangat innocent, naif dan tak menyimpan rasa kesumat. Setiap dari mereka mesti akan ada sifat istimewa dan unik masing-masing yang kadang-kadang kita tak perasan. Tak kira lah, sifat unik tu, sama ada nakal sangat ke, berkebolehan tertentu ke, ada hobi dan tabiat pelik ke,atau pun bersifat baik secara semulajadi.



Dalam tempoh 5 tahun aku menjadi cikgu ni, macam-macam yang aku dah pernah jumpa. Macam-macam sifat unik yang kita tak pernah jangka. Ini baru sekolah perempuan. Kalau yang mengajar di sekolah campur, lagi banyak yang cikgu-cikgu boleh jumpa. Bagi aku, setiap guru mesti ada kebolehan untuk melayan karenah dan sifat unik kanak-kanak ni. Sama la ngan aku ni, kalau budak yang ada sifat unik yang pelik, jenuh jugak pikir jalan dan cara nak handle dorang ni.



Bermula dengan entri kali ni, aku akan kongsi pengalaman meng'handle' dan berkongsi cerita mengenai sifat-sifat unik murid-murid aku.





Ha, murid yang sorang ni nama dia Pui Yan. Sekarang dia di Tahun 5.

Tahun lepas hingga awal tahun ni, dia suka pura-pura tak tau dan tak paham cakap Bahasa Melayu. Jenuh la kawan dia yang juga berbangsa Cina dok translate apa yang cikgu cakap kat dia (baik betul la kawan dia ni). Padahal kitorang cikgu-cikgu ni, tau dia laaa pura-pura je. Huhuhu! Dia nak perhatian sebenarnya. Nak kawan2 dan cikgu dok fokus kat dia je. Pernah sekali tu, selepas balik dari kelas pemulihan, kebetulan aku kat kelas dia, terus dia datang kat meja nak berborak ngan aku. Siap cakap Melayu fasih dengan loghat KL lagi! Sejak2 aku dok layan dia, dia baik ngan aku. Kalau waktu aku ngajar, dalam 80% dia memang akan buat apa yang disuruh. Padahal waktu cikgu lain, kadang2 je dia buat keja yang diberi. Kena marah macam nak kena telan pun, dia buat2 tak paham je. Lagipun dia tau cikgu marah macam nak keluar tekak pun, tak akan pukul dia pun.Main2 pemadam la, sticker la. Very cool betoi la budak ni! Kadang2 aku gelak jer kalu cikgu2 ni dok merungut pasal dia.


Setiap minggu, dia mesti akan bagi aku benda kecik2,kiranya mainan dia la. Keychain la, patung kartun la, bintang la, sticker,bear kecik la, gula2, coklat, jajan. Dia anggap aku ni kawan dia ke aper ntah la. Siap aku kene perli ngan Che Yah lagik. Ala, aku tak nak, dia siap datang letak atas meja. Ha, tau la, ni mesti Pui Yan bagi. Huhuhu! Tak pe la, dah dia memang macam tu. Lagi pun ni pengalaman kanak-kanak dia. Nanti besar dia kan ingat balik. Takkan nak marah dia 24 jam.



Tapi kadang, ada gak waktu aku ngajar pun dia main2 sorang2. Aku marah, macam marah budak2 lain gak. Tapi dia memang dah sebati dengan sifat cool dia tu. Lagipun dia sebenarnya ada mood dan dunia dia sendiri.


Contoh nya minggu lepas, waktu kat Makmal Sains, kelas sunyi sepi sebab murid2 lain dok asyik tengok CD Sains yang aku pasang tu. Tiba-tiba dia marah-marah. Kuat pulak tu, dalam Bahasa Cina. Sekali dengar macam nenek Cina tengah berleter jer. Terkejut la kitorang. Ada la dalam 5-6 ayat. Dia cakap aper ntah lar. Bila aku tanya, ade ker sesaper yang bergaduh ngan dia, sumer budak2 tu hairan. Sorang pun tak ngaku. Nak tergelak pun ada gak. Tapi aku control la. Dah la muka dia marah sangat. Sampai ketap-ketap bibir, jeling-jeling. Pelik dia ni. Lepas tu, dia cool balik la.

Waktu nak balik tengahari tu, elok pulak dia sapa aku. Siap tersenyum2, ucap selamat pulang la, jumpa lagi esok la, cikgu tak balik lagi ke,muka plak manis jer.

Hei, macam-macam la awak ni Pui Yan..


No comments:

Post a Comment