Bagai tradisi, setiap tahun Petronas akan menerbitkan iklan-iklan sempena Hari Raya.
Semuanya best, kisah-kisah yang dipaparkan dekat dengan masyarakat dan mempunyai maksud tersurat dan tersirat.
Besar pahala bagi si tukang buat iklan ni, sebab, aku percaya kat luar sana, bukan sedikit orang yang tersentak dan insaf hanya dengan menonton iklan yang durasinya tak sampai 5 minit setiap tayangan.
~ iklan ni mengenai menantu yang kurang senang dengan kehadiran bapa mertuanya yang uzur. Si anak perempuan orang tua ni, melayan jer si suaminya yang selfish dan blagak tu. Last2, anak2 dorang sendiri yang masih kecik tu dah plan nak buat dorang macam tu biler dorang dah tua. Huhu! "Abahhh jangan luper pakai lampinnn,tauuuu!!!"
p/s: tersentuh betul aku tengok orang tua tu terketar2 angkat pinggan lauk dan waktu dia suap bubur sampai tumpah2 kat mulut. Huuuuu!! Sedihnya..Jangan lar aku jadik perangai macam anak dan menantu orang tua tu. Mintak dijauhkan lar dari dapat suami selfish n blagak macam tu.
~ iklan ni plak mengenai kesabaran seorang ayah melayan karenah si anak. "Burung aper ayah?" berkali-kali si anak ni menyoal si ayah. "Burung murai.Burung murai,nak,"berkali-kali jugak si ayah menjawab dan melayan karenah si anak dengan sabar. Akan tetapi bila si anak dewasa, si ayah dah tua, si anak cepat pulak hilang sabar sewaktu melayan si ayah.
p/s: pernah aku dengar, apabila ibu-bapa kita beransur tua, perangai mereka akan jadik macam budak2 balik. Bukan la jadi budak, tapi mungkin sebab mereka semakin lemah dan tak berdaya serta perlukan perhatian,sedikit-sebanyak tingkah-laku akan berubah sedikit. So, belajar2 bersabar la dengan ibu&ayah yang telah banyak berkorban untuk kita. Suatu hari, kita pun akan jadik macam tu.
Best je aku surf video ni kat youtube, terbaca plak komen sorang viewer kat bawah tu. Klakar nak terguling dah aku. Kah!kah! Kah! Potong mood sedih aku. Aku copy kat sini.
Anak: Aper tu ayah?
Ayah: Siput babi
Anak: Siput aper ayah?
Ayah: Siput babi, nak..
Anak: Siput aper, ayah?
Ayah: Siput babi, sayang...
Anak: Siput aper, ayah?
Ayah: Siput ler babi!
Aper la nasib budak tu, dapat ayah cenggini? Hahaha!
Thursday, September 24, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam isma....awak mwngajaq ka....sekolah mana...saya tengok iklan raya tu sedih wooooo....saya crita kat hubby kemarin pasai siput babi tu dia gelak.....anyway thanx sudi jadi kawan saya......nanti bila2 leh jumpa....saya dok kerja kat uitm arau ni ja...
ReplyDeletesaya ngajag kat sk convent jalan peel,kl. ha, nanti cuti skolah, saya balik perlih, bleh la kita jumpa. mai rumah saya pun takpa. saya dok kat area nesam, ikut jalan ke bintong bleh, ikut jalan abi pun bleh.
ReplyDeleteha, saya pun gelak guling2 baca yang siput babi tu. hehe!