Tuesday, September 29, 2009

A Doctor Wanna Be A Teacher? - i'm proud of being A TEACHER

Seorang doktor nak jadik cikgu plak? Ya, ini la impian sorang kawan aku yang sudah beberapa tahun menjadi doktor di sebuah hospital di ibu negara. (cait!ayat macam wartawan plak aku!). Baru-baru ni dia balik ke kampung untuk beraya. Serius menanyakan yang bila borang KPLI nak keluar. Katanya dia stress sangat jadi doktor. Idup terkongkong, hari-hari kene tekan,penat, dan hidup macam takder 'life'. Ini kata dia la, bukan aku yang kata. Selama ni aku ingat jadik doktor ni, hati bahagia sejahtera la slalu. Rupanya ada jugak doktor yang hari-hari sakit kpala. Dulu dia best student sewaktu sekolah rendah sama dengan aku.

Dengar statement tu, bangga sangat aku jadik CIKGU ni. Ye, walaupun keje banyak, tapi takde la sampai rasa idup terkongkong. Masih boleh lagi la jalani kehidupan yang tenang. Stress tetap ada, keje ape pun. Tapi masih boleh dikawal lagi.

Emm..keje cikgu ni pun profesional,pe. Bagi yang lepasan KPLI, tangga gaji permulaan mengikut ranking ijazah aper yang di ambil kat U dulu. Kiranya gaji setiap orang tak sama. Contohnya, kalau kat U dulu amik Account, tangga gaji permulaan kiranya tangga gaji akauntan la. Kalau engineering, gaji mula, sama la ngan gaji mula engineer kat jabatan kerajaan gak. Kalau amik IT atau Sains Kepujian kira gaji sepadan dengan gaji Pegawai IT atau Pegawai Sains la. Kalau ada ijazah kedoktoran perubatan, hah, lagi lar tinggi. Cuma bezanya cikgu-cikgu ni keje kat skolah, melayan karenah dan mendidik anak bangsa, tapi pegawai kerajaan lain  keje kat pejabat la.

Bukan aku nak angkat diri ke apa, tapi kalau cikgu-cikgu ni selalu dipandang rendah, sesekali kena la highlight skit kelebihan kita ni. Orang selalu pandang rendah terhadap cikgu-cikgu ni. Terutama sekali cikgu yang mengajar di sekolah rendah. ( bagi yang mengajar di bandar ini perkara biasa, kalau mengajar di kawasan kampung, cikgu-cikgu masih dipandang mulia kot. tapi cikgu-cikgu kene pandai2 la bawak diri dan sentiasa cermin peribadi)


Hatta di prasekolah pun sekarang ni dah ramai cikgu-cikgu lepasan universiti yang mengajar kat sana, dan gaji dorang tetap sama dengan gaji pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Mungkin ada yang lebih tinggi. Yang mengajar di sekolah rendah, tak payah cakap la, memang dah ramai sangat. Kalau bukan yang KPLI pun, yang asalnya lulusan diploma pun sekarang ni dah ramai dah yang tengah sambung belajar kat U. Taraf cikgu-cikgu sedang dipertingkatkan. So, bila bertanyakan cikgu ni ngajar kat mana, bila cikgu ni jawab kat sekolah rendah, tak yah la nak juih-juih bibir dan pandah rendah dah. Hentikan la stigma memandang rendah pada cikgu-cikgu ni.
Zaman dah pun berubah...


Friday, September 25, 2009

Nostalgia Bayi & Kanak-Kanak Tahun 80-an

Tanda-tanda anda bayi dan kanak2 tahun 80-an:


Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs, Miro Attack samosop berpusing, Gaban wakasau2, Nam Tour Of Duty di taja oleh Perillys, Air Wolf dan Voltron.kalau hari kamis mesti lari kelas ngaji nak tengok Moero Attack dgn Gaban.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan? mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

Ingat tak, nurse kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah, ada gigi yang berlubang, kene laa tampal. Paling best time minum ubat cacing krawet..semua nak 2 kali. Tak silap aku kaler oren product by appeton.

Ni sure korang ingat...program minum susu kotak di skolah, nak galakkan budak2 time tuh minum susu. Sekotak 30 sen jek beb...siap ada gambar2 macam poster plak kat kotak susus tu.

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. Pukul tapak tangan...kan?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin air sirap 10 sen ja. Kalau boleh mkn guna pingan kaca dah kira hebat nasi 50 sen ja tu telor seblah+ayam+sayo.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan
masa dgn family. Ni for those yg dok KL laa

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china cap panda tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

internet? email? mendalah ape tu?

CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 ringgit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya,
Ding Dang, Tora datang lg model iklan mesti mat sentul, chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Coklat udang yg plastik dia mcm agar2 tu.

Tak dilupakan, 'Ti Kam'. Bile dah abih exam, main Monopoly la, main tikam daun jet pejuang la moto besar la kerata kebai la. Donkey la, Happy Family laa dlm class. Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. Boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. Tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal hari khamis memang bes mkn nasi lemak..

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. Main bola laa, rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn air paip pon layan time tu nak bes up aiskrim 10 sen yang tube aiskrim, ice pop, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die! makan sagon sumbat dlm mulut pas tu sembor..

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.buat bintang guna kertas pengaruh drama ninja jepon (sizuka). buat kapal terbang kertas..bila time hujan kalau cikgu x da mesti race sampan dlm longkang..

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1988/89. Skarang digelar 'remaja'.

Bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi... bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.diorg x kenal rabuan pit, romzi bakar, arwah mokhtar dahri..

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan ?

Hidup bayi 80-an!!!!!


 p/s: aku dapat artikel ni dari blog sape tah, tak ingat. Bila baca, aku pun tersenyum sorang-sorang....gheeee!

gambar: aku pun kanak2 zaman tahun 80-an. Ni waktu tadika, yang ikat rambut dua tengah pejam mata tu ler. Bukan main lagik yer, heee!

Thursday, September 24, 2009

Iklan Raya Petronas

Bagai tradisi, setiap tahun Petronas akan menerbitkan iklan-iklan sempena Hari Raya.
Semuanya best, kisah-kisah yang dipaparkan dekat dengan masyarakat dan mempunyai maksud tersurat dan tersirat.
Besar pahala bagi si tukang buat iklan ni, sebab, aku percaya kat luar sana, bukan sedikit orang yang tersentak dan insaf hanya dengan menonton iklan yang durasinya tak sampai 5 minit setiap tayangan.




~ iklan ni mengenai menantu yang kurang senang dengan kehadiran bapa mertuanya yang uzur. Si anak perempuan orang tua ni, melayan jer si suaminya yang selfish dan blagak tu. Last2, anak2 dorang sendiri yang masih kecik tu dah plan nak buat dorang macam tu biler dorang dah tua. Huhu! "Abahhh jangan luper pakai lampinnn,tauuuu!!!"
p/s: tersentuh betul aku tengok orang tua tu terketar2 angkat pinggan lauk dan waktu dia suap bubur sampai tumpah2 kat mulut. Huuuuu!! Sedihnya..Jangan lar aku jadik perangai macam anak dan menantu orang tua tu. Mintak dijauhkan lar dari dapat suami selfish n blagak macam tu.



~ iklan ni plak mengenai kesabaran seorang ayah melayan karenah si anak. "Burung aper ayah?" berkali-kali si anak ni menyoal si ayah. "Burung murai.Burung murai,nak,"berkali-kali jugak si ayah menjawab dan melayan karenah si anak dengan sabar. Akan tetapi bila si anak dewasa, si ayah dah tua, si anak cepat pulak hilang sabar sewaktu melayan si ayah.
p/s: pernah aku dengar, apabila ibu-bapa kita beransur tua, perangai mereka akan jadik macam budak2 balik. Bukan la jadi budak, tapi mungkin sebab mereka semakin lemah dan tak berdaya serta perlukan perhatian,sedikit-sebanyak tingkah-laku akan berubah sedikit. So, belajar2 bersabar la dengan ibu&ayah yang telah banyak berkorban untuk kita. Suatu hari, kita pun akan jadik macam tu.


Best je aku surf video ni kat youtube, terbaca plak komen sorang viewer kat bawah tu. Klakar nak terguling dah aku. Kah!kah! Kah! Potong mood sedih aku. Aku copy kat sini.

Anak: Aper tu ayah?
Ayah: Siput babi
Anak: Siput aper ayah?
Ayah: Siput babi, nak..
Anak: Siput aper, ayah?
Ayah: Siput babi, sayang...
Anak: Siput aper, ayah?
Ayah: Siput ler babi!

Aper la nasib budak tu, dapat ayah cenggini? Hahaha!

Tuesday, September 22, 2009

Fitnah Terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W

Tadi aku dapat email dari sorang murid aku yang Tahun 6 (bukan Islam). Bila baca tajuk tu, aku tak rasa apa-apa la. Bila scroll je artikel tu ke bawah mendidih betul darah aku. Rupanya-rupanya artikel itu secara terang-terangan menghina dan menfitnah Islam dan Nabi Muhammad S.A.W secara terang-terangan. Walaupun aku ni tak pandai sangat pun dalam selok-belok agama, tapi aku tau mesej yang disampaikan tu memang betul-betul fitnah Islam. Pada masa yang sama, aku rasa sedih sangat agama dan nabi kita kena fitnah macam tu. Antara kandungan artikel tu:

1. Nabi Muhammad S.A.W dituduh mempunyai keinginan seks yang luar biasa. Dalam
    pikiran Baginda kononnya penuh dengan keinginan seks je la.
2. Al-Quran membenarkan perlakuan seks dengan kanak-kanak. Contoh terdekat, Nabi
    Muhammad S.A.W sendiri mengahwini Aishah ketika Aishah berumur 6 tahun.
3. Nabi Muhammad dituduh sangat teringin melakukan seks dengan Aishah yang masih
    kanak-kanak, jadi sebab itulah Baginda kahwin dengan Aishah.
4. Baginda menunggu sehingga Aishah berumur 9 tahun untuk bersama, kerana  
    kononnya sebelum itu Aishah mengidap sejenis penyakit yang menyebabkan
    rambut2nya gugur .

Sebenarnya banyak lagi fitnah terhadap Islam kat luar sana.

Selepas baca artikel tu, geram, sedih, marah semua ada. Rasa macam nak pi buh penampar  kat anak murid aku tu pun ada. Suka ati dia je main forward ke sana-sini. Bila aku tengok kat mail adress yang banyak2 kat atas tu, patut la. Mail tu datang dari yang bukan Islam. Mesti dah terpahat lam kepala dorang benda negatif pasal Islam. Berat tugas kita ni. Andaikata soalan macam tu diajukan pada kita secara 'live', apa kita nak jawab? Jangan terketar2 bibir, terkelu2 lidah plak. Kena pulak ditanya dalam Bahasa Inggeris, lagi naya kan? So, pikir-pikir sendiri la kepentingan berbahasa ni. Ada sesetengah puak ni, asik nak anti je ngan Bahasa Inggeris 24 jam. Kita kena ingat, isu Islam ni global. Takkan nak dengar dan tengok je orang dok hina agama kita. Kita dok nganga tak paham ape. Nak balas balik tak reti.

