Monday, September 7, 2009

Kenapa Aku Nak Sangat Kurus? - Pengakuan Berani Mati!

Bukan niat aku nak hina diri sendiri atau tak bersyukur ngan ciptaan Allah atau nak hina sesaper yang overweight. Just nak share dan aku rasa orang overweight lain pun pernah lalui apa yang aku pernah rasa. 
  1. Aku tak pernah kurus. Kecik2 dulu pun ala2 chubby gitew!
  2. Nak tengok cemana rupa aku kalau kurus. Mak ngan ayah aku waktu dorang muda2 dulu pun kurus je. Abang aku pun kurus, aku jer yang terlebih saiz.
  3. Slalu trima layanan 'double standard' - rasanya bleh paham kot, cemana layanan double standard ni.
  4. Nak tingkatkan self esteem dan self confident - mungkin ambil masa walaupun dah kurus sebab benda ni dah lama sebati dalam diri.
  5. Nak elak dari penyakit - dah Tuhan bagi tubuh badan sihat dan sempurna, kene la jaga sebaiknya amanah Dia ni. Dulu pun sedar benda ni, tapi tak mampu nak laksanakan. Mungkin pengaruh psikologi atau budaya atau berada di zon selesa (kurus atau gemuk samer jer).
  6. Ada orang pernah cakap kat aku, kalau aku tak trima 'dia', maka aku akan jadi anak dara tua la. Kejam kan, orang tu? Maksud dia, tak de saper nak kat aku la, sebab aku GEMOK! Dia tu plak desperate, sebab tu nak try aku yang gemuk nih! ( jodoh sumer tu di tangan Tuhan. Ader je orang cun melecun tapi tak kawin sampai tua.)
  7. Ada orang pernah kata kat aku, kalau aku kawin pun, entah-entah susah dapat anak, takpun tak dapat langsung, kene amik anak angkat. Maksud dia,aku GEMUK, mungkin tak subur la tu. ( ntah la, orang kurus, badan lawa, comel-lote pun ada yang kawin bertahun2, tak dapat anak gak. Sumer tu rezeki Tuhan nak bagi. Kita tak bleh nak mendahului Tuhan. Kawan aku badan rendang kemain, anak dah 5. Umur masuk 40 pun dok mengandung lagik, Tuhan nak bagi rezeki kat dia.)
  8. Tak mau nampak tua dari usia. Pernah skali budak remaja pernah panggil aku makcik. Nasib baik bila dia pandang muker aku, tiba2 dia adjust tukar jadik kakak plak. Aku tak marah,klakar ler jugak. Kalu aku jadik dia pun, mungkin aku pun tersasul2 mcm tu jugak. Tapi lam ati, sedey ler gak, kan. Tipu la kalu tak rasa per. Tapi tu satu cabaran gak untuk aku. Motivasi diri.
  9. Sorang kenalan mak aku ni nama dia Nurse A, bila bercakap ngan mak aku, dia refer aku ni sebagai 'anak Kak R yang gemuk'. Sian mak aku, memang anak dier gemuk, tapi tak yah la refer macam tu. Anak mak aku bukan ramai pun, 2 orang jer. Takkan Nurse A tak bleh nak refer aku sebagai 'anak Kak Ramlah yang pompuan' ataupun 'anak Kak Ramlah yang bongsu' ke.
  10. Orang ingat aku ni orang muda yang berpenyakit. Sebenarnya aku ni sihat walafiat lagi weh! Pernah skali aku pergi klinik diabetis kat hospital nak beli Test Strip Diabetes untuk mak aku, terjumpa lagik si Nurse A ni. Dia tanya aku, beli untuk diri sendiri ka? Dah ada kencing manis,no? --Fuh!!!
  11. Aku gemuk, aku rasa aku tak senormal orang lain. So, aku nak jadik orang yang lebih normal. Mungkin orang lain tak rasa macam tu kat aku dan mungkin ini hanyalah perasaan aku, tapi aku kena penuhkan keperluan perasaan aku yang nak jadik orang normal ni. Kalau tak, aku akan nyesal sampai tua.
  12. Impian aku dari kecik, kalau ada jodoh aku, aku kawin, aku nak jadik pengantin kurus, tak mau jadik pengantin gempal ( sori, bukan aku hina pengantin gempal kat luar sana, korang tetap cun walaupun gempal. cuma aku ni je, kalau aku jadik pengantin gempal, aku nampak huduh!)
  13. Orang slalu buat jokes yang berkaitan dengan saiz badan aku ni. Contohnyer kalau terjun lam kolam, takyah pakai pelampung lar, kalau tengah cedok makanan, belum pun sempat makan, orang dah buat2 kagum la, konon selera betul makan la, badan sihat la, badan semangat la. Padahal kat orang lain, dorang tak buat lawak bodoh cenggitu pun. So, orang2 yang macam ni la yang buat orang gemuk macam aku ni rasa tak normal. Ada pernah skali, aku ngan kawan aku ni pergi aktiviti anjuran tempat keje, kitorang dikehendaki berkayak, kebetulan kawan aku ni pun berisi jugak. Sekali sorang fasilitator lelaki kat situ kata ' hah, ni dua ekor dugong nak naik kayak ni. Sure tenggelam ni.' memang sangat tidak profesional dan sangat kurang di ajar oleh parents dia akan cara nak berbudi- bahasa dengan orang. Nak berlawak tak salah, tapi kene pandai guna bende yang kat dalam tempurung kepala tu, ingat balik apa yang ibubapa kita ajar zaman kanak2 dulu tu, cemana cara nak bercakap dengan orang. 
  14. Senang nak beli baju. Mahal woo!baju2 bersaiz besar ni. Fesyen pun terhad. Baju ala2 makcik2 banyak lar.
Sebenarnya banyak lagi sebab2 yang aku nak sangat kurus ni, tapi off record je lar. Pedih woooo! apa yang orang2 gemuk ni pernah terima. Mungkin ader orang gemuk yang tak pernah pun rasa yang macam aku pernah rasa kat atas ni. Tahniah aku ucapkan kat korang! Tapi kebanyakan orang gemuk ni muka ceria ala2 takder perasaan jer. Sebenarnyer kitorang ni dah di train oleh otak kitorang ni sejak sekian lama agar tak express sangat kat muker. Tapi lekat lam ati woooo!!
Jom!
Semua orang gemuk /overweight/gempal/debab/tembun/rendang/dugong/etc. yang baca posting aku ni, join aku !

3 comments:

  1. kurus secara sihat! ada promosi hebat dan berbaloi baloi~ :)

    http://cococamila.blogspot.com/
    intanurulfateha@gmail.com

    tak rugi cuba! :)

    -intan comeyl-

    ReplyDelete
  2. Saya tengah jalani program herbalife la cik intan. He2!

    ReplyDelete
  3. BTW, Thx a lot for the promotion..

    ReplyDelete