Friday, August 28, 2009

Catatan Semalam

  • Fuh! Nasib baik abang aku dengan sukarelanya nak hantar aku ke SMKPBU tu semalam. Kalau aku pi sorang, gerenti sesat, sebab ada simpang lain untuk ke skolah tu. Tak pasal2 aku pi skolah menengah Thailand kat sempadan Mesia tu. Haha!
  • Jumpa kawan lama, Mazlin. Actually dia ni kawan kepada besfren aku. Tapi aku kenal gak dia. Tak la boring ,waktu menunggu nak masuk ke dewan exam tu. Ada gak kawan untuk borak2. Kalau amik kat KL,konfem la aku berkepit ngan Che Yah. Mazlin ni pun calon menumpang gak, sebab dia mengajar kat Pahang. Macam2 crita dari dia yang ngajar anak2 orang asli kat sana. Klakar pun ada. hihi!
  • Tak sangka plak, terjumpa gak sorang senoir aku waktu aku Matrik kat KYPM Bangi dulu tu ( jadik cikgu gak yer, pakcik ni). Mungkin dia tak kenal pun aku. Slalunya junior yang kenal senoir. Senior mane nak kenal junior dorang yang ramai2 tu. huhu!
  • Tambah kawan baru- Kak Ieda. Kakak ni ngajar kat SMK Tuanku Suleiman. Rupanya rumah dia tak la jauh sangat dari kampung aku.
  • SMKPBU - cantiknya kawasan skolah ni. Kagumnya aku. Ye la, kalau nak banding ngan skolah aku yang kat pinggir Jalan Peel tu. Heeeee!
  • Soklan Paper P&P agak senang.Tapi tak tau la,soklan2 dia trick jugak. Semua jawapan hampir samer je.
  • Soklan Paper Umum agak susah. Mungkin sebab aku tak baca satu hapah pun kot. So, semalam aku tembak jer. Pom! Pom! Pom!

Thursday, August 27, 2009

Exam PTK..Awat Jauh Sangat Kak Cik ooii!!

Memandangkan skarang dah pun masuk ke 27hb Ogos, maka, pada pukul 9.00 pagi nanti aku akan menduduki exam PTK (Penilaian Tahap Kecekapan) di SMK Padang Besar Utara, Perlis. Exam ni adalah untuk mereka2 yang kerja gomen (keja kerajaan laa) seperti aku ni la. Oleh kerana exam ni memang selalunya pada pertengahan cuti skolah, maka aku dengan penuh prihatinnya selalu la apply untuk tukar tempat peperiksaan kat negeri aku ni. So, aku bleh la lama skit bercuti tu. Kalau tak, baru 3-4 hari cuti, dah nak kena balik KL untuk amik exam ni.

Tapi tu la,untuk kali ni, aku ni lambat plak alert tentang nak mintak tukar pusat exam macam selalu. Last minute dah aku baru buat. Nasib baik la dapat tempat gak. Dapat la pusat yang jauh gabai dari rumah aku nih. Rumah aku kat area Kangar, tempat tu kat Padang Besar, jenuh jugak aku nak mencari skolah tu esok. Waddduhhh!! Mudah-mudahan aku jumpa gak SMKPBU tu. Walawalawalaaaa! Itu la, sapa dok suruh buat keja last minute, ni baru hang nak tau!!! Serve me right!!

Aper Citer Diet Aku???

Sepanjang minggu pertama puasa ni sampai 31 Ogos ni, aku tengah bercuti kat kampung. Puasa macam orang lain gak, waktu berbuka, aku berbuka gak ngan nasik dan makanan lain. Waktu sahur aku amik shake dan air 1.5 liter je. Akan tetapi, yang menjadi kebimbangan aku ni, waktu berbuka aku dah berjaya menambah bilangan 'sendukkan' nasik ke dalam pinggan aku. Waduh! Aksi2 itu tersangat lah spontannya tanpa aku sedari. Sesungguhnya akak nyesal banget! Udah ler kat kg takder penimbang. Maunya selepas seminggu ni, berat aku mendadak naik,jenuh aku nak mendietkan diri balik. Isyk! Isyk! Menyesal! Menyesal! (tapi esok buat balikkkk.....)



Tapi kan, aku try baju lama yang beli dulu2 tapi tak bleh pakai sebab tak muat ( ini kes beli terus, balik rumah try, takbleh masuk, frust menonggeng), rupanya baju tu dah muat!!!!!! Siap longgar2 lagi dan diluluskan untuk pakai pi jalan2. Kalau dulu, waktu baru beli, ketat giler,nak pakai pun tak sampai hati. Kalau pakai pun tahap sarung cempedak di luar pagar lah layaknya.
Akan tetapi...aku tetap isau ngan angka2 yang bakal ditunjukkan oleh penimbang pada minggu depan... ohhhh! nooooo!!!!

Saturday, August 22, 2009

Weight Loss Challenge(WLC)-week 3

Aku tak sempat nak update WLC minggu ke-3 aritu. Arini baru sempat. Yeargh!! Aku dah berjaya turunkan lagi 300g dalam seminggu. Memang sikit, takper, SIKIT-SIKIT, LAMA-LAMA JADIK BUKIT! Lagipun aku ni pun bukan disiplin sangat pun. Yang penting, yang turun tu memang berat lemak, sebab peratus air dan otot aku bertambah naik.

Lagipun, kat skolah, ada 2-3 orang yang tegur, dorang cakap aku badan aku dah nampak susut. Malas la nak letak gambar terbaru kat sini. Nanti betul2 nampak susut baru aku update gambar. Kalau tak, macam poyo je plak. Ahaks!

Hari ni dah start posa, so, sambil2 posa ni, bleh gak aku disiplinkan diri. Dapat pahala, badan pun mudah-mudahan sihat..

Selamat Berpuasa.....

Sunday, August 16, 2009

H1N1- What Should We Know..

Aku terjumpa blog seorang doktor, ada info yang menarik yang sedikit-sebanyak boleh membantu mengenai isu H1N1 ni. Jadi, aku paste kat sini.


Salam,

Sahabat-sahabat ku..Ye wabak influenza A H1N1 makin merebak, and mungkin ada yang kata makin teruk..Rata-rata nye sume orang jadi panic and risau, tidak terkecuali yours truly ni, but when we are well-equipped with the facts and knowledge, insyaAllah yang susah akan jadi mudah apa yang penting??? KERJAAASAMAAA

Diriku sangat2 la sedih bila membaca blog2 yang memberi tanggapan negative bila berlakunye wabak ini…but I cannot blame other peoples’ opinion.. some are based on experience(s), so I’ll try to let everyone know about some facts on this pandemic flu..there are few facts that we all should and MUST know..

1) Influenza A H1N1 is a new/novel virus derived from mutation of the earlier virus. They (the researchers) believed it derived from the H1N1 virus from the pandemic 1918 (Spanish flu) [source: Morens DM et al, The persistent Legacy of the 1918 Influenza Virus; NEMJ 361;3] hahahha aku pon lom abis baca artikel nih!!

2) We are in the mitigation phase, so we cant cope to screen everyone or admit everyone with symptoms of flu. Rase-rase nye semua orang ada symptoms flu eg demam, batuk and selsema.. jadi tidak cost-effective utk screen semua orang.

3) Bukan hospitals atau A&E menolak kes-kes demam selsema anda, tp MEMBERI PRIORITI kepada yang lebih kritikal… tolong lah kasihani doktor2 dan staff2 yang bekerja bertungkus lumus di A&E tu.. jangan lah maki2 mereka bila anda tidak dilayan… (bayangkan anda bekerja bagai nak rak menolong orang tp bukan ucapan terima kasih yg dapat, tp dimaki hamun!!) Saya merupakan bekas staf A&E dan saya paham perasaan tu, sbb tu saya merajuk dan lari berurusan dengan kuman-kuman je di lab, diorang tak pandai maki saya, tp saya maki diorang kalau tak nak tumbuh hahahhaha

4) Pesakit2 yang dilihat di A&E akan di’screen’ betul2 supaya hanya mereka yang betul2 memerlukan admission akan dimasukkan ke dalam wad contoh mereka yang mengalami komplikasi respiratori (pernafasan), jantung, neurological etc ataupon mereka yang berisiko tinggi eg wanita mengandung, pesakit2 kronik (jantung, asthma, COAD etc).. mereka akan di’assess’ menggunakan CLINICAL ASSESSMENT TOOLS (CAT) (rujuk bawah)

5) Jika anda disuruh balik rumah and kuarantin kan diri, SILA lah kuarantin kan diri anda.. kalau nak bersosial dgn ahli keluarga, sila pakai mask. Tak salah kalau duduk sama2 tengok TV atau berbual, tp PAKAI LAH MASK! Kerana virus ni merebak melalui respiratori droplets (batuk, bersin dan bercakap tersembur2 ayaq liuq nye ). And pls adhere to PATIENT HOME ASSESSMENT TOOLS yang diberi kepada anda (rujuk bawah).