So, korang baca sendiri la mail tu, aku paste kat bawah ni. (tapi aku isau gak, kalau ada orang Islam luar negara terjumpa artikel lam blog aku ni, dia tak paham komen aku yang bahasa melayu ni, dia paham artikel tu je sebab dlm english,maunyer dia bom blog aku. tak pasal2 dia ingat aku plak penulis keparat tu)

Oh ye! aku sudah pun smash balik budak anak murid aku tu. Tapi aku terangkan dengan cara hikmah la. Mana buleh marah kat dia. Aku rasa, dia pun tak tau ape kebende maksud artikel tu. Dia main forward je sebab ada banyak gambar2.




A message to the writer of this article:  GO TO HELL!!!

Mass Muslim Marriage In Gaza

INI MENGENAI PERKAHWINAN SECARA BESAR-BESARAN LELAKI DEWASA DENGAN KANAK-KANAK DI GAZA, YANG KONONNYA DI TAJA OLEH HAMAS. TAK TAU LER BETUL KE TIDAK. NTAH-NTAH BUDAK-BUDAK NI FLOWER GIRLS JE. BIASE LA, DALAM INTERNET NI, SENANG SANGAT NAK BUAT FITNAH MACAM NI.
Muhammed married a six year old bride. But Islam has evolved in 1500 years. In Hamas land, in 2009, the brides are almost seven.
A gala event has occurred in Gaza .

Hamas sponsored a mass wedding for four hundred and fifty couples. Most of the grooms were in their mid to late twenties; most of brides were under ten.

Muslim dignitaries including Mahmud Zahar, a leader of Hamas, were on hand to congratulate the couples who took part in the carefully staged celebration.

"  We are saying to the world and to America that you cannot deny us joy and happiness," Zahar told the grooms, all of whom were dressed in identical black suits and hailed from the nearby Jabalia refugee camp.

Each groom received a gift of 500 dollars from Hamas.

The pre-pubescent girls, dressed in white gowns and adorned with garish make-up, received bridal bouquets.


גWe are presenting this wedding as a gift to our people who stood firm in the face of the siege and the war,local Hamas strongman Ibrahim Salaf said in a speech.

The wedding photos tell the rest of the sordid tale.

TETIBE JER DIAORANG KAITKAN BERITA KAT ATAS TU DENGAN ISLAM DAN NABI MUHAMMAD S.A.W. NAMPAK SANGAT LA NIAT NAK FITNAH DAN BURUKKAN ISLAM NI.

 
The International Center for Research on Women now estimates that there are 51 million child brides now living on planet earth and almost all in Muslim countries.

Twenty-nine percent of these child brides are regularly beaten and molested by their husbands in Egypt ; twenty six percent receive similar abuse in Jordan .

Every year, three million Muslim girls are subjected to genital mutilation, according to UNICEF. This practice has not been outlawed in many parts of America.

The Islamic practice of pedophilia dates back to the prophet Muhammad, who amassed eleven wives and many concubines after the death of his first wife Khadijah in 619 A .D.

After Muhammad's elderly wife, Khadijah, died in 619 A .D., he amassed eleven wives. He arranged the visits to the tents of his women around their menstrual cycles. His capacity for sexual congress seemed to be boundless. Sahih Bukhari, one of the most revered Islamic texts, recounts: גThe Prophet used to visit his wives in a round, during the day and night, and they were eleven in number. I asked Anas, גHad the Prophet the strength for it? Anas replied, גWe used to say that the Prophet had the [sexual] stamina of thirty [men].ג€™ג€[

For in-between treats, the Prophet kept a stable of concubines, including Reihana, his Jewish captive. His wives and mistresses were compelled by Islamic law to satisfy his sexual needs at any time of the day or night, and the Prophet reserved the right to enjoy them ג€œfrom the top of their heads to the bottom of their feet.ג€[2]

This might not appear shocking to students of the Kinsley Report, except for the case of Aisha, Muhammadג€™s favorite wife. Aisha was the daughter of Abu Bakr, the Prophetג€™s closest friend and most faithful follower. As soon as Muhammad laid eyes on Aisha, he became to fantasize of having sex with her. There was a problem with this fantasy. Aisha, at that time, was a small child of four or five, while Muhammad was a middle-aged man of fifty.[3]

Still and all, the Prophet wasted no time in making his fantasy a reality. When Aisha turned six, Muhammad asked Abu Bakr for his daughterג€™s hand in marriage. Abu Bakr thought that such a union would be improper ג€“ - not because Aisha was a mere child but rather because he considered himself Muhammadג€™s brother. The Prophet quickly brushed aside this objection by saying that the union was perfectly right in the eyes of Allah. Abu Bakr consented. And Muhammad took the little girl as his new bride.

