Monday, August 3, 2009

Body Analyzer Scale


Hari ni dengan obsessnya aku telah membeli sebuah penimbang berat badan, atau dengan nama bahasa inggerisnya ialah,Body Analyzer Scale.


Sebenarnya aku tak rancang nak beli pun, tiba-tiba je on the way nak balik ke rumah kaki aku ni straight je berjalan ke arah CarreFour tu ( kedai runcit aku laaa ni!). Tiba-tiba je terlintas lam kpala aku ni, 'em..baik aku beli sendiri body analyzer tu, bleh la aku monitor sendiri perkembangan aku ni.' Apalagi, maka terlompat la duit dari dalam purse aku tu (RM89.90) ke dalam mesin duit cashier tu.


Tapi takpe, aku rasa berbaloi, sebab aku bleh monitor diri sendiri, kalu ada ape yang terlebih dari target aku tu, aku bleh set balik supaya target tak lari jauh.


Sebenarnya, apa yang penting sangat benda ni? Haaa, dengan benda ni, aku bleh monitor:


  1. Berat badan

-berat badan kita selalu dah dok timbang, ambik rekod, sejak kita baru lahir lagi. berat badan ideal setiap orang tak sama, sebab nak ukur berat badan ideal ni perlu berdasarkan tinggi, saiz kerangka badan,jantina dan umur gak.


2. Peratus lemak dalam badan


- yang ni sangat penting. ada orang badan kecik dan ringan, tapi peratus lemak dia tinggi, begitu jugak sebaliknya. tapi kalau badan orang tu memang gemuk+bulat+comel, for sure la peratus lemak badan dia tinggi. so, yang ni, penting sangat untuk kita monitor (pantau).


3. Peratus air dalam badan


- ini pun penting jugak. kalau peratus air dalam badan kurang, toksik dalam badan akan berkumpul dengan banyaknya. apabila toksik banyak dalam badan, maka satu kampung la penyakit lain bakal datang menumpang. bagi sape2 yang dalam proses nak kuruskan badan tu, kalau toksin banyak dalam badan, alamatnya tersangat lah susahnyer lemak2 tu nak 'say goodbye' kat kita. so, peratus air lam badan perlu tinggi supaya toksin2 tu mudah dinyahkan. kebanyakan orang beranggapan kalau minum banyak air, perut akan kembung,buncit dan jadi water retention dalam badan. tapi, sebenarnya kalau badan kita sihat dan masih blum ada penyakit kronik, istilah 'water retention' tu takkan sama skali berlaku. contohnya aku skang ni, dah boleh minum air 6 liter 1 hari (kalau normal 2.5 liter je). takder pun jadi perut kembung ke, sembab ke. biasa je,cuma kerap buang air kecil la. sebenarnya, melalui buang air kecil ni la, bahan buangan yang tak dikehendaki dan bahaya di dalam badan kita ni dibuang.


4. Peratus otot dalam badan


- pembakaran lemak dalam badan sangat efisien kalau peratus otot kita tinggi. untuk meningkatkan peratus otot dalam badan, for sure lar kita perlu lakukan aktiviti fizikal. lagi aktif, lagi bagus sebenarnya. tapi aku ni, skang ni dah tak sempat dah nak p jogging ke ape ke. sibuk ngan tusyen je. tak pe lar,anggap je la aku dok berjalan keliling sekolah, naik-turun tangga sekolah berbelas kali dalam satu hari tu sebagai satu senaman gak (penyedap ati ni..tapi betul gak,kan?)


sebenarnya kalau penimbang yang lagi canggih dan harganya pun tahap boleh buat kenduri sekor kambing, lagi banyak fungsi dia yang canggih-manggih! contohnya, bleh 'check':



  • macam yang aku mention kat atas tu

  • peratus/kepadatan/berat tulang

  • peratus lemak di celah2 organ dlm badan (jantung,hati,paru2,usus,sistem pembiakan)

  • umur bagi tahap metabolik

  • kadar kecergasan badan

  • BMI

  • jumlah kalori yang diperlukan badan

  • macam-macam lagi la weh!


mak oiii! panjang lebar penerangan aku ni nih. macam poyo je, kan? bukan aper, sajer je aku nak share sedikit-sebanyak ape yang aku tahu. aku pun suker gak baca blog orang yang ada banyak bagi info baru.



oh ye, selepas aku timbang tadi, sebenarnya berat aku dah jadi 76kg. jadi keseluruhan dalam masa 2 minggu ni, aku dah turun 4 kg la. hihihihi! best2!


peratus lemak aku dah turun lagi 12%, peratus air naik lagi 10%, dan peratus otot naik lagi 9.8%. best!best!best!best! ( hahahaha poyo!poyo!poyo!)

No comments:

Post a Comment