6) Jika anda rase anda ada flu, sila KUARANTIN kan diri selama 7 hari dari onset of symptoms dan amalkan HAND HYGIENE & COUGH ETIQUETTE… tidak perlu ke hospital jika symptoms anda tidak teruk (refer PHAT di bawah). Kerana kalau pergi hospital, silap2 anda yang takde H1N1 akan dijangkiti plak H1N1 kerana sedia maklum hospital ramai orang yang sakit… kalau pegi hospital, jangan bawak budak kecik esp less than 2 year old..

7) Tidak semua orang suspected to have flu memerlukan antiviral (Tamiflu). Most of the cases hanya memerlukan supportive treatment. Jangan la plak marah doctor tu kalau dia suruh anda balik & bagi anda panadol and ubat batuk je.. kerana mmg itulah ubatnya. Viral infection is self-limiting. Except in severe cases, we have to ‘intervene’ with antiviral (esp when an individual cant fight the virus alone). So Tamiflu is RESERVED for admitted cases and those yang highly suspected of H1N1 tp kena home-quarantine.

8) Tapi jika anda diberi ubat Tamiflu, TOLONG lah makan, kerana anda adalah orang ‘terpilih’ yang diberi antiviral tersebut. Walaupon anda makan supplements, antiviral has their own activity against viruses. Supplement food only to strengthen ur body defense..

9) Jika anda takde flu, jangan la plak saje suka-suka makan antiviral kerana ini akan menyebabkan ‘resistance to the antiviral’..

10) Lab test adalah dgn mengambil ‘throat swab’… dan ujian rapid test dan PCR akan dijalankan utk confirm kan virus H1N1.. satu test takde la sampai beribu RM (tak tau la kalau ada yang charge sampai 1K) – tp PCR mmg MAHAL.. tp di PPUKM dalam RM250.. that’s why kita hanya buat test utk kes-kes yang masuk wad sahaja…

11) Kebanyakan kematian merupakan mereka yang muda dan apparently sihat. Jadi kita masih tak paham VIRULENCE of this virus… ada yang hari ni demam selsema, esok sihat lusa tiba-tiba tenat dan na’uzubillah meninggal.. kita (read the researchers bukan saya :p) masih buat research and study on this virus…

12) JADI, kita kena fahami situasi kita supaya kita bleh tangani wabak ini.. wallahualam… semua orang mainkan peranan masing2…

GO FIGHT WIN yeayyy…

Thursday, August 13, 2009

Al-Fatihah..Buat Allahyarham Ustaz Asri Rabbani

Pagi tadi seorang kawan aku sms bagitau yang Ustaz Asri Rabbani telah meninggal dunia. Terkejut jugak aku. Tak sangka betul, sebab arwah masih muda dan kelihatan sihat. Tapi, seperti yang kita semua tahu, ajal dan maut semua tu rahsia Dia. Semoga dia ditempatkan bersama orang2 yang beriman..Amin.

Juga, ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham,semoga tabah di atas pemergiannya..

Kat bawah ni aku paste artikel yang aku dapat dari MyStar Online.

Ustaz Asri Rabbani meninggal dunia
Oleh KEITH JONATHAN DEUNTZER dan SHAHRIL ADZRIN

Tinggal kenangan..Asri (dua dari kiri, bawah) ketika bersama anggota Rabbani yang lain pada dua hari lalu ketika majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti. -foto The Star

PETALING JAYA: Jenazah arwah Ustaz Asri sedang dibawa ke rumahnya di di Jalan Ikan Keli, Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam untuk dikebumikan sebelum Asar.

Vokalis kumpulan nasyid Rabbani, Ustaz Mohd Asri Ibrahim, 40, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 10.30 pagi tadi akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.
Menurut salah seorang anggota Rabbani, Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, arwah jatuh pengsan semasa memberikan ucapan dalam sidang media program 'Syahadah' di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Balu arwah, Haliza Shahadan hadir di hospital beserta dengan beberapa rakan artis seperti penyanyi Nash, Yasin Sulaiman dan Mas Omar.
Selain itu, lebih 100 orang melibatkan rakan terdekat dan ahli keluarga arwah turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir kepada arwah.
Dua hari lalu, Asri bersama anggota Rabbani yang lain menghadiri majlis sidang media dan memeterai satu lagi perjanjian kerjasama bersama Hotel Singgahsana untuk terus membuat persembahan di hotel tersebut sepanjang bulan ramadan yang bakal tiba nanti.

Rabbani akan mengadakan persembahan sepanjang ramadan di Hotel Singgahsana sambil menghiburkan para pengunjung yang hadir serta menikmati hidangan yang bertemakan 'Citarasa Ramadan 1 Malaysia' bermula 1 Ramadan nanti.

Rabbani telah bekerjasama dengan Hotel Singgahsana selama 18 tahun dan sejak itu Rabbani telah menghiburkan para pengunjung hotel tersebut yang datang untuk berbuka puasa dengan persembahan 'live' mereka.
Dalam sidang media itu, Asri berkata mengadakan persembahan di Hotel Singgahsana merupakan satu ibadah bagi dirinya.

"Saya rasa ibadah puasa saya tidak lengkap jika tidak mengadakan persembahan di hotel ini. Orang kata bulan puasa kalau boleh kurangkan bekerja, banyakkan ibadah, tetapi pada saya ini merupakan ibadah saya," katanya.

Asri dilahirkan pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor.
Selain seorang balu, Haliza, 38, arwah turut meninggalkan enam orang anak iaitu Mohd Nasimudin, 15, Mohd Fathi, 14, Nur Atikah, 12, Mohd Ilhan, 10, Sufiyah Munawarah, 6, dan Hamdi Rabbani, 4.

Asri menyertai kumpulan nasyid terkenal itu sejak ia ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai oleh sembilan orang termasuknya.
Sebelum Rabbani, kumpulan itu dikenali sebagai Nada Murni yang ditubuhkan sekitar tahun 80-an.

Asri juga pernah menyanyi secara duet dengan beberapa penyanyi terkenal seperti Mawi menerusi lagu 'Saksi' dan 'Mentari Merah Di Ufuk Timur' nyanyian bersama Amy Search.

Kehilangan Asri kini bermakna hilanglah tunjang Rabbani memandangkan arwah banyak menyumbangkan kemajuan prestasi sekaligus memberikan kejayaan kepada Rabbani dan industri muzik nasyid.

Atas kejayaan itu, maka tidak hairanlah jika Rabbani dijulang sebagai Penyanyi/Artis Nasyid Popular di Anugerah Bintang Popular (ABP) selama lapab tahun berturut-turut.

Tidak kurang juga anugerah yang dicapai di Anugerah Industri Muzik (AIM) seperti Album Nasyid Terbaik 2001 (Iqrar - 1421), Vokal Berkumpulan Terbaik Dalam Album 2001 (Iqrar-1421), Album Terbaik 2001 (Iqrar-1421), Album Nasyid Terbaik 2002 (Intifada), Album Nasyid Terbaik 2003 (Qiblat) serta Album Nasyid Terbaik 2009 (Nostalgia Nada Murni) dan Lagu Nasyid Terbaik 2009 (Bila Nur Melimpah Di Hati).

Revolusi muzik nasyid yang dilalui Rabbani selama berjuang dalam industri hiburan seringkali mencetus pelbagai perdebatan.
Ada yang berpendapat, lagu-lagu nasyid nyanyian Rabbani tersasar daripada landasan muzik nasyid yang sedia ada.
Sebelum ini, kumpulan ini pernah merakamkan lagu Pergi Tak Kembali ciptaan KRU berteraskan genre pop yang mendakwa Rabbani seperti meminggirkan objektif utama lagu nasyid.

Namun,kemunculan Rabbani yang turut dianggotai oleh Mohd. Asri Baidul @ Ubaidullah, Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman ini tampil dengan konsep yang tersendiri.
Dalam tempoh lebih 12 tahun berada dalam industri ini, Rabbani telah menghasilkan 19 buah album seperti 'ARAH Dari Mana… Ke Mana…' (1997), 'Pergi Tak Kembali' (1999), 'Intifada' (2000), 'Yalla Beena' (2004) dan yang terbaru, 'Nostalgia Nada Murni'.

Bermula dengan berkonsepkan nasyid klasik, melalui irama-irama yang dipetik dari Timur Tengah, Afrika dan Andalusia, kemudian diadun dan diolah mengikut citarasa yang sesuai dengan era yang terkini.
Juga dipersembahkan bersesuaian dengan citarasa remaja.
Disamping itu ditampilkan dengan adunan muzik ala melayu timur dan digabungkan dengan adunan muzik timur tengah.
Dan kini Rabbani muncul pula dengan konsep yang lebih global dalam bidang muzik tanpa mengurangkan kualiti mesej yang akan disampaikan dengan menampilkan world music didalam lagu-lagu terbarunya.

Ini adalah untuk menjadikan irama nasyid ini akan terus segar dari semasa ke semasa dan terus diminati oleh semua golongan tanpa mengira had bangsa dan negara.
Bagaimanapun dalam menyampaikan irama nasyid ini mesej adalah yang paling utama sekali dengan berpersepsikan bentuk nasihat, dakwah dan panduan.
Sekurang-kurangnya sedikit demi sedikit pendidikan secara tidak langsung itu berjaya masuk ke ruang fikiran sambil berhibur.
Lantaran itu juga boleh mendorong sikap kita ke arah kebaikan.