When they were married, Muhammad, in his mercy, permitted Aisha to take her toys, including her dolls, to their new tent.[4] The marriage was consummated when Aisha was nine, and the Prophet fifty-three.[5] The three year waiting period was not caused by Muhammadג€™s concern of sexually molesting a child but rather by the fact that Aisha contracted some disease which caused her to lose her hair.[6]

Pedophilia was not only practiced by Muhammad but also sanctioned by the Quran.. In its discussion of the waiting period required to determine if a wife is pregnant before divorce, the sacred text says, ג€œIf you are in doubt concerning those of your wives who have ceased menstruating, know that their waiting period shall be three months. The same shall apply to those who have not yet menstruatedג€(65:4). Those who think that modern Muslims have abandoned this teaching should study the pictures and videos that accompany this article and recall the words of Ayatollah Khomeini, the most famous Islamic cleric of the 20thCentury:

A man can have sexual pleasure from a child as young as a baby. However, he should not penetrate; sodomizing the child is OK. If a man penetrates and damages the child, then he should be responsible for her subsistence all her life. This girl, however, does not count as one of his four permanent wives. The man will not be eligible to marry the girlג€™s sister. . . It is better for a girl to marry in such a time when she would begin menstruation at her husbandג€™s house rather than her fatherג€™s house. Any father marrying his daughter so young will have a permanent place in heaven.[7]


Sunday, September 20, 2009

MeSEj rAyA


12 jam yang lepas...

Aku: Macam tak percaya jer esok nak rayer. Isyk! Satu mesej raya pun tak dapat lagi nih. Slalunya kalu nak mula bulan puasa ke, hari kebangsaan ke, ade2 je mesej yang masuk. Aku nak hantar kat orang pun, takder mesej yang best. Kalau tak, bleh forward jer.

12 minit yang lepas...
                                                                                   tut2! tit2! tut! tit2! x 30 kali

Aku: Ayoyo! Banyaknyer mesej raya masuk. Kawan2 lama yang lost contact pun ramai
        yang mesej. Korang pun tak tido lagik ruper nye yer?!

p/s: Agaknya kawan-kawan aku pun tadi macam aku gak kot. Belum dapat lagik mesej
      raya yang best untuk di'forward'. Bila dah ada yang hantar, so, masing2 pun mula
      rancak la hantar ucapan kepada sesiapa yang terlintas di hati. Ramai yang dah lama
      tak dengar brita, tiba2 timbul nama sebagai penghantar mesej.
      Alhamdulillah, Frienship Never End.
      I LUV MY FRENS, WHEREVER U ARE!

Raya Datang Lagi..

Selamat Hari Raya Aidil Fitri
dan selamat tinggal bulan Ramadhan yang mulia.

Semalam aku sampai kampung dah tengahari dah pun. Sepatutnya paling lewat pun, jam 7 pagi dah boleh sampai dah. Driver bas tu asik berenti je, skali berenti sampai 2 jam. Ape dia buat tah, tido kot. Tension je kitorang penumpang2 ni. Alhamdulillah, sampai jugak ke Perlis dengan selamat.

Sampai rumah, mak aku dah siap masak dah juadah untuk raya esok hari. Katanya dia kesian kat aku, nanti tak sempat nak bernafas plak. Huhu!

Cuma petang penat skit la, sediakan juadah untuk berbuka. Kebetulan family abang aku pun balik. Melayan anak2 sedara yang 3 orang tu.

Sebelah malam tak der la sibuk sangat. Kebetulan rumah pun dah kemas-kemas dah. Melayan anak-anak sedara aku ni la, upacara membakar duit (main bunga api laa, huhu!).

Abang aku tengah sibuk melayan anak2 dia, isi minyak tanah dalam pelita.

Aiman ketua main mercun. Anis & Aliff tengok je laaa...

Thursday, September 17, 2009

Instinct / Telepathy or what? - dunno!

I'm feeling about 'it' rite now.
But not sure whether it is true or not....hmm..

Monday, September 14, 2009

Aktiviti Masa Lapang

Ni lar aktiviti maser lapang kitorang. Huhu! Sajer jek dok poyo kan diri.
nota: gambar ini diambil dan di edit oleh Natenzee@counting to 30.
Ala-ala photo booth gitu!

Wednesday, September 9, 2009

ADAKAH BADAN ANDA BERPENYAKIT?

1. MATA. Bertindak balas dengan keadaan hati .
  • Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
  • Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
  • Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
  • Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
  • Ketegangan mata dan kelopak: Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

HIDUNG. Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.


1. Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

2. Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


4. Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian
   kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau
   terdedah kepada udara yang tercemar.


KERONGKONG

  • Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
  • Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.
BIBIR. Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

1. Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.


2. Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.



MULUT DAN LIDAH: Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem Pengedaran darah .


  • Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
  • Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
  • Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.
TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.


  • Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
  • Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanyatapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.
KULIT

1. Peluh
- Peluh masin: Badan mengandungi lebihan asid urik.
- Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


2. Ruam & Bisul: Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut
   dalam air.

3. Kulit Gatal Dengan Ruam: Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu
    banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


4. Kulit Pecah & Berair: Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.


5. Rambut Gugur: Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses
    gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI


1. Sendi Sakit
i) Rasa panas: Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda
   penyakit pirai (gout).


ii) Tidak rasa panas: Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .


iii) Sakit di bahagian bahu: Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi
    metabolisme tidak seimbang.

iv) Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.


v) Kebas Tangan Kiri & Lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jikarasa kebas
    menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit
    jantung mungkin berlaku.


vi)   Kebas Kaki: Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.


vii)  Sakit Tapak Kaki: Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh
       kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.


viii)  Sakit Tumit Kaki: Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.


ix)  Rasa Panas di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah
      tenaga batin.


x)  Gatal di Celah-Celah Kaki: Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong
     Kong Foot).






