Bagi WLC Week 4 aritu, aku skip sebab balik kampung sempena cuti skolah.
Tadi aku attend WLC Week 5. Rutin seperti biasa. Sebelum pi tu, aku dah timbang kat rumah, dan bacaan kat situ 74.6kg. Tapi aku tak mau hepi sangat, sebab nanti kat penimbang kat Pusat WLC mungkin bacaan dia lain skit. Kekadang, inilah kelemahan digital scale sebab, bacaan antara satu sama lain tak sama.
Nak tak nak, aku kena sabar la, kalau nak tau berat terkini aku yang sebenar. Hah! Sah! Berat aku tetap sama macam aku timbang kat rumah. 74.6kg! Hehehe! Hepi la jugak, walaupun yang turun hanya 400 gram je. Bukan ape, aku takut berat aku naik je daripada sebelum balik kampung dulu tu. Oh yer, peratus lemak aku turun lagik, dan bacaan lemak dalam organ pun dah mula turun.
Ye la, aritu aku kemain stress lagi sebab takut berat naik. Maner tak nyer, macam yang aku criter aritu la, waktu berbuka, aku bantai makan nasik dan makanan lain banyak tak hengat dunia! Dah la aritu aku pi rajin buat kuih raya awal, sebab pikir nanti balik cuti sebelum raya tu, dah tak sempat nak buat. Nak kemas rumah lagik. Samperit, tat gulung, biskut kelapa dan biskut cornflakes yang aku buat tu, hari2 waktu berbuka dan waktu sahur aku dok balun.Hehehehehe!
Takpe la, sementara bulan puasa dan sebelum balik raya ni, aku nak diet betul2. Tapi aku bukan diet maut, tapi diet secara sihat. Kalau diet maut, aku pun tak nak, silap-silap, lepas diet je, badan naik balik macam dipam-pam. Tak pun, terus kong! Hahaha! Nasik, lauk2 dan sayur2 tetap kene makan, tapi berpada-pada. Tips daripada coach aku, lebihkan minum air dan pengambilan protein.
Nampaknya sambutan terhadap WLC ni makin hangat, setiap minggu, ada je peserta2 baru yang join. So, jumlah wang terkumpul jugak dah semakin bertambah. Minggu ke 12 adalah minggu penentuan pemenang bagi Kategori Penurunan Berat Badan Yang Paling Banyak dan Kategori Pengurangan Inci Yang Paling Banyak. So, siapa yang menang akan mendapat sejumlah wang yuran yang dikumpul tersebut. Satu persaingan yang sihat, dan secara langsung menaikkan lagi motivasi diri peserta2 supaya lebih berusaha mendisiplinkan diri.
Go! Go! Fight! Fight! Fight!
Wednesday, September 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment