Sepanjang minggu pertama puasa ni sampai 31 Ogos ni, aku tengah bercuti kat kampung. Puasa macam orang lain gak, waktu berbuka, aku berbuka gak ngan nasik dan makanan lain. Waktu sahur aku amik shake dan air 1.5 liter je. Akan tetapi, yang menjadi kebimbangan aku ni, waktu berbuka aku dah berjaya menambah bilangan 'sendukkan' nasik ke dalam pinggan aku. Waduh! Aksi2 itu tersangat lah spontannya tanpa aku sedari. Sesungguhnya akak nyesal banget! Udah ler kat kg takder penimbang. Maunya selepas seminggu ni, berat aku mendadak naik,jenuh aku nak mendietkan diri balik. Isyk! Isyk! Menyesal! Menyesal! (tapi esok buat balikkkk.....)
Tapi kan, aku try baju lama yang beli dulu2 tapi tak bleh pakai sebab tak muat ( ini kes beli terus, balik rumah try, takbleh masuk, frust menonggeng), rupanya baju tu dah muat!!!!!! Siap longgar2 lagi dan diluluskan untuk pakai pi jalan2. Kalau dulu, waktu baru beli, ketat giler,nak pakai pun tak sampai hati. Kalau pakai pun tahap sarung cempedak di luar pagar lah layaknya.
No comments:
Post a Comment