Alahai....sikit jer?



Malam semalam aku attend WLC yang ke-2. Rutin dia macam biasa, first skali ke stesyen 1 untuk timbang. Waktu timbang ni semua dah automatik dikira iaitu peratus air, lemak,otot, tulang,etc. Waktu timbang tu, mata aku ni dah terbeliak2, dok tengok bacaan kat situ. Hah, turun gak! Tapi, ala........sikit jer..dalam tempoh seminggu ni 0.8 KG jer? Alaaa......aku target dalam 3 KG (tapi, memang giler la target 3 KG dlm. seminggu tu). Tapi...aku tetap frust!



Ke stesyen kedua, ukuran badan diambil. Lengan, perut, pinggang, pinggul, dan paha. Semua tu turun serba 0.5 inci hingga 1 inci jer. Alaaaaa.....lagi skali aku frust! Aku target bleh turun sampai 3 inci ke. Cuma yang sedap ati skit,nasib baik tak bertambah ukuran tu.



Tapi kan, rupanya aku yang tamak nak turun banyak-banyak. Padahal aku tercurik2 makan gak. Tapi makanan ringan-ringan je la. Heeeeeee!!!!



Macam biasa, selepas sesi2 semua tu, ada giliran para coach akan bagi lecture. Topik malam ni mengenai kepentingan air. Memang banyak sangat info yang bleh dapat kat sini,yang mana sebelum ini aku tak pernah tau. Lecture punya lecture, sampai jugak kat topik yang berkaitan dengan benda yang aku dok frust tadi tu. Rupanya apabila berat badan kita dah start turun dalam jumlah yang agak banyak dalam masa yang singkat, penurun seterusnya akan jadi jugak, tapi lambat sikit dan ada jarak masa bergantung pada badan sesetengah individu. Semuanya ini sebab, badan kita masih ambil masa untuk adjust balik fungsi dia, dengan berat badan kita yang baru ni. Bila sumer fungsi tu dah kembali normal, fasa penurunan berat badan tu akan berlaku lagi. Tapi, sendiri mau ingat, mesti constant dengan cara pemakanan yang betul. Jangan la sekali hadap, 3 pinggan nasik tak berbaki pulak. Kalau macam tu, 5 tahun diet pun tak jadi hapa la adik2 oiii!!



Lepas dengar lecture tu, lega la skit aku rasa. Kalau tak, asik dok salahkan diri sendiri jer la. Mudah-mudahan, aku boleh! Kena pulak dengan bulan puasa yang dah nak hampir dah ni, sedikit- sebanyak membantu la jugak.



Aku target, raya ni, berat aku dah turun sampai 60 KG. Takpe, we'll see it!!!

Tuesday, August 11, 2009

Margarine Versus Butter




DO YOU KNOW…. the difference between margarine and butter?

Read on to the end...gets very interesting!
Both have the same amount of calories.

BUTTER

- Butter is slightly higher in saturated fats at 8 grams compared to 5 grams.
- Eating margarine can increase heart disease in women by 53% over eating the
same amount of butter, according to a recent Harvard Medical Study.
- Eating butter increases the absorption of many other nutrients in other foods.
- Butter has many nutritional benefits where margarine has a few…. only
because they are added!
- Butter tastes much better than margarine and it can enhance the flavors of
other foods.
- Butter has been around for centuries where margarine has been around for
less than 100 years.




MARGARINE:
- Very high in trans fatty acids Triple risk of coronary heart disease.
- Increases total cholesterol and LDL (this is the bad cholesterol) and lowers
HDL cholesterol, (the good cholesterol)
- Increases the risk of cancers up to five fold.
- Lowers quality of breast milk.
- Decreases immune response.
- Decreases insulin response.
- And here's the most disturbing fact.... HERE IS THE PART THAT IS VERY INTERESTING! Margarine is but ONE MOLECULE away from being PLASTIC..


This fact alone was enough to have us avoiding margarine for life and anything else that is hydrogenated (this means hydrogen is added, changing the molecular structure of the substance).


You can try this yourself:....


Purchase a tub of margarine and leave it in your garage or shaded area. Within a couple of days you will note a couple of things: * no flies, not even those pesky fruit flies will go near it (that should tell you something) * it does not rot or smell differently because it has no nutritional value ; nothing will grow on it. Even those teeny weeny microorganisms will not a find a home to grow. Why? Because it is nearly plastic! Would you melt your Tupperware and spread that on your toast?