TANDA-TANDA DALAMAN






Kepala. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

  • Pening/Sakit di Bahagaian Depan Kepala: Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
  • Pening/Sakit di Bahagaian Belakang Kepala:
- Bahagian atas: Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
- Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

  • Sakit Kepala & Rasa Gas Keluar Dari Telinga: Menandakan penyakit migrain.
  • Bisuk di Kepala: Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
  • Rasa Pening yang Memusing: Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.


MULUT/KERONGKONG


  • Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
  • Muntah Darah:
     - Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong.
     - Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut;misalnya
       penyakit ulser.


  • Lidah Rasa Tegang & Pendek: Tanda sakit jantung.
  • Keluar Air Liur Pekat: Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.
KENCING
  • Kencing Kerap: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran.
  • Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
  • Air Kencing Berminyak: Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
  • Air Kencing Pekat Bewarna Coklat: Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
  • Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.
BUANG AIR BESAR
  • Cirit-Birit/ Kerap Buang Air Besar: Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
  • Sembelit: Membersihkan toksin dari usus kecil. Badan kekurangan air dan serat.
  • Najis Berdarah:
     - Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
     - Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
  • Najis Bewarna Hitam: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus.

TINDAK BALAS BADAN
  • Badan Rasa Sakit: Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
    1. Sakit menyucuk: Proses menyeimbangkan urat saraf.
        2. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
      
        3. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan
           organ- organ badan.

        4. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

        5. Badan Terasa Berat/Malas/ Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan.

        6. Badan Terasa Panas: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan
           badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

        7. Badan Terasa Ringan: Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang
           berlaku.


TINDAK BALAS EMOSI
  • Rasa Takut Mengejut : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.
  • Cepat Naik Darah/Marah: Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.
  • Rasa Bimbang & Takut: Sistem paru-paru yang lemah.
  • Rasa Seronok atau Bimbang Tanpa Sebab:
      - Sistem jantung yang lemah.
      - Sistem saraf otak yang lemah.
      - Masalah pengaliran darah.
  • Suka Berfikir & Berkhayal: Sistem penghadaman yang lemah.

Tuesday, September 8, 2009

Aura dan Warnanya

Pernah tak, bila berkomunikasi atau dengan hanya memandang seseorang (bukan kes cuci mata tau nak ngorat, ye) , korang rasa sangat selesa, sejuk mata memandang,rasa hormat, kesian,atau rasa panas tanpa sebab? Tiada kaitan dengan rupa paras seseorang itu. Semua ini sebenarnya ada kaitan dengan aura seseorang itu. Aura ni, bagi mata kasar kita ni, memang la susah nak tengok warna sebenar-benarnya bagi setiap orang. Tapi kesannya dapat dirasa. Ini semua disebabkan oleh gelombang elektromagnet yang ada di dalam badan atau di sekeliling kita yang mengeluarkan tenaga. Apabila kita berperasaan atau berpersonaliti tertentu, secara automatik akan mempengaruhi kimia di dalam badan kita seterusnya memberi kesan kepada warna bagi tenaga yang dialirkan di dalam gelombang elektromagnet sekeliling seseorang tu.

Kat sini aku paste artikel mengenai warna-warna aura dan maksudnya.



Warna Merah adalah warna emosi dan menyediakan sumber energi.


Warna Oren adalah satu warna yang melambangkan hangat, kreatif dan emosi.

Warna Kuning adalah satu daripada warna aura yang mula-mula dan paling mudah untuk dilihat. Warna kuning pucat yang mengelilingi garis rambut menunjukkan optimis. Kuning adalah warna aktiviti mental. Ia mempengaruhi peluang pembelajaran yang baru, kepintaran, cerdik dan intelek. Warna kuning adalah warna yang mempengaruhi kekuatan idea dan kebangkitan kebolehan fizik.Semakin dalam dan gelap warna kuning itu akan mempengaruhi sifat yang agak kritikal dan bersifat dogma.

Warna Hijau adalah satu warna yang melambangkan sensitif dan cita-cita yang tinggi. Ia mempengaruhi tumbesaran, simpati dan ketenangan. Ia berkaitan dengan individu yang boleh dipercayai, berdikari dan minda yang terbuka. Warna hijau muda menunjukkan kebolehan penyembuhan. Ia adalah warna kekuatan dan persahabatan.Makin gelap warna hijau mempengaruhi kepada kegopohan, cemburu dan ketidakpercayaan.

Warna Biru adalah warna yang mudah untuk dilihat dalam banyak-banyak warna aura. Ia melambangkan kepercayaan atau keyakinan .

Warna Ungu Violet adalah warna yang mewakili kehangatan. Ia adalah warna yang mempemgaruhi hati dan minda , iaitu gabungan fizikal dan spiritual.Ia mempengaruhi semangat berdikari dan intuisi. Warna keungu-unguan yang semakin tebal menunjukkan kebolehan untuk menghadapi hubungan dengan secara praktikal. Warna yang pucat mempengaruhi kemanusiaan dan hubungan kerohanian. Warna ungu-kemerah-merahan menunjukkan keinginan dan cita-cita yang tinggi.Semakin keruh warna ungu tersebut maka ia menunjukkan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Ia juga menunjukkan imaginasi erotik yang tebal. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menarik simpati dan juga seorang yang tidak dapat memahami orang lain.

Merah jambu adalah warna kasih-sayang dan warna kesucian. Ia mempengaruhi keceriaan dan semangat setiakawan. Bila melihat dalam aura, ia menunjukkan kesunyiaan, kasih-sayang dan kecantikan. Warna merah jambu menunjukkan seseorang itu tidak matang,terutama warna merah jambu yang agak keruh. Ia juga menunjukkan seorang yang amat amanah, juga seorang yang mempunyai rasa kasih-sayang dan juga seorang yang berwawasan.

