Sunday, September 6, 2009

Tujuh Perkara JANGAN Lakukan Selepas Makan

1. JANGAN MEROKOK
- menurut pakar, menghisap sebatang rokok selepas makan akan memberi peluang 
  mendapat kanser lebih tinggi 
2. JANGAN MAKAN BUAH-BUAHAN
- makan buah-buahan selepas hidangan akan menyebabkan perut menjadi kembung.
  Seeloknya makan buah 1/2 jam atau 1 jam sebelum menjamah hidangan
3. JANGAN MINUM TEH
- daun teh mengandungi bahan kimia yang menyebabkan protein di dalam makanan yang
  diambil sukar untuk dicernakan.
4. JANGAN LONGGARKAN TALI PINGGANG
- melonggarkan tali pinggang selepas makan akan membuatkan usus anda memulas
5. JANGAN MANDI
- mandi akan menyebabkan peningkatan aliran darah di sekitar perut dan melemahkan
  sistem penghadaman
6. JANGAN BERJALAN
- ada sesetengah orang mengatakan selepas hidangan, perlu melangkah sebanyak 100
  kali dan akan hidup 99 tahun. sebenarnya, berjalan boleh menyebabkan sistem
  penghadaman tidak dapat menyerap zat2 pemakanan yang diambil.
7. JANGAN TIDUR
- makanan yang diambil tidak mampu mencerna dengan betul dan boleh mengakibatkan
  gastrik.

No comments:

Post a Comment