Wednesday, August 5, 2009

H1N1 ke??..


Isu hangat mengenai kesihatan sedunia terkini ialah isu pandemik H1N1. Malaysia tak terkecuali. Paling yang tak terkecuali ialah sekolah tempat aku mengajar ni la. Murid-murid tahun 1 pun dengan lancarnya boleh menyebut H1N1 ni. Ada yang dah hafal semua simptom2 penyakit ni.

Ada beberapa insiden yang mencuit hati aku nak paparkan kat sini. Antaranya:

Insiden 1:
Kelihatan beberapa orang murid berkumpul di Pondok Bacaan (ala2 tempat menunggu la ni). Dorang ni tengah tunggu untuk di ambil oleh penjaga masing2,sebab mereka mengadu tidak sihat. Kesemuanya dengan bermacam gaya duduk dan ekspresi muka. Ada yang menekan2 dada sambil tercungap2, ada yang berkerut2 muka, ada yang terbatuk2, ada yang duduk sambil mengeliat2, ada yang tertido terus.

Tiba2 datang sorang guru yang over peramah, dengan penuh prihatinnya menemuramah murid2 ni.

Cikgu Peramah: Apsal ni? Kamu sumer sakit ker? Sakit aper? Dah call parents
kamu ker?
Murid Muka Berkerut: Cikgu E dah call parents kitorang dah..Saya sakit perut
cikgu. Pagi tadi tak sempat makan, pastu terus gastrik.
Murid Tengah Tekan Dada: Saya sakit dada la cikgu. Mak saya cakap,saya ada
penyakit keturunan.
Murid Duduk Mengeliat: Saya pun sakit perut cikgu.
Murid Batuk: Cikgu, saya ni dah ada semua petanda H1N1. Tinggal nak pergi
check kat dokter jer ni. Jap lagi ayah saya datang, nak pergi klinik,
nak chek la cikgu. Saya rasa saya ada H1N1 la,cikgu. (murid ni
bercakap serius betul,macam betul2 je die ni, tapi boleh pulak
sambil dok tunggu ayah dia ni, dia main2 n berborak2 ngan
kawan2 dia tu).
Cikgu Peramah: Laaaaaa.....ke situ pulak kamu nih.

Cikgu Peramah terus berlalu tak terkata apa......



Insiden 2:
Suasana dalam kelas Tahun 2 Jasmine bising macam nak runtuh langit. Cikgu F je baru melangkah masuk, dia dah rasa macam nak lari balik rumah jer. Sesekali terlintas, andai kata undang-undang Malaysia membenarkan guru melakukan aksi ekstrem kat sekolah, mau sajer Cikgu F lempar mercun bola 17 bijik sekali gus ke dalam kelas ni.

Cikgu F: Kelas,kamu sumer jangan lar bising sangat! Cikgu sakit lar arini.
Tekak cikgu pun sakit ni.

Kelas masih bising. Murid2 macam tak heran je kat Cikgu F. Mungkin dorang tak dengar dengan jelas suara Cikgu F yang sakit tekak kronik tu. Tiba2, datang la Si Ketua Kelas yang prihatin bertanyakan keadaan Cikgu F.

Ketua Kelas Prihatin: Cikgu, cikgu sakit aper? Kesian kat cikgu,dorang ni bising
sangat. Dorang tak nak dengar cakap saya.
Cikgu F: Cikgu demam selsema la. Tekak cikgu sakit sangat sebab jerit2 kat
kamu sumer semalam.

Lalu, Si Ketua Kelas yang prihatin ni pun membuat satu pengumuman yang menggemparkan!

Ketua Kelas Yang Prihatin: Woooiiiii!!! Diam la!!!!! Kesian la kat cikgu. Cikgu
kena H1N1 la.
Cikgu F: Gullpppp!!! fhgihlhjl( cis, adeker dia kata aku kene H1N1?!)

Kwang!Kwang!Kwang! Kwang!

Monday, August 3, 2009

Body Analyzer Scale


Hari ni dengan obsessnya aku telah membeli sebuah penimbang berat badan, atau dengan nama bahasa inggerisnya ialah,Body Analyzer Scale.


Sebenarnya aku tak rancang nak beli pun, tiba-tiba je on the way nak balik ke rumah kaki aku ni straight je berjalan ke arah CarreFour tu ( kedai runcit aku laaa ni!). Tiba-tiba je terlintas lam kpala aku ni, 'em..baik aku beli sendiri body analyzer tu, bleh la aku monitor sendiri perkembangan aku ni.' Apalagi, maka terlompat la duit dari dalam purse aku tu (RM89.90) ke dalam mesin duit cashier tu.