Warna Emas adalah warna yang menunjukkan tenaga rohani yang cukup dinamik dan seorang yang mempunyai satu kekuatan. Warna emas yang keruh menunjukkan seseorang itu dalam proses membangkitkan inspirasi yang tinggi . Ia juga mempengaruhi proses kimia yang masih lagi aktif, bermakna individu tersebut masih cuba berusaha untuk menukar hidupnya kepada kehidupan yang lebih sempurna.

Warna Kelabu adalah warna kemasukan. Ia menunjukkan pergerakan ke arah membongkar kebolehan yang terpendam. Warna kelabu yang hampir kepada warna perak menunjukkan kebangkitan tenaga kewanitaan. Ia juga tenaga dan kebolehan untuk iluminasi, intuisi dan daya imaginasi yang kreatif.Warna kelabu yang agak keruh menunjukkan ketidakseimbangan fizikal, istimewa kepada aura yang berdekatan pada bahagian badan. Ia juga menunjukkan keinginan untuk meninggalkan tiada satu kerja yang diberikan yang tidak akan diselesaikan. Seorang yang mempunyai aura yang berwarna kelabu adalah seorang yang suka berahsia dan seorang yang suka bersendirian.

Warna Perang selalunya muncul dalam medan aura. Walaupun kebanyakan orang mengatakan perang sebagai hasil daripada ketidak seimbangan atau kurangnya tenaga, ini adalah tidak benar. Perang adalah warna bumi. Bila ia muncul pada kawasan atas kepala, ia akan mempengaruhi pembesaran yang baru.Aura perang yang melintasi muka atau kepala menunjukkan keinginan untuk diskriminasi. Jika ia muncul di sekitar kawasan cakra, ia menunjukkan bahawa bahagian tesebut perlu dibersihkan. Warna perang susah untuk ditafsirkan, kerana ia senang mempegaruhi kawasan masaalah dalam fizikal.

Warna Hitam adalah satu warna yang amat mengelirukan dalam spektrum aura. Ada sesetengah pihak mengatakan bahawa jika aura hitam hadir dalam diri seseorang, ia menunjukkan kematian atau jangkitan penyakit yang berat. Namun ada pendapat mengatakan ianya adalah warna pelindungan. Ia adalah satu warna yang melindungi individu tertentu daripada tenaga luar. Bila melihat aura ini, menunjukkan individu tersebut melindungi dirinya sendiri. Ia juga menunjukkan yang individu tersebut seorang yang ada sesuatu rahsia.

Warna Perak berkilauan Ia selalunya amat berkelip-kelip dan berwarna perak. Ia menunjukkan seorang yang terlalu kreatif . Jika hadirnya aura berwarna sebegini, ia sebagai penunjuk yang menandakan individu tersebut , individu tersebut seorang yang terlalu kreatif .

Monday, September 7, 2009

Selamat Menduduki UPSR 2009

Selamat Menduduki UPSR dan Selamat Berjaya kepada semua murid Tahun 6 SK Convent Jalan Peel,KL dan kepada semua murid Tahun 6 yang akan menduduki UPSR yang akan bermula esok.
Semoga penat lelah dan segala usaha kalian semua terbayar dengan sebuah kejayaan.

Kenapa Aku Nak Sangat Kurus? - Pengakuan Berani Mati!

