Tuesday, September 29, 2009

A Doctor Wanna Be A Teacher? - i'm proud of being A TEACHER

Seorang doktor nak jadik cikgu plak? Ya, ini la impian sorang kawan aku yang sudah beberapa tahun menjadi doktor di sebuah hospital di ibu negara. (cait!ayat macam wartawan plak aku!). Baru-baru ni dia balik ke kampung untuk beraya. Serius menanyakan yang bila borang KPLI nak keluar. Katanya dia stress sangat jadi doktor. Idup terkongkong, hari-hari kene tekan,penat, dan hidup macam takder 'life'. Ini kata dia la, bukan aku yang kata. Selama ni aku ingat jadik doktor ni, hati bahagia sejahtera la slalu. Rupanya ada jugak doktor yang hari-hari sakit kpala. Dulu dia best student sewaktu sekolah rendah sama dengan aku.

Dengar statement tu, bangga sangat aku jadik CIKGU ni. Ye, walaupun keje banyak, tapi takde la sampai rasa idup terkongkong. Masih boleh lagi la jalani kehidupan yang tenang. Stress tetap ada, keje ape pun. Tapi masih boleh dikawal lagi.

Emm..keje cikgu ni pun profesional,pe. Bagi yang lepasan KPLI, tangga gaji permulaan mengikut ranking ijazah aper yang di ambil kat U dulu. Kiranya gaji setiap orang tak sama. Contohnya, kalau kat U dulu amik Account, tangga gaji permulaan kiranya tangga gaji akauntan la. Kalau engineering, gaji mula, sama la ngan gaji mula engineer kat jabatan kerajaan gak. Kalau amik IT atau Sains Kepujian kira gaji sepadan dengan gaji Pegawai IT atau Pegawai Sains la. Kalau ada ijazah kedoktoran perubatan, hah, lagi lar tinggi. Cuma bezanya cikgu-cikgu ni keje kat skolah, melayan karenah dan mendidik anak bangsa, tapi pegawai kerajaan lain  keje kat pejabat la.

Bukan aku nak angkat diri ke apa, tapi kalau cikgu-cikgu ni selalu dipandang rendah, sesekali kena la highlight skit kelebihan kita ni. Orang selalu pandang rendah terhadap cikgu-cikgu ni. Terutama sekali cikgu yang mengajar di sekolah rendah. ( bagi yang mengajar di bandar ini perkara biasa, kalau mengajar di kawasan kampung, cikgu-cikgu masih dipandang mulia kot. tapi cikgu-cikgu kene pandai2 la bawak diri dan sentiasa cermin peribadi)


Hatta di prasekolah pun sekarang ni dah ramai cikgu-cikgu lepasan universiti yang mengajar kat sana, dan gaji dorang tetap sama dengan gaji pegawai-pegawai kerajaan yang lain. Mungkin ada yang lebih tinggi. Yang mengajar di sekolah rendah, tak payah cakap la, memang dah ramai sangat. Kalau bukan yang KPLI pun, yang asalnya lulusan diploma pun sekarang ni dah ramai dah yang tengah sambung belajar kat U. Taraf cikgu-cikgu sedang dipertingkatkan. So, bila bertanyakan cikgu ni ngajar kat mana, bila cikgu ni jawab kat sekolah rendah, tak yah la nak juih-juih bibir dan pandah rendah dah. Hentikan la stigma memandang rendah pada cikgu-cikgu ni.
Zaman dah pun berubah...


No comments:

Post a Comment