Tapi takpe, aku rasa berbaloi, sebab aku bleh monitor diri sendiri, kalu ada ape yang terlebih dari target aku tu, aku bleh set balik supaya target tak lari jauh.


Sebenarnya, apa yang penting sangat benda ni? Haaa, dengan benda ni, aku bleh monitor:


  1. Berat badan

-berat badan kita selalu dah dok timbang, ambik rekod, sejak kita baru lahir lagi. berat badan ideal setiap orang tak sama, sebab nak ukur berat badan ideal ni perlu berdasarkan tinggi, saiz kerangka badan,jantina dan umur gak.


2. Peratus lemak dalam badan


- yang ni sangat penting. ada orang badan kecik dan ringan, tapi peratus lemak dia tinggi, begitu jugak sebaliknya. tapi kalau badan orang tu memang gemuk+bulat+comel, for sure la peratus lemak badan dia tinggi. so, yang ni, penting sangat untuk kita monitor (pantau).


3. Peratus air dalam badan


- ini pun penting jugak. kalau peratus air dalam badan kurang, toksik dalam badan akan berkumpul dengan banyaknya. apabila toksik banyak dalam badan, maka satu kampung la penyakit lain bakal datang menumpang. bagi sape2 yang dalam proses nak kuruskan badan tu, kalau toksin banyak dalam badan, alamatnya tersangat lah susahnyer lemak2 tu nak 'say goodbye' kat kita. so, peratus air lam badan perlu tinggi supaya toksin2 tu mudah dinyahkan. kebanyakan orang beranggapan kalau minum banyak air, perut akan kembung,buncit dan jadi water retention dalam badan. tapi, sebenarnya kalau badan kita sihat dan masih blum ada penyakit kronik, istilah 'water retention' tu takkan sama skali berlaku. contohnya aku skang ni, dah boleh minum air 6 liter 1 hari (kalau normal 2.5 liter je). takder pun jadi perut kembung ke, sembab ke. biasa je,cuma kerap buang air kecil la. sebenarnya, melalui buang air kecil ni la, bahan buangan yang tak dikehendaki dan bahaya di dalam badan kita ni dibuang.


4. Peratus otot dalam badan


- pembakaran lemak dalam badan sangat efisien kalau peratus otot kita tinggi. untuk meningkatkan peratus otot dalam badan, for sure lar kita perlu lakukan aktiviti fizikal. lagi aktif, lagi bagus sebenarnya. tapi aku ni, skang ni dah tak sempat dah nak p jogging ke ape ke. sibuk ngan tusyen je. tak pe lar,anggap je la aku dok berjalan keliling sekolah, naik-turun tangga sekolah berbelas kali dalam satu hari tu sebagai satu senaman gak (penyedap ati ni..tapi betul gak,kan?)


sebenarnya kalau penimbang yang lagi canggih dan harganya pun tahap boleh buat kenduri sekor kambing, lagi banyak fungsi dia yang canggih-manggih! contohnya, bleh 'check':



  • macam yang aku mention kat atas tu

  • peratus/kepadatan/berat tulang

  • peratus lemak di celah2 organ dlm badan (jantung,hati,paru2,usus,sistem pembiakan)

  • umur bagi tahap metabolik

  • kadar kecergasan badan

  • BMI

  • jumlah kalori yang diperlukan badan

  • macam-macam lagi la weh!


mak oiii! panjang lebar penerangan aku ni nih. macam poyo je, kan? bukan aper, sajer je aku nak share sedikit-sebanyak ape yang aku tahu. aku pun suker gak baca blog orang yang ada banyak bagi info baru.



oh ye, selepas aku timbang tadi, sebenarnya berat aku dah jadi 76kg. jadi keseluruhan dalam masa 2 minggu ni, aku dah turun 4 kg la. hihihihi! best2!


peratus lemak aku dah turun lagi 12%, peratus air naik lagi 10%, dan peratus otot naik lagi 9.8%. best!best!best!best! ( hahahaha poyo!poyo!poyo!)

Sunday, August 2, 2009

Tak Turun Lagik???


Ayyyoooo! Ammaaa!!!! Berat aku blum turun lagik ker???


Petang tadi aku pegi timbang berat badan aku yang montel ni kat penimbang digital kat CarreFour tu. Ingatkan dah turun ke lagik skilo ke haper. Skali tengok result, tetap 77kg macam ari Isnin minggu lepas. tak ble jadik nih, ari Rabu esok lusa dah nak kena p jumpa coach aku, Kak Fauziah. Malu la kat dia, berat tak turun-turun lagik, dah dekat seminggu dah.