Bukan niat aku nak hina diri sendiri atau tak bersyukur ngan ciptaan Allah atau nak hina sesaper yang overweight. Just nak share dan aku rasa orang overweight lain pun pernah lalui apa yang aku pernah rasa. 
  1. Aku tak pernah kurus. Kecik2 dulu pun ala2 chubby gitew!
  2. Nak tengok cemana rupa aku kalau kurus. Mak ngan ayah aku waktu dorang muda2 dulu pun kurus je. Abang aku pun kurus, aku jer yang terlebih saiz.
  3. Slalu trima layanan 'double standard' - rasanya bleh paham kot, cemana layanan double standard ni.
  4. Nak tingkatkan self esteem dan self confident - mungkin ambil masa walaupun dah kurus sebab benda ni dah lama sebati dalam diri.
  5. Nak elak dari penyakit - dah Tuhan bagi tubuh badan sihat dan sempurna, kene la jaga sebaiknya amanah Dia ni. Dulu pun sedar benda ni, tapi tak mampu nak laksanakan. Mungkin pengaruh psikologi atau budaya atau berada di zon selesa (kurus atau gemuk samer jer).
  6. Ada orang pernah cakap kat aku, kalau aku tak trima 'dia', maka aku akan jadi anak dara tua la. Kejam kan, orang tu? Maksud dia, tak de saper nak kat aku la, sebab aku GEMOK! Dia tu plak desperate, sebab tu nak try aku yang gemuk nih! ( jodoh sumer tu di tangan Tuhan. Ader je orang cun melecun tapi tak kawin sampai tua.)
  7. Ada orang pernah kata kat aku, kalau aku kawin pun, entah-entah susah dapat anak, takpun tak dapat langsung, kene amik anak angkat. Maksud dia,aku GEMUK, mungkin tak subur la tu. ( ntah la, orang kurus, badan lawa, comel-lote pun ada yang kawin bertahun2, tak dapat anak gak. Sumer tu rezeki Tuhan nak bagi. Kita tak bleh nak mendahului Tuhan. Kawan aku badan rendang kemain, anak dah 5. Umur masuk 40 pun dok mengandung lagik, Tuhan nak bagi rezeki kat dia.)
  8. Tak mau nampak tua dari usia. Pernah skali budak remaja pernah panggil aku makcik. Nasib baik bila dia pandang muker aku, tiba2 dia adjust tukar jadik kakak plak. Aku tak marah,klakar ler jugak. Kalu aku jadik dia pun, mungkin aku pun tersasul2 mcm tu jugak. Tapi lam ati, sedey ler gak, kan. Tipu la kalu tak rasa per. Tapi tu satu cabaran gak untuk aku. Motivasi diri.
  9. Sorang kenalan mak aku ni nama dia Nurse A, bila bercakap ngan mak aku, dia refer aku ni sebagai 'anak Kak R yang gemuk'. Sian mak aku, memang anak dier gemuk, tapi tak yah la refer macam tu. Anak mak aku bukan ramai pun, 2 orang jer. Takkan Nurse A tak bleh nak refer aku sebagai 'anak Kak Ramlah yang pompuan' ataupun 'anak Kak Ramlah yang bongsu' ke.
  10. Orang ingat aku ni orang muda yang berpenyakit. Sebenarnya aku ni sihat walafiat lagi weh! Pernah skali aku pergi klinik diabetis kat hospital nak beli Test Strip Diabetes untuk mak aku, terjumpa lagik si Nurse A ni. Dia tanya aku, beli untuk diri sendiri ka? Dah ada kencing manis,no? --Fuh!!!
  11. Aku gemuk, aku rasa aku tak senormal orang lain. So, aku nak jadik orang yang lebih normal. Mungkin orang lain tak rasa macam tu kat aku dan mungkin ini hanyalah perasaan aku, tapi aku kena penuhkan keperluan perasaan aku yang nak jadik orang normal ni. Kalau tak, aku akan nyesal sampai tua.
  12. Impian aku dari kecik, kalau ada jodoh aku, aku kawin, aku nak jadik pengantin kurus, tak mau jadik pengantin gempal ( sori, bukan aku hina pengantin gempal kat luar sana, korang tetap cun walaupun gempal. cuma aku ni je, kalau aku jadik pengantin gempal, aku nampak huduh!)
  13. Orang slalu buat jokes yang berkaitan dengan saiz badan aku ni. Contohnyer kalau terjun lam kolam, takyah pakai pelampung lar, kalau tengah cedok makanan, belum pun sempat makan, orang dah buat2 kagum la, konon selera betul makan la, badan sihat la, badan semangat la. Padahal kat orang lain, dorang tak buat lawak bodoh cenggitu pun. So, orang2 yang macam ni la yang buat orang gemuk macam aku ni rasa tak normal. Ada pernah skali, aku ngan kawan aku ni pergi aktiviti anjuran tempat keje, kitorang dikehendaki berkayak, kebetulan kawan aku ni pun berisi jugak. Sekali sorang fasilitator lelaki kat situ kata ' hah, ni dua ekor dugong nak naik kayak ni. Sure tenggelam ni.' memang sangat tidak profesional dan sangat kurang di ajar oleh parents dia akan cara nak berbudi- bahasa dengan orang. Nak berlawak tak salah, tapi kene pandai guna bende yang kat dalam tempurung kepala tu, ingat balik apa yang ibubapa kita ajar zaman kanak2 dulu tu, cemana cara nak bercakap dengan orang. 
  14. Senang nak beli baju. Mahal woo!baju2 bersaiz besar ni. Fesyen pun terhad. Baju ala2 makcik2 banyak lar.
Sebenarnya banyak lagi sebab2 yang aku nak sangat kurus ni, tapi off record je lar. Pedih woooo! apa yang orang2 gemuk ni pernah terima. Mungkin ader orang gemuk yang tak pernah pun rasa yang macam aku pernah rasa kat atas ni. Tahniah aku ucapkan kat korang! Tapi kebanyakan orang gemuk ni muka ceria ala2 takder perasaan jer. Sebenarnyer kitorang ni dah di train oleh otak kitorang ni sejak sekian lama agar tak express sangat kat muker. Tapi lekat lam ati woooo!!
Jom!
Semua orang gemuk /overweight/gempal/debab/tembun/rendang/dugong/etc. yang baca posting aku ni, join aku !

Banding Gambar - Part 1

Semalam aku telah attend program anjuran Herbalife di Berjaya Times Square. Selepas program tu, sempat la aku bergambar dengan coach aku, Kak Fauziah. Saje je nak tengok selepas beberapa bulan apa perubahan dalam gambar yang akan datang. Lagi pun sejak hari Rabu minggu lepas sampai semalam iaitu 4 hari, aku telah berjaya turunkan lagi dalam 1.1kg. So, dalam masa lebih kurang sebulan, aku dah berjaya turunkan 6kg lebih. Setakat ni perubahan badan tak nampak sangat,kalau nampak pun sikit je. Yang nampak pun, muka aku ni dah kempis skit la. Huhu!


So, ni 1st time aku nak banding gambar sekarang dengan gambar tahun lepas, waktu badan aku 80kg (menternak badan dan ikut perasaan je waktu ni). Lagipun tahun lepas aku tak brapa hepi, so aku layan perasaan dengan makan dan makan. Nasib baik tak sempat kene penyakit. Tapi, tahun ni aku hepi dan otak pun dah clear. Problem sikit-sikit tu, biasa la. Sape yang tak der problem kat dunia ni, memang pelik, ar!

Gambar tahun lepas: aku pakai baju hijau tu.....
Gambar terbaru      : aku pakai baju black&white tu.. Kak Fauziah sebelah aku tu la. sebenarnya dier ni kecik jer. tapi lam gambar nampak macam tembam ler plak. Samer la ngan aku, lam gambar je nampak gumuk, tapi kat luar slim jer. kahkahkahkahkah!

Sunday, September 6, 2009

Tujuh Perkara JANGAN Lakukan Selepas Makan

1. JANGAN MEROKOK
- menurut pakar, menghisap sebatang rokok selepas makan akan memberi peluang 
  mendapat kanser lebih tinggi 
2. JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN
- makan buah-buahan selepas hidangan akan menyebabkan perut menjadi kembung.
  Seeloknya makan buah 1/2 jam atau 1 jam sebelum menjamah hidangan
3. JANGAN MINUM TEH
- daun teh mengandungi bahan kimia yang menyebabkan protein di dalam makanan yang
  diambil sukar untuk dicernakan.
4. JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG
- melonggarkan tali pinggang selepas makan akan membuatkan usus anda memulas
5. JANGAN MANDI
- mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah di sekitar perut dan melemahkan
  sistem penghadaman
6. JANGAN BERJALAN
- ada sesetengah orang mengatakan selepas hidangan, perlu melangkah sebanyak 100
  kali dan akan hidup 99 tahun. sebenarnya, berjalan boleh menyebabkan sistem
  penghadaman tidak dapat menyerap zat2 pemakanan yang diambil.
7. JANGAN TIDUR
- makanan yang diambil tidak mampu mencerna dengan betul dan boleh mengakibatkan
  gastrik.

Wednesday, September 2, 2009

Weight Loss Challenge (WLC)-Week 5

Bagi WLC Week 4 aritu, aku skip sebab balik kampung sempena cuti skolah.

Tadi aku attend WLC Week 5. Rutin seperti biasa. Sebelum pi tu, aku dah timbang kat rumah, dan bacaan kat situ 74.6kg. Tapi aku tak mau hepi sangat, sebab nanti kat penimbang kat Pusat WLC mungkin bacaan dia lain skit. Kekadang, inilah kelemahan digital scale sebab, bacaan antara satu sama lain tak sama.

Nak tak nak, aku kena sabar la, kalau nak tau berat terkini aku yang sebenar. Hah! Sah! Berat aku tetap sama macam aku timbang kat rumah. 74.6kg! Hehehe! Hepi la jugak, walaupun yang turun hanya 400 gram je. Bukan ape, aku takut berat aku naik je daripada sebelum balik kampung dulu tu. Oh yer, peratus lemak aku turun lagik, dan bacaan lemak dalam organ pun dah mula turun.

Ye la, aritu aku kemain stress lagi sebab takut berat naik. Maner tak nyer, macam yang aku criter aritu la, waktu berbuka, aku bantai makan nasik dan makanan lain banyak tak hengat dunia! Dah la aritu aku pi rajin buat kuih raya awal, sebab pikir nanti balik cuti sebelum raya tu, dah tak sempat nak buat. Nak kemas rumah lagik. Samperit, tat gulung, biskut kelapa dan biskut cornflakes yang aku buat tu, hari2 waktu berbuka dan waktu sahur aku dok balun.Hehehehehe!

Takpe la, sementara bulan puasa dan sebelum balik raya ni, aku nak diet betul2. Tapi aku bukan diet maut, tapi diet secara sihat. Kalau diet maut, aku pun tak nak, silap-silap, lepas diet je, badan naik balik macam dipam-pam. Tak pun, terus kong! Hahaha! Nasik, lauk2 dan sayur2 tetap kene makan, tapi berpada-pada. Tips daripada coach aku, lebihkan minum air dan pengambilan protein.

Nampaknya sambutan terhadap WLC ni makin hangat, setiap minggu, ada je peserta2 baru yang join. So, jumlah wang terkumpul jugak dah semakin bertambah. Minggu ke 12 adalah minggu penentuan pemenang bagi Kategori Penurunan Berat Badan Yang Paling Banyak dan Kategori Pengurangan Inci Yang Paling Banyak. So, siapa yang menang akan mendapat sejumlah wang yuran yang dikumpul tersebut. Satu persaingan yang sihat, dan secara langsung menaikkan lagi motivasi diri peserta2 supaya lebih berusaha mendisiplinkan diri.

Go! Go! Fight! Fight! Fight!

Tuesday, September 1, 2009

Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat SKCJP












Pagi tadi, sekolah aku telah mengadakan Sambutan Hari Kebangsaan yang agak sederhana, berbanding tahun-tahun lepas.

Memandangkan Hari Kebangsaan kali ni jatuh pada bulan Ramadhan, dan ramai jugak guru yang tiada di sekolah kerana ada urusan di luar. Walaupun sederhana, tetapi agak meriah.



Antara aktiviti yang dijalankan ialah bacaan perutusan Hari Kebangsaan oleh Guru Besar dan Guru-Guru Penolong Kanan, deklamasi sajak, persembahan drama,pertunjukan fesyen pakaian tradisional dan nyanyian lagu patriotik.
So, layan je lar gambar2 kat bawah ni....



Farah Jazlin, Basrina Fatihah dan Shaspreet Kaur menunjukkan bakat mendeklamasikan sajak Kemerdekaan.




cikgu2 ni malu2 unta plak nak nyanyi. huhuhu!