Makan macam aritu gak la, cuma skang ni aku nakal skit, malam-malam aku pi tambah makan oat plak. Aku lapar la, Nyah! tapi kan, tadi aku pakai baju lama aku yang dulunya 'super ketat', tapi tadi elok lar pulak,dah longgar dan selesa dah. Ummm...tapi aritu Kak Fauziah penah cakap, kadang-kadang berat lambat turun, tapi ukuran inci bleh turun. Mungkin kes aku macam tu, kot kali ni.


Takpe la, ari Rabu ni, aku pi check kat dia la. Kalu aku check kat dia, semua complete, siap amik ukuran badan, % lemak dlm badan, % air, % otot, dll.


Apepun, aku nak start posa la esok. Bagi cepat turun sikit. Lagipun aku takut frust pasni. Yearghhh!! Usaha Tangga Kejayaan! heh!heh! poyo jek aku nih!

Aku dan Che Yah lagi...

Arini aku keluar dengan Che Yah lagi. Ape lagi ke Times Square la kitorang. Port wajib pergi kalu ada masa free. Biasa la, kitorang kalu ke situ, tujuan utama mesti tengok wayang, Johnny's, borak-borak,BORDERS,cari CD pirate( tapi hi-quality, woo),etc.

Aku ngan Che Yah ni, kalau borak, orang lain takbleh tumpang. Kalau tak, confirm orang tu terpinga-pinga tak paham. Kitorang ni, kalau borak,macam2 isu keluar, siap ada fantasi & imaginasi skit,siap ada sound effect skali. Pendek kata, mesti orang tak paham punyer la.

Hate@Jealousy


'Hate is one of
the most genuine forms of
ADMIRATION!'
p/s:
Aku terjumpa ayat ni dalam sebuah buku.
Memang betul, sebenarnya jika seseorang tu iri hati/dengki/'jeles'/ takbleh tengok kita lebih dari dia,maksudnya, atau apa yang ada dalam ati dia ialah, 'kita ada sesuatu yang lebih bagus dari dia' , dan dia sebenarnya nak jadi macam kita. Jadi, bergembiralah dan berbanggalah sebab ada orang yang teringin nak jadi macam kita. huhuhu!!!

Saturday, August 1, 2009

cHeeRish MomEnT











Saje je aku post gambar-gambar ni kat sini. Ni amik waktu trip ke PD bulan lepas ngan cikgu-cikgu skolah aku. Best sangat. Kitorang menginap di Tiara Beach dan macam-macam la akitiviti kitorang kat sana.

Aku Sekarang

my recent picture: alahai..tembam nyer la aku sorang ni...
Aku sekarang? ( topik aper nih?)


  • saje je aku buat blog ni,nak isi masa lapang. Sambil-sambil tu, aku nak 'monitor' diri aku sendiri, sebab aku tengah jalani program 'Herbalife Weight Lost Challenge'.

  • so, aku takyah la tulis-tulis dairi secara manual. aku just update jer perkembangan kat sini. as time goes by, satu ari nanti aku bleh tengok balik progress yang dah aku lalui.

  • lagipun kat sini aku bleh letak gambar skali. boleh 'check' balik, ader perubahan ke tak ada langsung.



Diari 'Weight Lost Challenge"-Hari ke-15










Breakfast:

  • 500ml H2O
  • 500ml TeaMix
  • 500ml Chocolate Shake

Miscelanous :

  • 2 litre H2O
Lunch:
  • Vege Tomyam

Tea Time:

  • 1 cup of oat + chocolate powder
  • 1 litre H2O
Dinner:
  • 500ml chocolate shake
Miscelanous (nite):
  • 1.5 litre H20








Sabtu Yang Relaks


Hari ni aku lepak-lepak kat rumah je ngan housemate. Rilex sangat hari ni rasanya. Ataupun saje aku jer yang me'rileks'kan diri. huhu!



Mulanya rancang ngan Yantie nak ke Chow Kit, dia nak cari pokok plastik, nak hias Bilik KH kat skolah tu. Tapi cancel pulak, sebab takder orang nak jaga anak dia.


Aper nak buat ari ni yer?


  1. Basuh baju

  2. Surf internet

  3. Update fotopages skolah ( dah lama tak update,sibuk sangat lately ni)

  4. Tengok movie (ada beli DVD baru, compilation semua Final Destination)

  5. Baca majalah (asik beli, tapi tak sempat nak baca,tengok gambar je slalunyer)

  6. Shopping barang2 kat Care4.

Kesimpulannya, memang best lar ari ni, sebab cuaca pun tak panas, dan aku freeeee!!!!!